Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

PEGUAM SYARIKAT ATAU ENTERPRISE

Rencana ini akan memberikan sedikit sebanyak maklumat berkenaan dengan kepentingan seseorang peguam kepada sesebuah Syarikat selaras dengan undang-undang syarikat dan undang-undang sivil yang berkenaan di Malaysia. Kenapa syarikat memerlukan seorang peguam syarikat?

1. Dalam konteks undang-undang syarikat di Malaysia, fungsi seorang peguam adalah sangat penting dan tidak boleh dipandang remeh bagi sesebuah syarikat.

2. Tidak kira samada syarikat anda adalah sebuah syarikat berhad yang besar atau syarikat sendirian berhad yang sederhana atau kecil, mendapatkan khidmat seorang peguam yang berpengalaman amatlah disarankan. 

3. Peguam memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan bahawa Syarikat Atau Perniagaan itu mematuhi undang-undang dan peraturan yang berkenaan, dari segi beberapa aspek terutamanya berkenaan penyediaan dan semakan dokumen-dokumen dan juga perwakilan syarikat di dalam sesuatu kes di Mahkamah.

4. Bukan sedikit Syarikat Atau perniagaan yang menghadapi masalah atau mengalami kerugian disebabkan oleh penyediaan dokumen yang hanya dicedok daripada internet atau daripada individu yang tidak mempunyai asas atau pengetahuan undang-undang. 

5. Begitu juga syarikat-syarikat yang menanggung kerugian berlipat kali ganda disebabkan oleh kegagalan syarikat-syarikat untuk mendapatkan nasihat guaman (legal advice) yang sewajarnya daripada seorang peguam.

6. Sebab itulah, kita kerap melihat rata-rata syarikat elit di Malaysia lazimnya akan mempunyai bahagian undang-undang (legal department) ataupun barisan peguam panelnya (panel of solicitors) sendiri.

7. Jadi, apakah sebenarnya fungsi atau kepentingan seseorang peguam kepada syarikat?

8. Berikut adalah beberapa kepentingan utama seseorang peguam bagi syarikat atau perniagaan di Malaysia:

Penderafan Dokumen (legal drafting): Seorang peguam yang berpengalaman dapat membantu syarikat atau perniagaan dalam urusan penderafan dan penyediaan dokumen-dokumen yang berkaitan dengan urusan syarikat seperti dokumen penggabungan, pelbagai perjanjian, perjanjian jual beli dan lain-lain. 

Peguam akan dapat memastikan bahawa dokumen tersebut mematuhi undang-undang dan peraturan yang berkenaan serta memastikan bahawa dokumen tersebut boleh dilaksanakan secara sah di bawah undang-undang.

Perwakilan di Mahkamah (legal representation): Peguam juga diperlukan untuk mewakili syarikat atau perniagaan di mahkamah dalam kes-kes undang-undang seperti kes jenayah, sivil dan lain-lain. 

Apatah lagi, sesebuah syarikat berhad atau sendirian berhad tidak boleh mewakili diri sendiri didalam sesuatu tindakan di Mahkamah.

Peguam yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman ini akan diperlukan untuk mempertahankan kepentingan syarikat di mahkamah dan memastikan bahawa syarikat mendapat perlindungan undang-undang yang sewajarnya.

Penasihat Undang-Undang (legal advisor): Peguam juga dapat bertindak sebagai penasihat undang-undang untuk sesebuah syarikat atau perniagaan. Peguam-Peguam dapat memberikan nasihat mengenai aspek undang-undang yang berkaitan dengan urusan syarikat seperti urusan cukai, perundangan syarikat, dan undang-undang pekerjaan. 

Peguam juga dapat membantu syarikat dalam merancang strategi undang-undang yang sesuai dengan keperluan syarikat atau perniagaan tersebut.

9. Contoh-contoh lain kepentingan dan fungsi peguam bagi syarikat atau perniagaan di Malaysia termasuklah:

  • Memastikan hak-hak syarikat dan pemilik syarikat dapat dilindungi;

  • Membantu syarikat dalam mematuhi peraturan dan undang-undang yang berkenaan dengan operasi syarikat;

  • Membantu syarikat dalam menyelesaikan perselisihan di luar mahkamah;

  • Memberikan nasihat mengenai perlindungan hak cipta, paten dan jenayah siber;

  • Memberikan nasihat mengenai pengambilalihan dan penyertaan dalam syarikat lain;

11. Pelaburan anda untuk mendapatkan khidmat seorang peguam dari awal sebenarnya boleh mengelakkan anda daripada mengalami kerugian yang jauh lebih besar.

12. Oleh yang demikian, sekiranya anda mempunyai syarikat atau perniagaan, usahlah ragu-ragu untuk mendapatkan khidmat peguam untuk syarikat atau perniagaan anda.

_________________________


Penafian: Rencana ini diterbitkan dengan tujuan untuk kesedaran dan pengetahuan umum. Mana-mana bahagian yang terkandung di dalam rencana ini tidak boleh dijadikan panduan untuk memulakan tindakan undang-undang secara sendirian, tanpa terlebih dahulu merujuk kepada seorang peguam yang berpengalaman.

Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan dengan rencana ini atau untuk mengatur sesi konsultasi guaman, anda boleh berhubung dengan mana-mana peguam pilihan anda, atau pun anda boleh menghubungi kami melalui whatsapp dengan menekan imej dibawah.



This post first appeared on Legal, please read the originial post: here

Share the post

PEGUAM SYARIKAT ATAU ENTERPRISE

×

Subscribe to Legal

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×