Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Cuti-cuti Kami Ke Pulau Pangkor Ada Yang Best Dan Ada Yang Kurang Best

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan Juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Lamanya tak tulis kisah jalan-jalan atau makan-makan kat blog. Sibuk juga sekarang ni dengan kerja hakiki dan terpaksa membahagi keutamaan kepada yang mana kita perlu laksanakan dahalu. Tapi dalam kesibukan tetap juga sempat lagi pergi bercuti tau. 



Ini semua kerana ada kawan-kawan yang sekepala dan juga mahu untuk pergi jalan sama-sama. Kalau tanpa mereka tak pergi jugalah Maha ni duduk kerja dan pening kepala sahaja. Terima kasih kepada Zulhelmi a.k.a Zuzu dan Faris selaku PM project Pangkor kali ni, Cik Lily Putih kaunter pinjaman duit yer wakakaka., Abang Ridzman, Zharif, Kifli Mally sebagai Miss Pangkor 2023 @ Jajan_Kudapan, Rawlins, Jae dan Louis kerana sudi ajak Maha join jalan-jalan. Kali ni tak jauh sangat pun walaupun dekat hanya ke Pulau Pangkor tapi pengalaman itu yang berharga.



Sebenarnya kisah untuk bercuti kat Pulau Pangkor ini kita orang telah plan sejak tahun 2019 lagi. Dah ada tarikh, dah dibayar booking untuk hotel, pula tu siap pergi shopping cari baju nak OOTD kat sana bagi nampak sama. Semua dah plan rapi dan tunggu masa nak berangkat sahaja. Tapi apakan daya seminggu jer lagi Kami nak berangkat negara diserang Covid-19 dan kerajaan umumkan PKP pertama. Jadi semua shout down dan tak boleh bergerak kemana-mana. Kami pun terpaksa batalkan semua perancangan yang dibuat. Kecewa sangat time tu. Nasib semua bayaran dapat dipulangkan semula.



Jadi akhirnya tahun ini pada tanggal 18 Ogos hingga 20 Ogos 2023 tercapai juga hajat nak bercuti ke Pulau Pangkor beramai-ramai. Ini adalah perjalanan Maha bersama kawan-kawan ker Pulau Pangkor jom ikuti yukkk...

Penginapan Di Nipah Bay Villa


Inilah tempat penginapan kami untuk 3 hari 2 malam sepanjang di Pulau Pangkor. Kami pilih tempat ini kerana ia adalah satu rumah yang besar dua tingkat mampu untuk muatkan sehingga 10 orang sekali masuk. Ada beberapa bilik dan juga ada dua bilik air satu tingkat bawah dan satu tingkat atas. Rumah tidak berapa besar tapi boleh untuk buat lelap mata waktu malam kerana banyak masa kami habiskan di luar. 



Kat sini ada kolam renang dan kolam tu betul-betul depan pintu rumah yang kami duduk. Nak tengok rupa kolam renang tu besar mana boleh tengok video TikTok Challange dalam TikTok @Jajan_Kudapan. Cuma mungkin dari segi perkhidmatan boleh di pertingkatkan lagi. Maha senaraikan apa yang kurang semasa kami datang hari tu. Kami dijanjikan dengan tilam untuk 10 orang tidur tapi kami tidak dapat pun tilam yang dijanjikan walaupun dan mengadu pada kaunter penyambut tetamu. 



Kemudian ada satu sofa bed yang dikatakan boleh dijadikan katil untuk tidur. Tapi sayang sofa bed rosak dan kalau tidur akan sakit belakang. Kami dah panggil pihak pengurusan untuk baiki katil tersebut tapi orang yang datang tu tidak dapat baiki katil tu. Kami minta ganti dengan tilam tapi kami tidak dapat tilam yang dijanjikan sehingga balik. Nasib baik kami bawa spare tilam angin. Pulak tu bantal dan selimut tidak cukup jadi terpaksa tidur dengan alas apa yang ada maaf cakap yer. 



Penginapan situ disediakan sekali dengan sarapan pagi kat ruang makan depan tu. Ok lah boleh buat alas perut makan banyak juga. Tapi kalau dah datang Pulau Pangkor tak akan nak makan kat villa kami cari makan juga kat luar.

Pilihan Lokasi Teluk Nipah


Kami pilih situ kerana kawassan tu sangat meriah pada hari Jumaat dan Sabtu. Tak kira siang malam ada sahaja orang yang memenuhi kawasan tepi pantai. Penginapan kami dengan pantai tak jauh hanya jalan kaki dalam 5 minit dah sampai. Kawasan tu ramai orang siang malam jadi tak adalah sunyi sangat. Cuma kawasan pantai tu tak berapa sesuai nak mandi kerana banyak sangat boat.



Lokasi Teluk Nipah juga sangat cantik untuk melihat matahari terbenam waktu senja. Korang boleh duduk tepi pantai sambil menikmati waktu-waktu indah tenang bila siang melabuhkan tirai dan senja mula menjelma. Seronoknya rasa macam nak duduk seminggu kat sana lak hurmm.




Kawasan tu jugalah kami ambil perkhidmatan untuk Island Hopping dan juga Snorkeling. Cuma tak tahu nak gelak ke atau nak apa tapi macam tak seperti Island Hopping langsung. Pemandu boat pun hanya bawa lalu sahaja kawasan pulau dan kami tak singgah ke pulau-pulau lain hanya lalu dan tengok sahaja. 




Lepas tu untuk nak Snorkeling Pulau Pangkor bukan pilihan yang terbaik. Mungkin korang boleh pergi kat Pulau Tioman atau Pulau Redang lagi cantik dan berbaloi. Maaf cakap kawasan snorkeling sangat tidak bagus untuk pelancongan. Kawasan yang sempit dan juga laluan boat keluar masuk. Jadi tak sesuai untuk snorkeling nak tengok-tengok ikan. Ikan pun tak cantik kat sana sorry to say.

Syurga Makanan


Bab makan memang kat area Teluk Nipah tu syurga makanan. Harga tak mahal sangat dan banyak pilihan nak makan apa sahaja siang malam tak lapar. Cuma kena sediakan duit tunai senang sikit tapi ada juga khidmat QR Code kedai tertentu sahaja. Kami sampai-sampai sana terus perkena mereka punya Air Kelapa Muda dan Coconut Shake kat gerai dibuat dari kayu tepi pantai. Memang healing sangat pemandangan cantik air kelapa segar perhhh best gilerrrr. Korang kena jumpa akak rambut warna pink masa kami datang di sangat mesra melayan kami.



Lepas tu sepanjang jalan tu ada macam-macam orang jual makan di gerai kecil-kecil tepi jalan. Korang wajib cuba Lempeng Pisang Warisan Pangkor yang abang tu jual tepi jalan. Perhhh makan waktu petang sangat nikmat. Gerai dia buka waktu petang sahaja dan kalau lewat ramai orang berbaris panjang. Pembelian terhad untuk 10 keping seorang sahaja. Tapi puas hati sangat makan lempeng abang tu sedap weiii rasa nak datang lagi makan lempeng sahaja. Selain tu abang tu juga ada jual Pulut Panggan pun sedap.




Kalau macam Maha suka makan aiskrim kat tepi pantai. Feeling di private beach luar negara sambil makan aiskrim ditiup angin sepoi-sepoi kat tepi pantai tu. Abang jual airkrim hensem orangnya comel lak tu beli dengan dia tau. Ada aiskrim dalam cup, corn atau dalam roti. Buat mereka yang Kaki Kopi sini pun ada banyak sepanjang jalan tu gerai kopi duduk sahaja order dan minum penuh nikmat. Cuma Maha tak minum kopi lebih baik minum jus gituwwww.



Kalau nak makanan berat sini pun banyak pilihan kedai makanan laut. Style kat sini kedai-kedai makan akan pamerkan pelbagai jenis makanan laut ada ikan, sotong besar-besar, udang, ketam dan macam-macam lagi lah. Korang kena pilih makanan laut yang belum masak and timbang tanya harga dulu kalau jenis yang bajet-bajet nak makan lah. Dah puas hati dengan harga lepas tu baru pilih nak masak apa untuk makanan laut tu. Malam kedua tu kami makan puas-puas makanan laut best sambil meilihat persembahan api. Kat tepi pantai tu ada adik-adik buat persembahan api malam hari Sabtu tu kalau tak hujan lah.



Kami pergi juga kat Daddy's Cafe jalan kaki tau sebab tak jauh pun. Situ untuk orang T20 lah minum kopi and jus-jus mahal sambil makan depan pantai. Sekali sekala nak rasa ada ker daddy yang nak cekup hari tu ehhh.

Nak Sewa Kenderaan


Masa kami booking hotel tu kami booking sekali dengan perkhidmatan vab pink. Kat Pulau Pangkor sangat sinonim dengan van pink tu. Jadi pengankutan utama kat situ van tu lah. Van itu yang jempurt kami dari jeti masa sampai dah ada van pink tu boleh muat untuk 10 orang masuk. Sebab jeti nak ker Teluk Nipah tu jauh juga. Juga khidmat van pink yang sama kami guna untuk hantar pulang ke jeti bila nak balik nanti so senang lah.




Khidmat van pink tu juga kami sewa untuk bawa ronda-ronda petang selepas Island Hopping dan Snorkeling pagi tu. Van pink tu dah tahu nak bawa kemana lokasi menarik antaranya mestilah kilang satay dan ikan kering. Sini kedai jual ikan kering, udang mata biru, ikan masin dan macam-macam lagi makanan popular di Pangkor ni. Penting ada status Halal dan boleh beli borong murah sangat. Lepas pergi kedai ikan kering kami pergi lak kat Masjid Al Khairiyah @ Masjid 1000 Doa. Masjid dengan reka bentuk bangunan cina dan juga dinding penuh dengan ayat Al-Quran. 

Kilang Satay dan Ikan Kering

Masjid Al Khairiyah @ Masjid 1000 Doa


Kemudian lagi pergi lak Masjid Al-Badr @ Masjid Seribu Selawat @ Masjid Terapung banyak nama masjid ni. Walupun enjoy healing-healing akhirat tidak lupa dik gituwwww.. Lagi pun abang driver van pink ni sangat mesra. Kemudian last bawa pula kami ke tempat sejarah iaitu Kota Belanda Pulau Pangkor. Memang best lah jalan-jalan petang tu lepas tu terus pergi minum kopi.

Masjid Al-Badr @ Masjid Seribu Selawat @ Masjid Terapung

Kota Belanda Pulau Pangkor


Kemudian kalau korang sana nak jalan berdua-dua feeling bulan madu gituwww boleh sewa motor. Kat sana sangat banyak khidmat sewa motor. Korang kena rajin tanya kerana harga berbeza dan ikut pada waktu. Ada yang sediakan khidmat sewa motor ikut jam sahaja tapi ok lah boleh pusing-pusing sampai pekan Pangkor tu. Kami sewa motor nak rempit and jalan-jalan ke bandar Pangkor. Kat situ banyak kedai dan juga sebab nak keluar duit dah habis cashkan dan juga nak cari makan area bandar pulak.

Pulau Bebas Cukai


Status Pulau Pangkor sebagai pulau bebas cukai maka banyak kedai-kedai jual coklat dan juga barang tiada cukai kat merata-rata. Yang tak halal tu jangan tanya kami tak pergi ok. Kami pergi kedai coklat sahaja itu pun masa naik motor tengok-tengok sahaja tak beli pun. Terbaik nak beli coklat waktu nak pulang tu sebelum naik ferry korang letak barang kat jeti dan jalan sikit ada banyak kedai jual coklat. Nak kata murah sangat tu boleh lah dan banyak juga yang kami beli hehehehe.



Kedai jual cenderamata pun banyak memang meriah kat situ. Kedai baju semua ada kat tepi jeti tu sebab kami check-out villa tu pukul 11.00 pagi dan ferry kami pukul 1.30 tengah hari. Jadi ada masa nak jalan-jalan area jeti dan bandar tu. Nak beli coklat, nak makan semua boleh buat. Tadi lupa nak bagi tahu kami naik feri dari Marina Island Pangkor Ferry Jetty sekejap sangat sampai duduk tak sempat panas buntut dah sampai 10 minit sahaja. Jeti Marina ni ni lebih senang tak ramai orang dan juga parking banyak. Hari tu kami parking kereta 3 hari dalam RM69 kot tong-tong bayar lah gituwww.



Jadi habislah percutian yang ada seronoknya dan ada yang kurangnya. Apa pun plan nak ke Pulau Pangkor check. Jadi lepas ni mana lagi nak pergi yer. Tunggu ada lagi tempatnya. Selamat bercuti semua. 










This post first appeared on Masih Mencari Restoran Best Di Sekitar Sungei Wang, please read the originial post: here

Share the post

Cuti-cuti Kami Ke Pulau Pangkor Ada Yang Best Dan Ada Yang Kurang Best

×

Subscribe to Masih Mencari Restoran Best Di Sekitar Sungei Wang

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×