Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Malam Gala Tayangan Perdana Filem 'Pagari Bulan' Arahan Ts Raja Mukhriz

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Korang semua ada khabar moga sihat sewaktu membaca blog ini dan terus diberikan kesihatan dan ketenangan setiap masa. Maha sebenarnya dah lama tak pergi tonton movie. Apatah lagi nak buat movie review ini. Almaklumlah bukan forte kata orang hehehe. Tapi kalau ada jemputan yang berpatutan Insha-Allah Maha akan sampai juga. 



Seperti mana kali ini Maha nak review sebuah Filem tempatan. Terima kasih kerana sudi jemput Maha untuk Malam Gala Tayangan Perdana sebuah filem sejarah. Bila sebut sahaja filem sejarah dan perjuangan tanah air ni ramai yang mula kelip mata. Takut nak tonton yer lah takut bosan dan juga tiada yang menarik. Tapi hakikat ia telah terbukti dengan beberapa kejayaan filem sejarah negara sebelum ini seperti Mat Kilau, Merong Mahawangsa dan banyak lagi.



Kita kena buka dada dan juga buka minda untuk terus martabatkan filem sebegini. Kalau bukan kita siapa lagi nak menaikkan sejarah perjuangan negara. Cuma filem kali ini Maha boleh katakan filem yang bakal Maha review kalai ini sebagai unsung hero atau kita panggil pejuang yang tidak didendangkan. Kenapa korang kena baca ulasan dan sinopsis yang Maha nak kongsikan di sini.




Filem yang Maha maksudkan adalah sebuah filem baharu terbitan Eleven Field Creative serta edara Metrowealth. Filem hebat daripada pengarah yang hebat iaitu Ts Raja Mukhris serta penerbitnya adalah seorang pelakon hebat iaitu Puan Sharifah Shahora. Manakala skrip dan lakon layar filem ini oleh Siti Jasmin Ibrahim. Tajuk filem ni sendiri dah menarik "Pagari Bulan". Bagaimana kisahnya Maha kongsikan sikit sinopsis tapi bukan spoiler ok.

Ia adalah kisah tentang wanita di negeri Kelantan selepas kemasukkan penjajah Jepun melalui belah sana. Menawan kampung yang ada di Kelantan dan juga telah menangkap anak-anak dara di kampung tu dan dijadikan sebagai comfort woman atau lebih pedih jika disebut sebagai hamba sex kepada pekerja-pekerja Jepun yang datang menjajah Tanah Melayu pada masa itu. Dalam filem ini seorang anak gadis nama Bulan lakonan hebat Nazeera Sardi menjadi salah seorang mangsa yang ditahan dan dipergunakan. Ramai gadis lalui tekanan perasaan apabila dipaksa memuaskan nafsu tentera Jepun yang ada, termasuk juga Sui Li dan Kasih adik kepada Bulan. 


Orang kempung cuba untuk mencari jalan bagi menyelamatkan anak gadis yang ditahan ini dan juga dalam masa sama cuba mengusir penjajah Jepun. Namun semuanya hampa belaka. Semasa Bulan dan juga rakan-rakan lain berjuang untuk terus hidup, muncul seorang leftenan muda, MIURA yang ditugaskan ke markas kuasa KUZAWA dengan membawa etika ketenteraan lebih profesional dan menolak nilai keganasan penderaan terhadap penduduk yang dijajah

Maka segalanya bermula disitu dan aksi demi aksi yang dipamerkan dalam filem ini sangat menarik. Ada lebih dari 200 kesan khas digunakan dalam filem ini bagi penghasilan filem yang hebat dan menarik. Aksi tembak-menembak dan juga pergaduhan sangat real dalam filem ini. Membuat ada masa kita tersentak jiwa raga apabila melihat seorang demi seorang perjuang dibunuh depan mata begitu sahaja oleh pejajah durjana. Cuma ada sedikit babak yang panjang sangat perbulan penjajah Jepun seperti kita menonton filem Jepun pulak hehehe. Untuk selanjutnya Maha serah kepada korang untuk menyaksikan penyudahan filem ini dipawagam baru menarik.



Pandangan Maha tentang filem ini secara keseluruhan ia adalah bukan sebuah filem sejarah perjuangan yang biasa. Semua ada dalam satu filem digarap dengan baik dan teratur sehingga kita boleh bawa jiwa masuk ke alam filem ini sendiri. Barisan pelakon yang hebat walaupun ada pelakon baharu dalam filem ini tetap mampu mewujudkan kesinambungan dalam filem ini. Ada babak yang semua penonton bertepuk tangan dan rasa puas hati bila dendam terbalas. Nak tahu kena tonton sendiri.



Pada malam gala tayangan perdana filem Pagari Bulan, penerbit filem sendiri iaitu Puan Sharifah Shahora turut berucap. Beliau menceritakan susah payah dan bertungkus lumus dalam mendapatkan dana untuk melaksanakan filem ini sejak dari tahun 2020 lagi. Akhirnya pihak Kementerian Komunikasi Dan Digital melalui FINAS meluluskan dana untuk penerbitan filem ini. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua lain yang juga turut sama menjayakan filem ini.



So pada korang yang nak cari naskah filem yang lain dari lain boleh tonton filem ini di pawagam seluruh Malaysia bermula dari 5 Oktober 2023 ini. OST filem ni pun sedap tau bila dengar lagu tajuk Bulan nyanyian Namira rasa baru sayu dan syahdu sangat. Boleh dengar di Youtube. Juga beli tiket filem "Pagari Bulan" dan tonton satu keluarga atau juga dengan pasangan pun sesuai. Ia filem untuk semua siapa lagi kalau bukan kita nak martabatkan filem tempatan. Selamat menonton semua.








This post first appeared on Masih Mencari Restoran Best Di Sekitar Sungei Wang, please read the originial post: here

Share the post

Malam Gala Tayangan Perdana Filem 'Pagari Bulan' Arahan Ts Raja Mukhriz

×

Subscribe to Masih Mencari Restoran Best Di Sekitar Sungei Wang

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×