Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Kumpulan Revenue Valley Berkongsi Kasih Sayang Sempena Hari Makanan Sedunia

Kumpulan Revenue Valley iaitu syarikat induk kepada rangkaian restoran terkenal Tony Roma's, The Manhattan FISH MARKET dan NY Steak Shack di Malaysia meraikan Hari Makanan Sedunia dengan mengagihkan makanan kepada beberapa organisasi dan rumah anak-anak yatim di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.



Kumpulan Revenue Valley tampil dengan inisiatif mengagihkan lebih daripada 280 hidangan kepada enam pertubuhan kebajikan kanak-kanak pada 15 dan 16 Oktober 2023 di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Usaha murni ini selaras dengan dedikasi syarikat untuk mencapai Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Sifar Kelaparan menjelang tahun 2030, mengiktiraf makanan sebagai hak asasi manusia yang penting.



Bertemakan "Hidangan Kasih", kempen pembahagian makanan itu telah memanfaatkan rumah kanak-kanak yang kurang bernasib baik dengan makanan dari restoran terkenal - Fish & Chips daripada The Manhattan FISH MARKET, Chicken Pasta daripada Tony Roma's, dan Crispy Chicken  daripada NY Steak Shack.



Ketika lawatan mereka ke dua buah rumah iaitu Rumah Titian Kaseh dan Rumah Hope,  wakil-wakil daripada Kumpulan Revenue Valley turut serta dalam aktiviti dan permainan menyeronokkan yang dianjurkan bersama kanak-kanak di sana. Ini merupakan antara salah satu usaha mereka dalam meraikan Hari Makanan Sedunia bersama kanak-kanak yang memerlukan. Keperluan asas seperti pek makanan kering juga turut disumbangkan, antaranya, termasuk beras, minyak masak, bahan masakan, garam, gula, susu dan barangan mandian.



Rumah Perlindungan Nur Qaseh, Rumah Kebajikan Baitul Ehsan Al-Khairi, Rumah Kebajikan Anak Yatim & Asnaf An-Naafi dan Rumah Bakti Nur Syaheera juga antara penerima "Hidangan Kasih" daripada Kumpulan Revenue Valley.



"Hari Makanan Sedunia adalah hari antarabangsa yang disambut pada setiap tahun pada 16 Oktober untuk memperingati penubuhan Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1945. Kami berbesar hati untuk meraikan hari ini dengan berkongsi makanan dan bekalan keperluan asas dengan kanak-kanak yang kurang bernasib baik.” 



"Revenue Valley percaya bahawa setiap kanak-kanak berhak menikmati hidangan yang hangat, bukan sahaja pada hari istimewa ini, tetapi pada setiap hari. Melihat senyuman di wajah mereka ketika mereka menikmati hidangan, merupakan satu pengalaman yang amat bermakna buat kami.

"Kami percaya dengan penglibatan ini, kami dapat membentuk masa depan yang lebih cerah agar kanak-kanak ini dapat membesar dengan baik dan sekaligus menerapkan sifat berkongsi dengan komuniti. Kami berharap usaha kecil kami ini dapat membantu individu yang kurang bernasib baik. Membayangkan dunia di mana tiada kanak-kanak tidur dalam keadaan lapar, merupakan Impian kami.” 



Inisiatif ini mencerminkan usaha kami kami dalam menjana impak positif terhadap komuniti di sekeliling kami,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Revenue Valley Sdn Bhd, Daniel Chan Lek Seong.



Penyertaan Kumpulan Revenue Valley pada Hari Makanan Sedunia membuktikan tanggungjawab sosial dan komitmennya untuk memberi kembali kepada masyarakat. Dengan menyokong usaha global ini, syarikat itu berhasrat untuk menyumbang kepada pengurangan kelaparan dan mempromosikan hak asasi manusia terhadap makanan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.tonyromas.com.my, www.manhattanfishmarket.com, atau www.nysteakshack.com

#HidanganKasih








This post first appeared on Masih Mencari Restoran Best Di Sekitar Sungei Wang, please read the originial post: here

Share the post

Kumpulan Revenue Valley Berkongsi Kasih Sayang Sempena Hari Makanan Sedunia

×

Subscribe to Masih Mencari Restoran Best Di Sekitar Sungei Wang

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×