Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Rumah Makan 100 Tahun Masih Kekal Utuh Mewarisi Tradisi

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog Makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Masih belum terlewat lagi Maha nak ucapkan selamat Hari Kemerdekaan dan juga Selamat Hari Malaysia kepada seluruh Bangsa Malaysia. Kita patut bangga dengan apa yang negara kita ada dan juga turut terkenal sampai bukan sahaja peringkat Asia malah dunia juga. 



Begitu juga dengan makanan kerana makanan tradisi kita cukup popular dan melambangkan bagaimana sesuatu bangsa terus kekal tidak luput ditelan zaman. Maha ni merepek sikit sebab kali ni nak bawa korang makan jauh kat Melaka. Bukan nak makan Asam Pedas sahaja tapi juga pelbagai lagi makanan warisan yang masih terus wujub kerana keunikkannya.




Kali ini kita pergi ker Rumah Makan 100 Tahun yang terletak di Ujong Pasir Melaka. Korang boleh cari kat Google Maps atau Waze terus dapat lokasi restoran ini kerana ia cukup popular bukan sahaja di Melaka tapi sampai luar negara. Rumah Makan ini juga telah di iktiraf sebagai satu produk pelancongan di negeri Melaka. Maha akhir sampai juga kat sini masa buka puasa tahun lepas.




Sebab nak cuba sangat makanan tradisi mereka yang ada kat sini. Ia bukan sahaja sebagai sebuah rumah lama yang masih mengekalkan bentuk asalnya tapi juga hidangan makanan juga dalam peralatan barang lama-lama jadi menarik lah. Makanan popular kat sini adalah Masak Lemak Cili Api Daging Salai, Gulai Kawah, Asam Pedas Tetel, Sambal Sotong Bagak dan macam-macam lagi. 



Itu kalau makan yang ala-cart tapi ada juga yang dalam Set Dulang. Dalam satu set tu ada nasi untuk dua orang, Ikan Siakap Garing, Udang Garing, Sambal Petai, Salad dan juga minuman. Kalau datang beramai Maha rekemen ambil yang Set Dulang senang sekali order dia masak terus.






Menu masakan sini banyak semua masakan Melayu tradisional dihidanga dengan pinggan lama dan juga di bawa dalam dulang itu yang best. Kemudian ruang makan kat sini sangat banyak korang boleh pilih nak makan dalam ruman yang ada bilik-bilik dengan makan sambil bersila. Juga boleh makan bawah rumah disediakan meja untuk makan berkeluarga. Kalau kat kawasan terbuka pun ada kalau nak berdua-dua romantik boleh juga.




Maha rekemen untuk nak cuba dan rasa kelaianan bila datang makan kat sini. Bukan sahaja makanan tapi juga suasana sini mengimbau makan kat rumah kampung lama-lama. Kalau siapa tiada kampung boleh rasai suasan ini. Rumah Makan ini buka setiap hari dari jam 4.00 petang hingga 12.00 malam. Kalau yang dekat Melaka tu boleh order online jer tapi tak rasa bagaimana orang dulu makan duduk bersila tu yang nostalgianya. Korang kena datang cuba ok.

Nak booking atau nak tahu update terkini boleh ke laman sosial mereka:
Facebook : https://www.facebook.com/rumahmakan100tahun
Instagram : https://www.instagram.com/rumahmakan.100tahun







This post first appeared on Masih Mencari Restoran Best Di Sekitar Sungei Wang, please read the originial post: here

Share the post

Rumah Makan 100 Tahun Masih Kekal Utuh Mewarisi Tradisi

×

Subscribe to Masih Mencari Restoran Best Di Sekitar Sungei Wang

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×