Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Ayuh Teroka Makanana Laut Di KFC Malaysia Dengan Tawaran Baru Yang Lazat

Raikan September ini dengan tiga menu baru KFC Malaysia yang pastinya akan menambahkan lagi pengalaman hebat anda. Buat pertama kalinya sejak diperkenalkan pada 2014, KFC yang sinonim dengan sajian ayam goreng terbaiknya akan membawa kembali hidangan makanan laut, di samping kejutan yang lain.



Bagi penggemar ayam, Spicy BBQ Crunch menjanjikan rasa yang luar biasa. Bukan sekadar sos BBQ pedas manis biasa, sebaliknya hidangan mantap ini dipersembahkan dengan keunikan rasa salai yang berbeza yang digabungkan dengan kehangatan percikan pedas cili. Semestinya membangkitkan selera anda dengan hidangan sesempurna ini.

Untuk Tempoh Masa Terhad, Kfc Malaysia mengembalikan rasa laut serba baru lagi nyaman dengan burger Zinger Surf ‘N’ Turf, lebih menarik kali ini didatangkan dengan dua keping fillet Zinger dan patty donat udang yang sedap! Bayangkan di setiap gigitan penuh dengan rasa pedas isi ayam, kerangupan udang, salad yang segar, mayonis bawang putih yang kaya berkrim, semuanya dihidang di antara roti bijan yang dibakar sempurna.



Tidak lengkap rasanya tanpa hidangan tambahan, sudah tentu Frosted Sweet Potato Fries adalah pelengkap yang sempurna. Ubi keledek yang dipotong secara ‘crisscut’, dengan rasa lemak manis dan enak, serta taburan gula aising. Tersedia sebagai tambahan kepada kombo Wow Bucket atau ala-carte, hidangan ubi keledek ini menawarkan keseimbangan antara rasa manis dan masam.



Sementara itu, KFC mahu kerjasamanya menerusi perkongsian dengan jenama streetwear Pestle & Mortar Clothing dan artis komik tempatan Ujang, terus berkembang. Kini kolaborasi itu tampil dengan dua item baru, iaitu Reversible Bucket Hat dan pin berenamel yang disadur emas 24k edisi khas, di samping rangkaian barangan sedia ada yang telah dilancarkan sempena Ulang Tahun ke-50 KFC Malaysia pada Julai lalu.



Pastikan anda tidak terlepas tawaran menarik dari KFC Malaysia dalam tempoh masa terhad bermula September ini. Nikmati setiap gigitan burger Zinger Surf ‘N’ Turf, kehangatan Spicy BBQ Crunch dan keenakan Frosted Sweet Potato Fries – KFC Malaysia ada semuanya untuk anda.

Untuk maklumat lanjut, layari www.kfcmalaysia.com atau ikuti kami di media sosial @kfcmalaysia.









This post first appeared on Masih Mencari Restoran Best Di Sekitar Sungei Wang, please read the originial post: here

Share the post

Ayuh Teroka Makanana Laut Di KFC Malaysia Dengan Tawaran Baru Yang Lazat

×

Subscribe to Masih Mencari Restoran Best Di Sekitar Sungei Wang

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×