Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Istimewa Biskut Nutella Bites Dengan Beg Pipe Coklat Daripada Cookies By Chef Jo

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah kita telah melalui lebih 10 hari Ramadan tahun ini dan harap kita dapat sempurnakan sehingga sebulan puasa termasuk juga puasa enam masa bulan Syawal nanti. Sebut sahaja pasal Syawal siapa sini yang dah buat persiapan untuk beraya. Seperti pergi beli baju raya dan juga yang paling penting buat kuih raya. Tahun ni ramai excited untuk beraya kerana setalah dua tahun kita tak dapat beraya bersama keluarga kerana pendamik.



Tahun ini Insha Allah dengan iziNya kita dapat menyambut raya meriah seperti mana tahun dulu-dulu. Dapat pergi beraya kerumah kawan-kawan dan juga sedara-mara. Tapi sebut sahaja pasal kuih raya mungkin ramai mak-mak yang sibuk kat dapur sekarang ini untuk buat pelbagi hidangan kuih raya. Maha Alhamdulillah kali ini dah masuk tahun ketiga kot kuih raya istimewa daripada Chef Jo.



Sebelum-sebelum ini setiap tahun Masterchef ini tidak pernah lupa untuk menyediakan pelbagai pilihan kuih raya. Kalau yang tak sempat nak buat kuih tu apa kata kita beli sahaja daripada Handcrafted Cookies By Chef Jo. Dah pasti sedap dan memikat serta harga berpatutan. Kita pun kenal siapa Chef Jo yang popular orang panggi 'Papa Jo' setelah keluar program Masterchef Malaysia sekitar tahun 2011 dan 2012. 



Kalau korang mengikuti setiap tahun chef akan keluarkan pelbagai jenis kuih raya dengan pelbagai rasa dan rupa. Tahun ini Chef Jo tampil pula dengan biskut baru yang lebih berani dan membawa kelainan kepada biskut-biskut sebelum ini. Ia diberi nama biskut "Nutella Bites". Biskut ini bila korang rasa ia meletup-letup dalam mulut dengan serpihan Badamnya yang banyak. Ia dihasilkan daripada mentega asli dan cokolat kacang hazel yang original dan bermutu tinggi.



Bukan itu sahaja menarik biskut Nutella Bites ini ia didatangkan dengan beg pipe berisi coklat Nutella di dalam balang biskut tersebut. Apa kegunaan beg pipe berisi Nutella ini? Ia untuk korang menambahkan lagi topping di atas biskut dengan kekayaan coklat Nutella. Sebab semua orang suka akan coklat Nutella kan jadi kali ini chef tidak kedekut memberikan lagi beg pipe berisi Nutella. Cara nak makannya mudah jer korang keluarkan biskut letak dalam pinggan dan potong hujung beg pipe tu jangan besar sangat kecil sahaja dan kemudian tekan pipe tu ke atas biskut ikut suka nak berapa banyak.




Ini bila korang makan akan terasa lebih nikmat dan terangkat berganda-ganda rasa coklatnya. Maha pun dah cuba dan dah pipekan coklat tu atas biskut dengan sesuka hati hehehe. Tapi awas ibu-ibu atau mak-mak jangan bagi anak-anak yang pipe sendiri nanti habis mereka makan coklat Nutella tu sahaja. Satu balang bulat tu banyak sangat bikut di dalamnya tak kedekut. Puas hati lah kalau korang dapatkan yang terbaharu daripada Handcrafted  Cookies By Chef Jo kali ini.




Selain itu juga, biskut yang selalu menjadi kegemaran rakyat Malaysia masih ada lagi tidak pernah dilupakan. Seperti biskut Red Velvet Crisp, Almond Big Ben, Cheese Pineapple Roll, Crunchy Oreo dan juga Crispy -N- Crunchy. Semua ini boleh dipos dan dihantar seluruh Malaysia jangan risau boleh dapatkan bila-bila masa sahaja. Nak makan waktu Hari Raya boleh atau lepas raya pun boleh juga. Sebab tu Maha setiap tahun tak pernah miss dapatkan sekut Handcrafted Cookies By Chef Jo.



Balang tahun ni pun lain daripada yang lain kerana itu trademark chef setiap tahun akan berubah reka bentuk hiasa balang. Tapi rasa biskut tetap sama dan mengancam seperti dulu. Siapa rasa tak sempat atau tiada masa nak buat kuih raya tahun ni boleh tempah sekarang untuk dapatkannya sebelum Hari Raya kerana stock masih ada lagi. Jangan nanti sampai pagi raya tak ada nak hidangkan kuih raya kepada tetamu sudahlah yer. Chef juga ada mengeluarkan beberapa lagi produk lain istimewa untuk Hari Raya iaitu KetupatMas iaitu produk Ketupat Palas.

Sebarang tempahan atau pertanyaan lanjut boleh layari :-
Facebook : https://www.facebook.com/cookiesby.chefjo.1
Instagram : https://www.instagram.com/cookiesbychefjo









This post first appeared on Masih Mencari Restoran Best Di Sekitar Sungei Wang, please read the originial post: here

Share the post

Istimewa Biskut Nutella Bites Dengan Beg Pipe Coklat Daripada Cookies By Chef Jo

×

Subscribe to Masih Mencari Restoran Best Di Sekitar Sungei Wang

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×