Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Jalan Di Pantai KUTA Mandalika Dan Perkampungan Sasak Sade di Pulau Lombok Indonesia

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Posting ni nak sambung lagi percutian Maha ke Pulau Lombok Nusa Tegara Barat Indonesia. Kalau datang Lombok ni memang cukup banyak pantai yang indah dan cantik-cantik belaka. Pergi sahaja bahagian mana bahagi utara, selatan, timur dan barat semua ada pantai dengan keistimewaan sendiri.




KUTA Mandalika Destinasi Yang Luar Biasa


Kali ni perjalanan Maha sampai ker antara pantai popular dan ramai orang suka kunjungi iaitu Kuta Mandalika. Pantai sini lebih dikomersialkan dengan pelbagai perancangan dan nampak lebih kemas dan tersusun. Di sini ada dataran yang luas tempat untuk orang datang nak bersantai beriadah bersama keluarga. Sekitar Kuta Mandalika ini juga ada pelbagai hotel mewah yang boleh didiami nanti next time kalau Maha datang sini boleh duduk area sini pula.



Mempunyai jajaran pantai yang panjang dan sepanjang pantai tu korang dapat lihat orang bersantai, duduk dan juga ada yang berkelah tepi pantai kerana air bersih dan pasir yang putih. Kalau datang sini malas nak jalan kaki jauh-jauh korang boleh naik skuter yang disediakan hanya 20,000rupiah untuk 30minit kena tawar menawar. Sebab pantai ni panjang jadi kalau jalan kaki memang boleh basah ketiak. Jadi nak habiskan perjalanan sepanjang pantai ni naik skuter lagi syokooo. Bila sampai tempat menarik boleh berhenti untuk OOTD.



Kat sepanjang pantai ini juga ada pelbagai jenis kedia jualan dari market dan juga kedai makan. Kalau kemudahan untuk buang air kecil atau tandas awam pun ada tapi masuk kena bayarlah. Memang tempat yang best datang beramai-ramai dengan keluarga. Kalau waktu petang juga sini ramai orang akan lepak untuk melihat matahari terbenam.



Kalau datang dengan pak supir yang bawa kereta ada parking yang disediakan tapi terhad dan juga ada bayaran dikenakan. Kalau datang naik motor Maha tak pasti pulak. Tapi memang best kat sini kalau datang waktu petang yang redup nyaman hirup udara segar bestnya.

Dusun Sasak SADE Lombok


Lepas sahaja pergi pantai tu Kami teruskan lagi perjalanan kali ni nak pergi kampung tradisional yang masih mengekalkan keaslian rekabentuk dan juga suasananya. Kalau datang Lombok tempat ni memang wajib orang pergi iaitu Dusun Sasak SADE Rembitan - Lombok. Ia adalah salah satu perkampungan warga Sasak iaitu salah satu suku kaum yang ada di Lombok.



Kat sini korang nak masuk akan diiringi oleh seorang orang tempatan sini yang kan bercerita segalanya tentang suku kaum Sasak dan juga perkampungan ini. Di sini tak banyak dah perkampungan sebegini dan di kampung ini masih ada dalam 700 keluarga yang masih menetap dan mengamalkan budaya serta kehidupan asal meraka. Walaupun begitu kat sini meraka adalah 100% penduduk Islam dan juga sedikit sebanyak ada perubahan dari keperluan asas yang disediakan kerajaan untuk perkampungan ini.




Melangkan sahaja pintu gerbang Mereka akan mula bercerita dan kita orang Malaysia atau Melayu boleh faham walaupun mereka masih menggunakan sedikit sebanyak bahasa asli mereka iaitu bahasa Sasak. Kami dibawa masuk menejalah sampai ke dalam kawasan kampung dimana kebanyakan orang kat sini masih bergantung kepada hasil pertanian dan juga sedikit sebanyak dari penghasilan kraftangan. 




Di kampung inilah asalnya adat dimana sekiranya seorang lelaki bangsa Sasak bercinta dengan seorang wanita dan sebelum mereka nak terus kepada peringkat perkahwinan mereka akan membawa lari wanita yang mereka cintai itu dan disorokkan dirumah mereka. Lepas keesokkan harinya baru mereka maklumkan kepada keluarga wanita tersebut yang mereka sudah bercinta dan ingin lanjutkan kepada alam berumah tangga. 



Sekiranya keluarga wanita tersebut setuju makan mereka akan teruskan kepada acara perkahwinan. Tapi kalau tidak setuju mereka akan pulangkan semula pasangan itu. Itu salah satu budaya dan adat mereka yang dulu pernah popular di Malaysia apabila pekerja warga Lombok membawa lari anak dara orang Malaysia. Sebenarnya itu adalah adat mereka tapi mereka tidak buat yang bukan-bukan ok. Seronok dengan mereka bercerita pasal budaya yang kita sendiri tidak pernah tahu.



Kemudian rumah mereka kenapa ia dibina dengan bahagian bumbung rumah itu tinggi dan hanya beratapkan lalang yang disusun rapat. Ini kerana sebenarnya atas bumbung rumah itu tempat mereka simpan hasil padi untuk digunakan bagi masakn seharian. Hanya orang wanita sahaja yang dibenarkan untuk naik keatas tu mengambil padi yang hendak digunakan untuk memasak. 




Juga masyarakat di sini mereka menanam pokok kapas untuk dijadikan benar dan akhirnya diayam menjadi kain dan sekarang menjadi kraftarangan yang cantik dan dijual keluar. Memang best dan seronok jalan sini orang mereka juga ramah. Satu lagi paling unik dalam rumah mereka dibina dengan tanah liat tiada menggunakan batu. Bila tanah liat dipadat-padatkan dan kemudian akan disapu dengan tahi lembu yang masih basah sehingga merata ke semua lantai rumah. Tahi itu akan lama kelamaan kering dan menjadi alas untuk mereka tidur dan duduk. Budaya itu masih diamalkan sehingga sekarang dan masa Maha datang tu masih ada lagi rumah baru dialas dengan tahi lembu. Walaupun begitu ia tidak berbau busuk dan kering mengeras menjadi lantai yang kukuh.



Selepas itu dah penat jalan beberapa tempat kami dibawa oleh Pak Luluk untuk pergi makan dimana kami dibawa ke kedai makan Ayam Taliwang yang lain pula. Tapi kedai yang kami nak pergi tu ramai sangat orang sebab begitu popular dan mungkin sedap kot. Jadi kami ambil keputusan untuk makan kat kedai disebelahnya yang tiada orang tapi menyediakan juga Ayam Taliwang. Cuma mungkin kurang sedap sikit jadi tiada yang ramai datang sini.




Maha hari tu pun makan tak berapa nak habis ayam tu dan juga sebab lapar makan nasi dengan kerupuk. Kat sini mereka memang makan nasi atau makanan sup ke mesti ada kerupuk tak kiralah kerupuk ikan atau kerupuk udang. Tapi sedap yer memang menyelerakan makan nasi dengan krupun buatan tempatan.

Menikmati Suasana Matahari Terbenam Di Pantai Senggigi 


Lepas tu dah petang perjalan jauh lain kami nak pulang ke hotel. Jadi kami ambil keputusan untuk pulang terus minta Pak Luluk hantar kami ke hotel. Tapi selepas sampai hotel tu hari dah nak senja dan waktu sesuai orang kata nak melihat matahari terbenam dari sekitar Pantai Seggigi. Jadi kami buat keputusan keluar naik Grab pergi ker Pantai Senggigi yang menjadi tumpuan orang ramai. 



Masuk pantai ni kena bayar 5,000rupiah untuk seorang. Kalau parking kereta kena bayar parking pula. Kawasan pantai cantik memang ramai orang ada yang berniaga kat tepi pantai. Ada juga orang yang mandi manda dan berkelan tepi pantai. Tak kurang juga yang memancing kat situ. Kami tak turun ke bahagian pantai cukup sekadar bergambar dari jeti yang ada sebab ramai sangat orang.




Kat situ pun dan nampak matahari terbenam walaupun tidak sepenuhnya tapi satu pengalaman pemandangan yang indah dan cantik. Jarang dapat ditepi pantai di negara orang. Sini banyak boat yang berhenti jadi kurang sesuai untuk aktiviti mandi tapi ada jer orang yang mandi-manda hehehehe. Lepas dah malam apa lagi perut lapar lagi. Kami terus ambil Grab dari Pantai Senggigi tu pergi semula ker restoran Pak Janggot yang dekat dengan hotel. Lepas kenyang makan balik bilik hotel mandi dan terus tidur penat seharian berjalan.




So hari terakhir kami di Lombok ala cepatnya masa berlalu tidak puas rasa nak menikmati pantai indah di sana. Pagi tu macam biasa sarapan kat hotel dan kami ambil kesempatan untuk mandi kat kolam renang mereka yang dalam dan luas. Bila dah siap mandi kami berkemas untuk check-out awal kerana kami ada lagi plan untuk berjalan sepanjang pantai Senggigi nak melihat tempat menarik untuk bergambar kenang-kenangan sebelum pulang. 




Pak Luluk masih setia mengambil kami dari hotel dan membawa perjalan sepanjang jalan di pantai Senggigi. Hari kedua ni kira bayaran lain pulak tau kerana kami ambil jalan sekejap dan terus ke lapangan terbang dalam 300,000rupiah. Jalan kat Lombok ni bagi Maha sangat elok tiada yang rosak atau lubang-lubang mungkin sebab tiada kenderaan berat macam lori kot sebab tu ia terjaga. Sepanjang jalan pak supir masih tetap bercerita tentang sejarah dan juga berkongsi pengalaman dia membawa pelancong dari serata negara. Paling menarik katanya dia bawa seorang Youtuber daripada Singapura itu pengalaman paling best. Juga dia bawa pasangan suami isteri orang Malaysia yang dah pencen dan berjalan sekitar Lombok.



Sampai sahaja kami kat tempat OOTD pasti pak supir akan memberhentikan kenderaan beliau seperti kat signboard Lombok Utara Malaka. Sini kalau dari atas bukit ni boleh nampak dengan jelas tiga buah pula kecil yang popular di Lombok dan juga tempat orang selalu pergi. Pulau Gili Meno, Gili Terawangan dan Gili Terluas. Kami tak sempat nak pergi sana masa tak mengcukupi. Tak apa dapat bergambar dari jauh pun dah cukup sebagai kenang-kenangan.





Kat situ ia kawasan berbukit tinggi sikit jadi boleh nampak sepanjang pantai Senggigi yang cantik tu dengan air laut yang membiru bestnya. Kami akan merindui Lombok bila dah pulang nanti. Kemudian kami pergi singgah pula kat signboard yang wajib singgah itaitu Senggigi View. Kat sini tempat menadakan yang korang pernah sampai ke Pantai Senggigi. Tempat OOTD lagi dengan belatar belakang pantai yang memukau mata memandang.



Cuma pak supir ada nasih kepada kami lagi kalau ada peniaga terutama kanak-kanak yang datang mendekati kita untuk menjual barang kalau boleh elak jangan beli. Bagilah apa sajaha alasan kerana mereka akan merayu dan akan mengikut korang sampai ke kenderaan untuk pastikan korang beli. Kalau korang dah start beli dengan seorang budak nanti kawan-kawan lain akan datang juga nak minta korang beli dengan mereka jadi ramai akan mengerumuni korang. Sebolehnya elakkan agar tidak berlaku perkara yang kurang senang. 




Bagus Pak Luluk kerana nasihat banyak dan memberi tahu kami apa yang boleh buat dan tak boleh buat. Lepas sahaja bergambar sepanjang Pantai Senggigi tu kami teruskan perjalanan untuk ke lapangan terbang. Kena ada sana awal tiga jam sebab nak check-in beg yang dah makin besar dan berat penuh dengan oleh-oleh nak kasi kawan-kawan dan keluarga hehehe. Tapi sebelum sampai kat lapangan terbang kami lapar dan minta pak supir berhenti mana-mana kedai untuk bungkus makanan. 




Beliau perkenalkan kami kepada satu kedai makan yang juga popular dikalangan pelancong terutama orang  Malaysia. Nama kedai makan iaitu RM. Cahaya - Bil. Korang kena cuba makanan popular mereka iaitu Nasi Balap Puyung. Nasi ni kena ambil set yang lengkap sebab akan ada nasi putih, sambal, daging ayam. kacang goreng dan juga ada sate ayam. Sambal tu bagi orang tempatan tidak begitu pedas katanya, tapi bila Maha dan makan kat lapangan terbang Ya Allah pedas gilerrrrrr... Sampai terjelir lidah ni habis air minuman dua botol nak hilangkan rasa kepedas tu. Tapi nasi ni sedap memang kalau makan kena pada tempat habis tu korang wajib cuba ok hehehe..



Maha risau jer dalam flight perut buat hal nak membuang, dah lah perjalanan ambil masa tiga jam lama tu. Tapi Alhamdulillah tiada yang meragam sepanjang perjalan dan Maha tidur sahaja dalam flight. Maha nak ucapkan jutaan terima kasih pada Pak Lulur supir kami yang sudi membawa kami berjalan sepanjang berada di Lombok ini. Kalau korang nak no tel bapak ni boleh tengok kat posting awal sebelum ini klik sahaja di sini. Next time kemana lagi kami nak pergi tunggu akan ada lagi perjalanan luar negara kami. Apa pun bercuti dengan seronok menggunakan Klook dengan harga tawaran hebat dan menarik. Selamat bercuti semua.










This post first appeared on Masih Mencari Restoran Best Di Sekitar Sungei Wang, please read the originial post: here

Share the post

Jalan Di Pantai KUTA Mandalika Dan Perkampungan Sasak Sade di Pulau Lombok Indonesia

×

Subscribe to Masih Mencari Restoran Best Di Sekitar Sungei Wang

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×