Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

BAGAIMANA UNTUK MEMFAILKAN SAMAN MALU/FITNAH?



BAGAIMANA UNTUK MEMFAILKAN SAMAN MALU / FITNAH?

**Dikemaskini pada Jan 2024**

Apa itu Saman Malu? Kita sering mendengar tentang terma Saman Malu. Namun disisi undang-undang, seseorang tidak boleh mengambil tindakan sivil hanya kerana beliau dimalukan kecuali di dalam keadaan sesuatu kenyataan itu mempunyai unsur-unsur Fitnah. Tindakan yang diiktiraf oleh undang-undang hanyalah apa yang boleh difahami sebagai Saman Fitnah/Defamation.

JENIS-JENIS FITNAH.

1. Bagaimana sesuatu fitnah itu boleh berlaku? Apakah jenis-jenis fitnah? Fitnah disisi undang-undang terbahagi kepada dua iaitu:

a. Fitnah secara penulisan samada di media cetak atau media sosial (termasuk didalam facebook/twitter/whatsapp/surat layang dsbgnya). Fitnah jenis ini dikenali sebagai Libel. Fitnah libel berlaku apabila terdapat sesuatu kenyataan yang mempunyai tuduhan palsu, yang lazimnya dalam bentuk penulisan, terhadap orang yang difitnah itu dan ianya disebar dan ditular (diviral) kepada orang lain.

b. Fitnah secara verbal (tohmahan/buah mulut). Fitnah jenis ini dikenali sebagai Slander. Fitnah slander selalunya berlaku apabila sesuatu ucapan atau kata-kata yang mempunyai tuduhan palsu terhadap orang yang difitnah itu dan ucapan atau kata-kata itu dinyatakan dihadapan pihak ketiga.

2. Orang awam boleh mendapatkan nasihat peguam untuk penjelasan yang lebih terperinci berkenaan dengan perbezaan diantara kedua-dua jenis Fitnah dan bagaimana untuk menetapkan anggaran kerugian yang perlu dituntut didalam Saman.

ELEMEN FITNAH

3. Saman fitnah bukanlah suatu tindakan yang mudah dan ianya melibatkan kos yang tinggi. Ini kerana terdapat tiga elemen atau dalam bahasa mudahnya, syarat-syarat penting yang perlu dipenuhi sebelum sesuatu pihak boleh mendapatkan Penghakiman terhadap pemfitnah. 

4. Saman yang difailkan oleh sesuatu pihak hendaklah menunjukkan elemen yang berikut:

i. Kenyataan yang tidak benar itu hendaklah merujuk kepada Orang yang difitnahSekiranya kenyataan tersebut dapat dibuktikan secara jelas merujuk kepada orang lain selain daripada Orang yang difitnah, walaupun Orang yang difitnah terkesan dengan kenyataan tersebut, Orang yang difitnah dianggap gagal untuk memenuhi elemen ini

ii. Orang yang difitnah hendaklah menunjukkan bahawa kenyataan yang dirujuk mengandungi kenyataan yang tidak benar atau tuduhan palsu; Sekiranya kenyataan tersebut adalah fakta dan kenyataan yang benar dan betul, walaupun ianya memalukan atau mengaibkan, Orang yang difitnah dianggap gagal untuk memenuhi elemen ini.

iii. Kenyataan yang tidak benar tersebut telah disebarkan kepada mana-mana pihak ketiga. Sekiranya kenyataan tersebut didapati tidak benar dan sememangnya merujuk kepada Orang yang difitnah, tetapi ianya tidak disebarkan kepada pihak ketiga yang lain, Orang yang difitnah dianggap gagal untuk memenuhi elemen ini.

Contoh A:

Ali telah memfitnah Ahmad melalui post di facebook/whatsapp/email/surat layang dengan mengatakan bahawa Ahmad (elemen 1: merujuk secara jelas kepada orang yang difitnah) adalah seorang pencuri motosikal (elemen 2: kenyataan tidak benar) sedangkan tuduhan itu adalah palsu dan fitnah. Post tersebut pula telah disebarkan secara viral kepada umum (elemen 3: disebar kepada pihak ketiga selain Ali dan Ahmad). Ahmad kini boleh memfailkan tindakan saman fitnah terhadap Ali.  

Contoh B:

Gopal telah berhutang dengan Raju sebanyak RM20,000.00 dan enggan membayar hutang tersebut walaupun telah diminta untuk berbuat sedemikian. Raju pun bertindak dengan menyebarkan post di facebook/whatsapp/email/surat layang dengan mengatakan bahawa Gopal telah gagal membayar hutangnya kepada Raju. Gopal mendapat malu tetapi Gopal tidak mempunyai kes yang baik untuk tindakan saman fitnah terhadap Raju kerana apa yang disebarkan itu adalah kebenaran. 

5. Terdapat beberapa syarat tambahan lain yang perlu dipenuhi oleh seseorang Plaintif didalam Pernyataan Tuntutannya untuk menguatkan dakwaan fitnah beliau. Pihak peguam akan memberikan penerangan secara terperinci berkenaan syarat-syarat ini.
 

6. Oleh yang demikian, sebelum mendapatkan nasihat guaman, pastikan kesemua dokumen-dokumen berkaitan dengan fitnah tersebut dicetak dan dibawa bersama bagi memudahkan peguam membuat penilaian dan membuat anggaran berkenaan jumlah dan jenis kerugian yang boleh dituntut di Mahkamah.

7. Kami juga menyediakan Borang Kes yang anda boleh isi untuk mengetahui secara lebih mudah samada anda mempunyai kes fitnah atau pun tidak. Klik BORANG KES FITNAH NORHAFEEZLAW. 

8. Didalam contoh B di atas, kebenaran telah menewaskan tindakan saman fitnah keatas Raju. Apakah pembelaan-pembelaan yang sering digunakan untuk menewaskan tuntutan Saman Malu? Anda boleh membacanya DI SINI. Apakah dokumen yang perlu anda sediakan sebelum berjumpa peguam? Baca DI SINI.

9. Bagaimana pula sekiranya syarikat atau perniagaan anda dicemari dengan tuduhan palsu? Adakah anda boleh boleh mengambil tindakan? Baca DI SINI.

_________________________


Penafian: Rencana ini diterbitkan dengan tujuan untuk kesedaran dan pengetahuan umum. Mana-mana bahagian yang terkandung di dalam rencana ini tidak boleh dijadikan panduan untuk memulakan tindakan undang-undang secara sendirian, tanpa terlebih dahulu merujuk kepada seorang peguam yang berpengalaman.

Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan dengan rencana ini atau untuk mengatur sesi konsultasi guaman, anda boleh berhubung dengan mana-mana peguam pilihan anda, atau pun anda boleh menghubungi kami melalui whatsapp dengan menekan imej diatas.


 SIRI RENCANA SAMAN MALU

i) Apa itu Saman Malu?

ii) Bagaimanakah cara untuk memfailkan Saman Malu? 

iii) Apakah cara melawan Saman Malu dan apakah pembelaan yang anda ada?

iv) Apa dokumen yang perlu ada untuk mulakan saman malu?

v) Kos peguam Saman Malu?

vi) Pampasan dan gantirugi Saman Malu / Fitnah?

vii) Fitnah media sosial (facebook, twitter, instagram)



This post first appeared on Legal, please read the originial post: here

Share the post

BAGAIMANA UNTUK MEMFAILKAN SAMAN MALU/FITNAH?

×

Subscribe to Legal

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×