Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

5 Sebab Tiara Sendayan Adalah Projek Penjualan Perumahan Terbaik

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Sebagai anak muda yang terlah berkerjayaan dan juga mempunyai pendapatan tetap teringin untuk memiliki rumah milik sendiri. Rumah boleh dijadikan aset pelaburan jangka panjang yang cukup berbaloi jika dimiliki. Apatah lagi rumah kediaman yang terletak di kawasan perumahan yang dilengkapi dengan pelbagai fasiliti serta akses.



Tiara Sendayan mendapat perhatian dan juga telah menjual dan menyerahkan rumah lebih dari 2000 unit kepada pembeli. Tiara Sendayan juga satu Projek Penjualan Terbaik yang boleh dipertimbangkan buat pembeli baru dan ingin miliki rumah idaman sendiri. Projek dimiliki oleh Matrix Concepts Holdings Berhad iaitu pemaju yang telah memperolehi pelbagai anugerah berprestij.

Lima sebab ini boleh dijadikan kayu ukur kepada pembeli untuk mencari projek perumahan yang boleh dipercayai dan juga rumah yang berkualiti. 

1) Pemaju Perumahan Yang Dipercayai


Matrix Concepts Holdings Berhad satu pemaju perumahan yang telah memperoleh pelbagai anugerah berprestij termasuk The Edge Excellence Award 2022 (TEPEA), The Edge Billion Ringgit Club 2022, The Malaysia Developer Awards 2022 (10 Teratas untuk Permodalan Pasaran RM 1 Billion dan ke atas), dan TheStar Property Award 2022.

Malalui pengiktirafan ini kita lebih yakin dalam memastikan projek yang dibangunkan akan siap dan juga mampu dimilik setelah selesai semuanya. Juga mereka bukan kontraktor biasa seperti ‘Melepaskan Batuk Ditangga’.

2) Perbandaran Komuniti Yang Melengkapi


Tiara Sendayan yang terletak di barat Bandaraya Seremban, ia mempunyai sambungan yang sangat baik melalui laluan akses biasa seperti Lebuhraya Utara-Selatan dan lalun perhubungan ke KLIA. Selain itu juga, perbandaran moden ini terletak secara strategik dalam Malaysia Vision Valley (MVV) iaitu koridor pertumbuhan baharu yang diperuntukkan sebagai lanjutan daripada konurbasi Greater Kuala Lumpur di Negeri Sembilan.



Projek menjanjikan nilai dan potensi penghargaan yang hebat kepada pemilik walaupun dalam tempoh yang lama dimiliki atau ingin dijual beli pada masa akan datang. Paling utama sebagai pembeli mencari projek perumahan yang mempunyai kawasan komersial yang berdekatan seperti kedai, restoran menjamu selera, Kawasan riadah dan membeli-belah terletak hanya beberapa jarak perjalanan sahaja dah boleh diakses.

3) 12 ekar Central Park Untuk Riadah Dan Gaya Hidup Alam Semulajadi


Projek perumahan yang mampan dipadukan lagi dengan konsep kejiranan yang seimbang Bersama alam semulajadi. Di Tiara Sendayan ini mempunyai Central Park tersendiri seluas 12 ekar yang terawat dengan menampilkan tasik yang indah dan pelbagai kemudahan kediaman eksklusif, menjanjikan gaya hidup holistik untuk penduduk tempatan.



Antara kemudahan sukan dan rekreasi yang disediakan termasuk gelanggang futsal, gelanggang bola keranjang, gimnasium, stesen parcourse, ruang majlis, teres tempat duduk, trek joging dan laluan refleksologi. Di samping itu, penduduk boleh menggunakan 'Hive Lawn' yang luas untuk aktiviti mesra keluarga seperti berkelah atau bermain layang-layang. Terdapat juga kawasan taman permainan yang menawarkan ruang yang menarik dan selamat untuk kanak-kanak dan kanak-kanak bermain.

4) Kemudahan Fasiliti Pendidikan Sendiri


Selain itu, hab Pendidikan sangat penting dalam penilaian dan pencarian projek perumahan. Seperti di Tiara Sendaya ini memeiliki SK Sendayan, SMK Bandar Sri Sendayan dan SMK (Felda) Seri Sendayan hanya berjarak kurang daripada 7KM. Juga ada kemudahan awam lain seperti Masjid Sri Sendayan dan juga yang lain-lain dianggap penting.



Hab komersil seperti Sendayan Metropark , Suriaman Biz dan Sendayan Merchant Square terletak hanya 5km jauhnya. Sementara itu, mercu tanda baharu yang menjadi ikon semalaman di Bandar Seri Sendayan, terletak hanya 5 minit pemanduan dari Tiara Sendayan.

5) Projek Kadar Pengambilan Sepenuhnya


Tiara Sendayan dikenali sebagai pembangunan terlaris oleh Matrix Concepts dengan hampir 13 projek habis dijual dalam tempoh 3 tahun disebabkan sambutan yang menggalakkan. Mereka juga telah berjaya membina dan menyerahkan lebih 2,188 kunci kepada pemilik Tiara Sendayan. Ini telah memberi kepercayaan kepada pembeli akan datang untuk memiliki rumah dan menjadi sebahagian dari komuniti di sini.



Tidak lama lagi Tiara Sendayan bakal melancarkan kediaman 2-tingkat. Target mereka adalah golongan seperti M40 yang mempunyai pendapatan tetap dan juga keluarga yang sederhana besar. Kediaman ini didatangkan bersama 4 bilik tidur dan 3 bilik air. Kediaman ini sesuai untuk mereka yang berkeluarga dan mencari rumah yang luas serta selesa untuk didiami atau dijadikan aset bernilai tinggi.

Tiara Sendayan adalah projek pembangunan terlaris dan ini adalah peluang untuk orang ramai memilikinya. Sekiranya ada pertanyaan lanjut boleh kujungi bilik pameran di Matrix Galleria @ d'Tempat Country Club, PT 12653, Jalan Pusat Dagangan Sendayan 1, 71950 Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan. Juga boleh hubungi  talian 1-800-88-2688 atau layari laman social dan laman sesawang seperti di bawah.

Layari laman web: https://tiarasendayan.com 
Facebook: https://www.facebook.com/matrixconceptshomes
Instagram: https://www.instagram.com/matrix_concepts 

#TiaraSendayan #ModernHomes #OwnHome #FirstHomeOwner #DreamHome #NewHome #Freehold #LandedProperty #SelfSustainingCity #PropertyforInvestment #PropertyforSale #PropertyMarket #NegeriSembilan #MatrixConcepts










This post first appeared on Masih Mencari Restoran Best Di Sekitar Sungei Wang, please read the originial post: here

Share the post

5 Sebab Tiara Sendayan Adalah Projek Penjualan Perumahan Terbaik

×

Subscribe to Masih Mencari Restoran Best Di Sekitar Sungei Wang

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×