Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Tidak Tahu Hendak Kemana Hujung Minggu Atau Cuti Merdeka Boleh Ke Sini Saudagar Nanas Agrofarm

Tags: nanas ladang
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Jika korang rasa buntu tiada banyak aktiviti yang boleh dilakukan cuti hujung minggu atau cuti umum. Apa kata bawa satu keluarga ke sebuah di ladang nanas. Ladang ini bukan sebarang ladang tau ia telah viral kerana keistimewaa yang ada di sana.



Mungkin orang Selangor dah tahu dan dah kenal nama Saudagar Nanas Agrofarm yang terletak di Kajang. Ia adalah ladang komersial yang diusaha secara terbuka di atas bukit. Jalan menuju ke ladang kena mendaki sedikit tapi ada ruangan parking yang banyak dan juga luas. Kat sini bukan seperti ladang pertanian lain ia adalah ladang yang diusaha secara bersistematik.

Pokok Nanas suka akan cuaca panas dan terdedah terus dengan cahaya matahari. Jadi kawasan ni agak panas. Nasihat Maha walaupun korang rasa korang datang awal pagi tapi tetap rasa bahang kepanasannya. Jadi lebih baik sediakan payung atau juga kipas eletronik agar tak berpeluh dik panas terik atas bukit.



Apa yang menarik kat ladang Nanas ni ia ada menyediakan pemadangan yang menarik dari puncak bukit. Juga ladang Nanas yang jarang-jarang kita dapat masuk dan tengok secara dekat bagaimana ia diusahakan. Ada pokok Nanas yang menghasilkan buah ada juga pokokdari keluarga nanas yang hanya untuk hiasan kerana daun yang cantik berwarna-warni.

Juga kat sini ada beberapa ekor haiwan seperti Burung Kakak Tua dan juga Arnab yang dipelihara untuk menarik minat ramai orang datang. Bagi yang suka bergambar atau OOTD sini adalah tempatnya kerana banyak sudut yang cantik dan menarik. Tapi kebanyakkan mereka datang ke sini adalah disebabkan oleh makanan enak yang menawarkan gabungan hidangan tempatan berasaskan nanas. 




Di puncak bukit tu ada sebuah kafe yang menyediakan hidangan berasaskan Nanas. Terdapat makanan ringan, makanan utama, pencuci mulut, dan minuman. Korang boleh pilih daripada kek nanas, Tart Nanas, Cupcake Nanas, minuman jus Nanas, Kerepek Nanas, Karipap Nanas, sos cili nanas dan banyak lagi.

Korang suka makanan berat boleh mencuba Nasi Lemak Nanas Ayam Goreng Berempah (Basmathi) dan Nasi Goreng Nanas. Di celah-celah kepanasan cuaca, kami juga mencuba Aiskrim Cawan dari Nanas MD2 yang unik. Korang yang suka makan Nanas tahukan khasiat yang ada dalam buah nanas tu. 




Kesan Antioksidan, Membekalkan Tenaga, Melindungi Daripada Kemerosotan Makula, Membantu Dalam Sistem Pencernaan, Mengurangkan Risiko Penyakit Kanser, Meningkatkan Sistem Imunisasi dan memberikan Kesan Anti Keradangan.

Seperti beberapa pencuci mulut yang lain, ini rasanya seperti ekstrak nanas dan bukan ais krim yang diselitkan jem nanas. Masih manis dan lazat, tetapi tidak terlalu semulajadi rasanya . Jika anda ingin menghabiskan hidangan anda dengan pencuci mulut yang asli kepada Saudagar Nanas, jangan cari di mana-mana selain Buah-buahan (Cup) Nanas MD2.




Nanas ni sangat segar dimakan potodipotong betul-betul di belakang dapur, dan secara semula jadi manis dan berair. Ia tidak menghairankan, kerana Saudagar Nanas pakar dalam varieti MD2, dikatakan sebagai salah satu jenis nanas paling manis di dunia.

Walaupun sedap, makan terlalu banyak semasa pergi akan membuatkan korang merasai kesan bromelain. Tahukah anda: Bromelain melarutkan lapisan mukus pelindung lidah anda dan bumbung mulut anda, membolehkan asid nanas merengsakannya dengan lebih mudah. Anda akan merasakan ini sebagai sensasi "membakar", yang membuatkan anda berasa seperti seseorang mengelap mulut anda. Cenderahati, anda boleh membawa pulang nanas MD2 keseluruhan yang dituai oleh ladang. Harganya RM6 sekilogram.



Tapi sebelum balik boleh membeli keratan nanas untuk mencuba tangan anda dalam menanamnya, atau hanya membeli tumbuhan hiasan daripada keluarga yang sama dengan nanas. Tidak boleh berada lama kerana ramai orang lagi menunggu giliran. Seronok juga walaupun sekejap dan tidak lama tapi satu pengalaman baharu yang best. Nanti kalau korang dah sampai sana kongsikan kat ruang komen bawah ni ok.










This post first appeared on Masih Mencari Restoran Best Di Sekitar Sungei Wang, please read the originial post: here

Share the post

Tidak Tahu Hendak Kemana Hujung Minggu Atau Cuti Merdeka Boleh Ke Sini Saudagar Nanas Agrofarm

×

Subscribe to Masih Mencari Restoran Best Di Sekitar Sungei Wang

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×