Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

10 Cabaran Bisnes, Selepas Pandemik Dan Tahun 2022

Ramai Usahawan terkesan dengan pandemik, banjir dan cabaran tahun 2022. Situasi zaman sekarang sangat tidak stabil untuk kita berbisnes adalah tidak benar. Sebaliknya kita terpaksa jadi lebih bijak dan cari cara untuk atasi masalah ini.

Sebab pada zaman Nabi SAW, cabaran-cabaran bisnes juga wujud. Namun setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Jom lihat apakah cabaran bisnes yang dihadapi usahawan. 



Masalah yang dihadapi ramai usahawan antaranya adalah:

Aliran kewangan yang tidak terurus
Tidak tahu atasi pesaing
Polisi syarikat tidak tepat
Tiada matlamat jelas
Harga barang meningkat
Teknik pemasaran yang tidak efektif
Bisnes tidak sistematik
Kurang ilmu perniagaan terkini 



Menurut media berita dan internet, punca terbesar bisnes semakin mencabar pada tahun 2022 ini adalah disebabkan oleh ekonomi Kenaikan Harga Barang serta kadar inflasi. Kenaikan harga barang dilihat telah naik dari 30% sehingga lebih dari 100% juga.

Tak Percaya? Ini Perkongsian Pakar Usahawan Pemasaran Terbesar Asia Tenggara


Pakar usahawan pemasaran Asia Tenggara yang merupakan pengasas bagi Syarikat RichWorks International Sdn Bhd ini telah berkongsi sesuatu yang buat usahawan buka mata.  Datuk Wira Dr Azizan Osman atau lebih dikenali dengan panggilan Datuk Wira, sangat memahami masalah yang dihadapi usahawan di luar sana.



“Banyak perkara saya kaji dalam tempoh 2 minggu lalu antaranya sentimen pasaran, kadar inflasi dengan kenaikan harga barang yang telah jangka malah sebut pada Ogos tahun lalu lagi.

Kenaikan sesetengah barang dilihat sekitar 30% hingga lebih 100% ketika ini.

Sebab itu, kritikalnya untuk anda semua ada kesedaran ini, terutama mereka yang sedang jalankan bisnes kerana bukan mudah pada tahun ini.

Semalam, saya berpeluang bersama dengan kumpulan pemilik syarikat dan peniaga Cina bahawa memang banyak syarikat sedang tutup atau dah lingkup.

Walaupun peniaga ini ada kilang di China, mereka sudah tak nampak apa perlu dibuat, selain tak pandai soal pemasaran.

Saya juga sedar bahawa sebenarnya untuk mula semula bisnes dari kosong agak susah bila ditanya seorang usahawan dalam pembinaan, apa bisnes yang bagus ketika ini?

Pertama kali, saya tidak tahu memberikan jawapan apa.

Tapi saya sedar bahawa bagi mereka yang ada bisnes ketika ini dan kekal lakukan seperti biasa, maka dia akan 'mati'!

Hal ini kerana pasaran bergerak perlahan dan orang ramai tidak berbelanja agresif seperti sebelum ini.
Kalau kekal dengan usaha normal, anda akan mati dan jika kekal kecil anda akan pupus.

Maka sebagai Titanium di bawah bimbingan saya, tak bersyukur jika anda tak buat betul-betul untuk berkembang.

Sedangkan ada sebahagian Titan yang sangat agresif, berjuang betul-betul untuk berkembang dan kekalkan momentum.

Saya ulang, pasaran kini perlahan dan orang lebih berjaga-jaga untuk membeli.

Kalau anda lagi slow dari pasaran maka tunggu saja untuk 'mati'.

Hargai apa yang anda ada sekarang, buat dengan lebih baik dan agresif lagi.

Bayangkan jika anda sendiri terpaksa mulakan bisnes baru dari kosong, apa yang boleh dibuat?

Bagi yang dah ada bisnes, anda sudah tahu pasaran, cuma 'malas' nak engage lagi.

Bila pasaran perlahan maka anda perlu lebih pantas, guna semua platform yang ada. Jika takut-takut, anda akan ketinggalan.

Bersama dengan saya Ahad ini, khas buat bangsa usahawan terutama pemilik bisnes yang masih tak nampak jalan ketika ini.”

Datuk Wira Dr Azizan Osman membuka peluang bagi membantu usahawan yang berniaga secara fizikal dan juga online. Mereka komited menganjurkan program percuma. Antaranya adalah Zero Kos Marketing, Bangkit, Bina Bisnes Berjaya, Wanita Bangkit Berniaga dan banyak lagi. Dengar cerita, ada program sesi live telegram voice chat terbaru?

Bantu Usahawan Harungi Masalah Bisnes




Dengan pelajar usahawan bimbingan beliau dalam program Titanium, beliau telah membantu perniagaan ahli titanium mencapai jualan yang sangat tinggi lebih dari 1 juta Ringgit Malaysia hanya dalam masa 6 bulan sehingga 12 bulan. Hebat bukan?

Selama kita mencari ilmu usahawan, belum tentu ada kelas atau program yang telah berjaya melahirkan ratusan usahawan seperti Richworks. 

RichWorks bukan sahaja bagi bimbingan dan program mentoring usahawan, tetapi Richworks juga telah sediakan video pembelajaran ala-ala Netflix. Tak hairanlah misi mereka juga untuk jadi NetFlix terbesar buat usahawan. Wah, memang sangat menarik!

Program Live Session Bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman




Datuk Wira Dr Azizan Osman akan kongsikan 10 cabaran bisnes yang kritikal dalam perniagaan sekarang. Kita tahu, perniagaan sekarang bukanlah mudah!

Perspektif tentang 10 cabaran bisnes, selepas pandemik dan 2022 ini akan disampaikan dalam Live Session di saluran Telegram Azizan Osman Official, pada hari Ahad, jam 8 pagi.

Masa: 8 Pagi
Hari: Ahad (Februari)
Saluran: Telegram Azizan Osman Official











This post first appeared on Masih Mencari Restoran Best Di Sekitar Sungei Wang, please read the originial post: here

Share the post

10 Cabaran Bisnes, Selepas Pandemik Dan Tahun 2022

×

Subscribe to Masih Mencari Restoran Best Di Sekitar Sungei Wang

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×