Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

40 Tahun Resipi Warisan Turun Temurun Restoran Uncle Chong's Bukit Jalil

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Siapa yang duduk area Bukit Jalil dan yang sekawasan dengannya kini korang boleh mencuba makanan resipi turun temurun sejak 40 tahun lamanya. Sebelum ini restoran ini berada kat Foch Avenue K.L atau sekarang dikenali sebagai Jalan Tun Tan Cheng Lock. Pelanggan tetap akan tahulah pasal restoran ini dan kini ia diwarisi generasi ke empat keluar tersebut.

Maha dengar pun terkejut juga dan tak percaya bahawa Restoran Uncle Chong's ini mampu bertahan selama itu dan masih kekal menyajikan juadah masakan kegemaran rakyat Malaysia. Kalau korang tanya tentang Halal restoran ini masih belum ada sijil Halal tapi mereka menekankan bahan dan sumber dari pembekal yang ada persijilan Halal. Mereka juga tidak menyediakan sajian berasaskan kinzir dalam restoran mereka.



Bagi Maha makanan yang ada kat sini sangat menangkap nafsu makanan kerana bila korang tengok kuantiti yang disediakan sangat banyak dan besar. Maha sendiri tak boleh nak habis semua makanan yang ada kat sini memang kenyang. Kalau nasi tu memang bagi Maha orang perempuan boleh kongsi dua orang satu hidangan hehehe. 
Signature Curry Laksa (RM11.90)


Keistimewaan dan kepakaran mereka di restoran ini adalah Signature Curry Laksa dan juga Asam Laksa. Tengok satu mangkuk Kari Laksa tu memang penuh dengan pelbagai bahan dalam tu. Ada Kerang, Tauhu, daging ayam dan juga kuah yang banyak dan pekat. Bagi Maha cukup rasa karinya kena dengan selera orang Malaysia. Manakala Asam Laksa tu pula sama juga ada ketulan ikan sardin dalamnya yang banyak bersama dengan timun serta juga nanas. Mee laksa tu pun bersaiz besar punya bukan yang halus atau yang mee lutsinar tau.
Asam Laksa (RM8.90)


Kemudian kalau korang nak makan yang berat boleh cuba mereka punya Nasi Lemak Special. Nasi lemak kat sini memang dihidang dalam pinggan besar dan juga saiz ayam goreng tu besar yer. Ni yang Maha kata boleh makan untuk dua orang. Disedapkan lagi dengan sambal dan juga ada kuah kari kat tepi tu. Nasi cukup lemaknya dan makan memang puaslah. 
Nasi Lemak Special (RM10.90)

Salted Chicken with Chinese Herb Rice (RM9.90)

Siapa nak yang sihat sikit boleh cuba Salted Chicken with Chinese Herb Rice. Ni firstime Maha makan ayam yang dimasak selama dua jam dengan herba cina ini. Orang Cina memang suka makan macam ni lebih kurang macam makan nasi ayam tapi rasa ayam sangat lain. Lembut dan juga bergitu rasa herba makan pula dengan nasi dan ada sambal pedas kena sangat.


Restoran ni buka setiap hari kecuali pada hari Ahad ia tutup dan beroperasi dari pukul 10.00 pagi hingga 8.00 malam. Boleh datang sini untuk cuba banyak lagi makanan yang ada macam Ayam Penyet, Prawn Noodle, Ipoh Koay Teow Soup dan juga Tea Set mereka ada telur separuh masak, roti bakar bersama kopi. Korang yang duduk dekat area situ juga boleh order makanan mereka secara online dengan Food Panda. Mereka ada sediakan perkhidmatan penghantaran makanan terus ke rumah, senang bukan.

Info lanjut korang boleh layari:
Facebook : https://www.facebook.com/unclechonglocaldelights
Alamat : No 3-G, Jalan Jalil Perkasa 13 
               Aked Esplanade Commercial Center 
               Bukit Jalil

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 3.5/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 3.5/5









This post first appeared on Masih Mencari Restoran Best Di Sekitar Sungei Wang, please read the originial post: here

Share the post

40 Tahun Resipi Warisan Turun Temurun Restoran Uncle Chong's Bukit Jalil

×

Subscribe to Masih Mencari Restoran Best Di Sekitar Sungei Wang

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×