Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Jalan-Jalan Makan Angin Di Hatyai Style Maha Dengan KOPETRO Travel

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Apa khabar kawan-kawan semua lama dah Maha tak update penulisan di blog ni. Almaklumlah sekarang makin sibuk dengan tugasan hakiki. Tapi dalam sibuk-sibuk tu masih ada masa lagi untuk memastikan minda dan emosi sentiasa rehat. Macam mana tu orang kata kalau nak tenangkan minda serabut kita kena keluar dari kebiasaan yang dilakukan iaitu dengan cara bercutilah apa lagi.



Tak perlu jauh-jauh kalau dapat ke negara jiran pun dah cukup untuk kita menghirup udara dan suasana baru. Kat situ kita baru rasa segar dan nikmatnya bercuti sekali sekala. Kali ini Maha nak kongsi bagaimana percutian ke negara jiran yang sedang tular sekarang ini. Mana lagi kalau bukan Hatyai. Ini kerana banyak tempat percutian menarik di Hatyai yang memukau. Nak lagi best ambil sahaja pakej daripada KOPETRO Travel. Tak perlu nak fikir nak naik apa, tempat tidur kat mana, nak makan kat mana semua disediakan. Itu semua nanti di hujung posting ni Maha kongsikan bagaimana. Tapi kali ni jom kita jalan-jalan makan angin style Maha ke Hatyai.

Hari Pertama Di Hatyai


Macam Maha bagi tahu tadi yang percutian kali ni Maha menggunakan perkhidmatan pengangkutan bas dari KOPETRO Travel. bertolak dari Kuala Lumpur menaiki bas yang selesa dan hanya tidur jer tanpa perlu fikir apa-apa pun. Maha dan beberapa kawan blogger lain pergi percutian 4 hari 2 malam. Kami bertolak dari KL malam dan sampai pagi kat Kedah. Kami masuk melalui CTC Durian Burung kerana kat situ tidak terlalu ramai orang dah tidak bersesak-sesak.




Segala urusan berjalan lancar pagi tu sampai dalam pukul 8.00 pagi juga lah. Masuk sahaja sempadan Thailand pagi tu tempat pertama kami singgah mestilah tempat makan. Kalau kat Thailand ni ada satu kafe yang cukup popular di sana iaitu Cafe Amazon. Itu tempat pertama kami singgah nak ngopi-ngopi dan rehat buang apa yang patut. Kafe ni catik mewah dan harga juga berpatutan.




Lepas sahaja perkena kopi dan juga makanan di kafe tu kami teruskan lagi perjalanan hari pertama ni untuk menikmati sepuasnya Selatan Thailand ni. Dalam perjalanan tu kami singgahlah satu butik exclusive. Kalau siapa kat sini nak cari sutera khas 100% buatan Thailand boleh singgah ke Rosecarre Gallery. Pemilik butik ni seorang muslim yang pandai bertutur bahasa Melayu dan juga semua pekerja mereka pandai berbahasa Melayu. 




Jadi tak perlu takut untuk bertanya apa sahaja hasil produk keluaran mereka. Paling popular di sini mestilah sutera dalam bentuk ukuran meter. Boleh digunakan untuk buat pakaian sangat lembut tidak panas. Juga ada pakaian yang siap jahit di sini. Maha pun beli juga dua helai tudung satu jenis selendang yang sangat mudah di gayakan sesuai untuk orang muda dan juga satu lagi tudung untuk mak-mak kalau nak pakai sarung sahaja. 




Pekerja mereka semua comel-comel dan yang lelakinya ganteng-ganteng yer hehehe. Tapi mereka cukup ramah tidak loket dengan senyumanlah. Sebab tu terbeli juga dua tudung ni. Tapi memang nak buat hadiah kat mak dan adik perempuan pun. Baju lelaki juga ada yer jangan tak percaya cantik-cantik baju kemeja dan juga jubah serta ada kurta yang menawan. 



Lepas tu teruskan lagi perjalanan menaiki bas senang tak perlu nak sewa kenderaa atau cari grab. Sebab kat Hatyai ni popular dengan tempat makanan Halal yang kena cuba. Jadi destinasi seterusnya kami singgah tempat makanlah sebab perut dah berkeroncong. Tempat makan Halal yang kami singgah iaitu Restoran Rusdee Boat Noodle. Konsep restoran dalam taman ada banyak pondok-pondok. Kami ramai jadi makan kat kawasan yang luas sikit. Kat sini walaupun nama Boat Noodle tapi kuantiti makanan ia sangat besar.




Kalau hari tu Maha order Mix Beef and Chicken with Bihun. Menu lain yang ada kat sini banyak macam Beef Boat Noodle, Special Boat Noodle, Nasi Goreng Seafood dan Red Ruby Dessert. Makanan sup mereka sini tidak sama yang ada kat Malaysia. Kuah yang pekat dan terasa segala rempah ratus dalamnya dan bagi yang suka sup memang akan hirup habis kuah supnya. Harga makanan juga berpatutan tidak terlalu mahal berbaloi dengan kuantiti yang dihidangkan.



Kat kawasan tepi-tepi restoran ni juga ada gerai jualan untuk beli macam kudap-kudapan seperti buah-buahan. Hari tu Maha beli buah Salak Thailand yang rupa unik, susah nak dapat kat Malaysia. Rasanya juga tidak masam memang Maha suka makan buah. Ada juga jualan buah potong dan juga ada buah Berangan kat situ murah-murah jer. Beli buat makan dalam bas untuk ke destinasi seterusnya.



Tak habis lagi yer perjalanan hari pertama memang paling banyak tempat kami pergi. Yer lah semangat tengah berkobar-kobar nak jalan kat tempat orang yang jarang kita dapat pergi. Selepas tu kami singgah pula ke Kilang Gajus @ RANU KOHYO. Tempat ramai orang kata wajib singgah bila datang ke Hatyai ni. Kat sini boleh dapat pelbagai barang makan seperti kekacang, kerepek, jeruk, gula-gula dan juga makanan kering. Semua siap bungkus dan juga harga murah-murah sahaja. Orang Malaysia sendiri pun pun ramai kat sini penuh sesak berbaris nak bayar tapi cepat.




Membuatkan kami lagi galak membeli makanan di sini untuk dibawa pulang jadikan cenderahati kerana ia sediakan pembayaran menggunakan kad kredit atau debit. Jadi lagi mudah tak perlu nak berkira-kira berapa duit Bath tu hehehe. Kat situ sahaja Maha habis banyak beli barang makanan untuk bawa pulang. Mereka juga sediakan kotak untuk bungkusan bagi memudahkan untuk bawa pulang. Itu bestnya kalau travel dengan bas jadi nak beli seberapa banyak barang pun boleh ruangan luas. Jadi memang lupa dirilah kat situ beli barang-barang.



Tapi masih waras lagi banyak tempat nak pergi. Lokasi seterusnya ini juga banyak cendermata yang boleh dibeli untuk bawa pulang kepada keluarga atau kawan-kawan di Malaysia. Walaupun mereka tak hulurkan duit tapi tetap ingat dalam hati gituwwww. Next kami singgah pula kat NORA Plaza. Sini diberitahu adalah plaza jualan cenderamata yang istimewa dibuat daripada kulit terutamanya kulit buaya original tau. 



Selain tu juga ada jualan macam-macam beg, baju, barang perhiasan dan macam-macam lagi lah. Jadi sebab ada baju tshirt yang murah-murah beli 5 percuma satu, Maha ambil untuk dihadiahkan kat keluarga. Kawan-kawan pejabat pula beli barang macam kincir, fridge magnet, beg kecil atau apa sahaja tanda kita masih ingat kat mereka hehehe. Sini pun habis banyak jugalah beli barang dan senang bungkus masuk sahaja dalam bas.



Dah rasa penat dan juga melekit satu badan, masa untuk kami pergi check-in hari pertama di Hatyai. Kalau nak tahu pake ni juga selain ada pengangkutan mereka masukkan sekali penginapan yang mesra muslim. Jadi sangat mudah dan tidak perlu bimbang-bimbang lagi. Hotel yang kami duduk adalah River Grand Hotel Hatyai yang berada di tengah-tengah bandar juga lah. 



Hotel ni memang bertaraf 3 bintang dan juga paling bestnya kafe hotel ini Halal jadi tak perlu was-was nak makan di kafe hotel. Bilik hotel kami tidur Two Single Bed yang luas juga. Tersedia sekali dengan peti sejuk satu pintu yang besar, ada minuman mineral, wifi, tv, penyaman udara dan banyak lagi. Cuma iron kat sini kalau nak kena hubungi receptionist untuk mereka hantar iron ke bilik. Juga ada arah kiblat cuma tiada sediakan sejadah sahaja.




Sinilah tempat penginapan kami untuk dua malam lagi dan juga tempat merebahkan kepenatan seharian berjalan. Nak cuci segala kelekitan yang ada pada tubuh ni agar segar untuk sambung lagi jalan-jalan. Hotel ni kalau nak jalan kaki ke Lee Garden iaitu kawasan meriah waktu malam pun dekat hanya 10 minit sahaja berjalan kaki. Kalau nak naik tuk-tuk pun boleh lagi syok. Itu nanti Maha ceritakan kemudian ok.



Lepas menyucikan diri dan juga buat segala apa yang wajib kami pun berangkat lagi ke destinasi seterusnya iaitu nak makan malam lak. Waktu di Thailand ni lain sikit jangan keliru tau ia lewat 1 jam dengan waktu di Malaysia. Kalau contoh kat Thai pukul 6.00 petang tapi kat Malaysia sudah pukul 7.00 malam. Jadi kami hari pertama ni gerak awal untuk pergi tempat makan yang paling meriah dan wajib singgah datang makan dan pastinya Halal.





Sampi juga kat Khlong Hae Seafood Buffet Halal Hatyai. Orang Malaysia dan juga orang tempatan memang cukup ramai makan kat sini. Kata mereka kalau sampai malam kat sini silap-silap tempat duduk penuh dan juga makanan dah banyak yang habis. Sebab kat sini boleh dikatakan ada lebih daripada 100 jenis makanan yang sedap-sedap. Terdiri daripada makanan laut segar, ikan bakar, daging dan ayam yang siap perap, juga makanan yang sudah siap masak pun banyak.




Restoran ni boleh makan sepuas-puasnya tapi jangan membazir tak baik. Ambillah sebanyaknya makan selagi perut tak pecah dan juga makan seberapa banyak yang nak. Paling Maha suka kat sini adalah mereka sediakan makanan siap masak yang sedap-sedap. Susah nak cerita memang rambang mata jadinya. Makan punya makan tak sedar hari dah malam, tapi malam masih muda apa barang tidur awal.



Selepas sahaja makan kat steamboat ini kami pergi pula satu lagi orang kata kalau sampai Hatyai tak singgah sini memang tidak sah. Mana lagi kalau bukan Khlong Hae Floating Market. Ia berdekatan dengan restoran steamboat tadi jer. Datang waktu malam memang sangat cantik pemandangan dengan diterangi lampu-lampu dan juga boat dan gerai jualan yang meriah. Seronok datang sini memang rasa terlalu mariah jauh daripada Malaysia wahhhh. 




Floating Market ini konsep yang cukup popular kat negara Gajah Putih ni. Setiap boat yang ada menjual pelbagai makanan boleh order sahaja dan terus buat bayar. Harga pun berpatutan memang rasa nak makan lagi dan makan lagi bila berada di sini. Mesti cuba mereka punya aiskrim kelapa dan juga minuman dalam buluh tu sangat unik. Floating Market ini hanya buka hari minggu sahaja iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad. Sebab tu ramai orang kalau datang hujung minggu.



Lepas tu naik atas jambatan tu pula untuk bergambar dengan pemandangan belatar belakang floating boat dan sungai yang masih cantik. Kat atas ni pun banya juga gerai jualan baju-baju dan juga makanan. Nak makan situ boleh nak bungkus bawa balik pun boleh. Perkena meraka punya SomTam dan juga Pulut Mangga atau Pulut Durian perhhhh terangkat giler best weiiii. Jalan dalam kumpulan memang seronok ramai-ramai sambil sembang-sembang dan tak sedar hari makin lewat. Habis kat sini kami naik bas terus balik ke hotel nak rehat. Habis hari pertama dan belabuh malam yang dingin di Hatyai sambung hari kedua pula.

Hari Kedua Di Hatyai


Bangun pagi tu dengan penuh kesegaran dan semangat lain macam kerana hari ni lagi banyak tempat kami nak pergi. Pagi tu macam biasa kerana pekej hotel ni sekali dengan sarapan kami hanya bersarapan di hotel sahaja sampai kenyang. Ini kerana hari kedua kami akan lebih adventure nak menjelajah Hatyai yang menjanjikan keseronokkan dan kegembiraan.



Lepas sarapan terus berangkat naik bas senang tak perlu pening nak cari-cari lagi pengangkutan. Sebab lokasi seterusni agak jauh juga perjalanan kena masuk hutan untuk melihat haiwan liar hehehe. Pagi tu kami sampai ke Chang Pual Camp Hatyai iaitu kawasan konservasi gajah yang menjadi ikon kepada negara Thailand ini. Kat situ dapat lihat gajah real depan mata. Kalau siapa yang nak menunggang gajah pun disediakan. Serta siapa nak bergambar dan bagi makan kepada gajah pun ada.



Sini gajah mereka terlatih dan juga tempatnya luas dan masih mengekalkan hutan semulajadi habitat gajah-gajah ini. Juga kat sini ada haiwan lain yang dipamerkan dan boleh bergambar seperti anak buaya, burung dan macam-macam lagi. Seronok kerana masih ada lokasi yang memelihara haiwan ini daripada mengalami kepupusan. Sini tempat nak bergambar sangat banyak sangat sesuai untuk instagramer atau nak OOTD



Dah puas main dengan gajah kami teruskan lagi jalan-jalan Thailand ni dengan berangkat pula ke rumah Allah yang menjadi lambang kepada keutuhan Islam di Hatyai. Walaupun kami berada di negara yang bukan majoriti Islam tetapi tetap utuh berdiri Songkhla Central Mosque, The Taj Mahal of Thailand. Begitu rasa indah Islam yang mula berkembang serata negara. Depan masjid ini ada tasik ikan yang besar luas dan reka bentuk seakan-akan Taj Mahal membuatkan orang tempatan memberi gelaran tersebut.




Kami tidak masuk ke dalam masjid kerana waktu masih pagi dan juga hanya singgah untuk bergambar kenang-kenangan. Sini ambil masa lebih kurang 20 minit dari lokasi gajah tadi tak jauh pun senang sebab pengangkutan tersedia itu untuk ambil pakej ni. Lepas ni kami ke seberang jalan daripada Masjid ini iaitu satu tempat baru beroperasi dan sangat cantik unik diperbuat daripada buluh.



Inilah lokasi setersnya kami singgah iaitu SeaVerse Cafe & Restaurant. Ia adalah sebuah kawasan jualan tapi masih belum beroperasi sepenuhnya. Kafe dan restoran ini dikelilingi tasik dan juga berada terapung atas permukaan tasik yang airnya menghijau. Ditengah-tengah kawasan ini ada ikonik kuda laut yang mejadi tanda kepada tempat ini. Direka bentuk untuk menjadi satu daya tarikan pelancongan terbaharu di Hatyai. Ia teletak di Lopburi Ramesuan Road jalan utama juga di ini. 




Sini mereka reka bentuk untuk mejadi lokasi yang suka bergambar dan juga berOOTD sangat cantik. Terdapat satu menara tinjau yang dibina bagi yang suka bergambar untuk nampak keseluruhan kawasan yang indah ini. Kalau kat Malaysia buat macam ni mesti bestkan tapi kena pada promosi dan juga kena dengan lokasilah. Baru dapat sambutan yang meriah. Kafe dalam ni pun menarik ada sediakan minuman kopi, teh dan jus seta juga desert kek dan pastri yang sedap-sedap.




Naik lagi bas untuk destinasi seterusnya iaitu pantai yang berada di Songkla, alang-alang dah sampai Hatyai kan. Tapi sebelum tu singgah kat sebuah restoran untuk makan tengah hari. Ini salah satu restoran makanan Halal iaitu Restoran Islam Pai Daeng, Songkhla. Ia berada betul mengadap pantai restoran ni. Kalau datang sini kena cuba mereka punya hidangan istimewa iaitu Kaeng Som. Apa tu?



Kalau kat Malaysia kita ada Asam Pedas, kat Thailand pun meraka ada juga Kaeng Som ini. Cuma warna ia lain juga boleh dimasak dengan pelbagai jenis ikan. Rasa menu ni memang terangkat pedas ada, masam cukup, panas dan juga masin semua lengkap. Terbanglah bak kata orang kalau makan hidangan ni. Perkena pula menu masakan kampung yang lain seperti Udang Masak Petai, Ikan Goreng Garing, Telur Dadar, dan juga Sayur Kailan Ikan Masin. Perhhh berminyak mulut bohhh.




Tu tandanya makanan sini memang sedap dan patut datang makan kat restoran ni. Tukang masak Islam dan pemiliknya pun orang Islam jadi tak perlu nak risau makan. Lepas sahaja Makan tengah hari perut dah kenyang hati dah senang, apa lagi kali ni teruskan perjalanan tapi tidak naik bas, kami naik Tram yang disediakan oleh Singora Tram Tour.




This post first appeared on Masih Mencari Restoran Best Di Sekitar Sungei Wang, please read the originial post: here

Share the post

Jalan-Jalan Makan Angin Di Hatyai Style Maha Dengan KOPETRO Travel

×

Subscribe to Masih Mencari Restoran Best Di Sekitar Sungei Wang

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×