Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Mana Lagi Untung Beli Atau Sewa Sahaja Rumah

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Semua orang impikan untuk memiliki rumah sendiri tanpa perlu menyewa. Ada yang sanggup mengikat perut semata-mata untuk mendapatkan rumah idaman sendiri. Ada juga yang buat lebih daripada satu kerja siap buat partime kerja lagi semata-mata untuk memenuhi kehendak memiliki rumah sendiri pada usia yang muda.



Yer semua itu betul masing-masing punya cara dan juga kemampuan sendiri untuk memastikan bahawa rumah idaman menjadi milik kita sepenuhnya. Namun, berbelanja besar untuk membeli aset dalam keadaan ekonomi sekarang yang sedang gawat mungkin sesuatu yang membimbangkan. Juga nak memastikan bahawa rumah yang kita pilih itu adalah yang betul-betul mengikut kehendak kita.



Jadi sebab itu ramai membuat keputusan untuk terus memilih menyewa daripada membeli rumah, kerana takut akan komitmen yang tinggi bila dah ada rumah sendiri. Tapi sampai bila kita nak menyewa kerana kalau ikutkan pengiraan pembayaran sewa rumah itu lebih kurang sama sahaja dengan pembayaran rumah yang kita beli sendiri, yang akhirnya jadi milik kita. Kalau rumah sewa bila-bila masa sahaja tuan rumah nak dan berhak untuk halau kita keluar bila mereka perlu rumah tu.



Jadi kena pertimbangkan untuk memiliki rumah sendiri walaupun tak sebesar mana yang penting rumah itu adalah rumah kita dan mempunyai segala kemudahan di persekitarannya. Sebab apa Maha cerita macam ini kerana Maha ada jumpa satu perumahan baharu yang sekarang sedang dalam pembinaan dan pelancaran fasa baharu adalah pada May 2021 ni dan dijangka pada kuater keempat tahun 2023 nanti.

Hanna @ Laman Sendayan


Kat mana tu? Ia terletak di Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan. Fasa baharu ini diberi nama HANNA @ Laman Sendayan. Ia dibangunkan oleh Matrix Concepts Holdings Berhad iaitu pemaju yang dipercayai dan telah bertapak lebih daripada 24 tahun dalam industri pembiaan perumahan ini. Sebab faktor pemaju juga sangat penting dalam pemilihan rumah yang kita nak beli jadi kena kaji dulu pemaju baru kita mula buat rundingan.



Di sini pemaju menyediakan beberapa perkara penting yang korang kena tengok untuk membeli rumah. Pertama berapakah harga kediaman anda? Di Laman Sendayan, Hanna, rumah teres 2 tingkat harga daripada RM400K+ sahaja.  Manakala Harga Kemasukan Rendah dan Kadar ‘interest’ juga rendah. Ini sangat membantu untuk mereka yang pertama kali nak membeli rumah.



Selain itu juga pemaju memberikan bayaran tempahan RM1,000 dan juga kalau ikut pada harga rumah ini ansuran yang korang kena bayar lebih kurang dari RM1,400 sahaja. Jadi kalau korang boleh bayar sewa rumah beribu-ribu tapi rumah tak jadi milik korang baik korang bayar rumah bulanan macam ni dah pasti rumah ini adalah milik korang. Betul tak!!

Reka Bentuk Rumah Moden


Faktor kedua yang korang kena ambil tahu sebelum nak beli rumah adalah mesti lah kena tengok reka bentuk rumah. Rumah kena ada sekurang-kurangnya paling asas adalah tiga bilik dan juga dua bilik air, pengudaraan dan pencahayaan yang bagus untuk keselesaan dalam rumah.



Rumah di Hanna II ini memberikan lebih lagi daripada apa yang asas perlukan. Tengok pada rumah Plan A sahaja dah ada empat bilik dan juga tiga bilik air. Keluasan 2152sq.ft memang sangat luas kerana ia adalah rumah landed.



Juga pada rumah Plan A1 yang membezakan hanya Lot Size sahaja. Jadi tak ada masalah kerana ia mengikut bajet korang jugakan.

Fasiliti Yang Tersedia


Perkara ketiga yang korang kena ambil tahu bila nak membeli rumah sendiri ini adalah fasiliti yang tersedia di kawasan tersebut. Memang sekarang banyak perumahan yang dibina hanya rumah sahaja tiada kemudahan lain yang menjadi faktor kepada kesenangan dan keselesaan penghuni di kawasan tersebut.




Kalau di Hanna ini memang tidak dinafikan lagi bahawa segala kemudahan semua sangat dekat dan lengkap di sini untuk penghuni yang akan tinggal lama di sini. Kemudahan seperti institusi pendidikan kerana ia berhampiran dengan Matrix Global Schools, SJK (C) Bandar Sri Sendayan dan SMK Bandar Baru Sri Sendayan.



Juga ada pusat perniagaan dan pusat riadah seperti Sendayan Merchant Square, Sendayan X-Park, Sendayan Metropark dan Sendayan Green Park. Juga paling penting kediaman sihat bermula dari kawasan perumahan mampan dengan adanya kemudahan rekreasi untuk gaya hidup sihat yang terdapat di dalam perumahan ini.



Juga keahlian percuma untuk d’Tempat Country Club. Apa itu d’Tempat Country Club? Ia adalah macam lebih kurang pusat komuniti yang ada segala kemudahan seperti tempat rekreasi macam gym kolam renang, dewan atau tempat makan. Juga ada gelanggang badminton dan gelanggang bola keranjang untuk aktiviti sukan. Jadi tak perlu nak pergi jauh-jauh atau keluar kawasan perumahan kerana ada berhampiran sahaja.



Kalau korang berminat untuk tahu lanjut tentang perumahan Hanna @ Laman Sendayan, Bandar Sri Sendayan Negeri Sembilan ini boleh terus hubungi mereka di sini:

Laman web : http://lamansendayan.com/project/project-hanna.html
Facebook: https://www.facebook.com/matrixconceptshomes  
Instagram: https://www.instagram.com/matrix_concepts


#HANNA #LamanSendayan #JOMBELIDONSEWA #ModernHomes #OwnHome #FirstHomeOwner #DreamHome #NewHome #Freehold #LandedProperty #SelfSustainingCity #PropertyforInvestment #PropertyforSale #PropertyMarket #NegeriSembilan #BandarSriSendayan #BSSDevelopment










This post first appeared on Masih Mencari Restoran Best Di Sekitar Sungei Wang, please read the originial post: here

Share the post

Mana Lagi Untung Beli Atau Sewa Sahaja Rumah

×

Subscribe to Masih Mencari Restoran Best Di Sekitar Sungei Wang

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×