Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Hotel Maya Perkenalkan Chef Eksekutif Sous Baharu

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Hotel Maya Kuala Lumpur mengumumkan pelantikan Chef Zainurin bin Mohd Salleh sebagai Chef Eksekutif Sous terbaru hotel itu bermula 15 Julai lalu. Dilahirkan dan dibesarkan di Masjid Tanah, Melaka, Chef Zainurin mempunyai pengalaman dan pengetahuan luas bidang kulinari selama lebih 30 tahun bersama beberapa hotel terkemuka dan restoran ‘fine dining’ Jepun.

Sebagai pengenalan, Chef Zainurin memperkenalkan 3 jenis hidangan istimewa iaitu Hotate Mentai Mayo Yaki yang akan dijual pada harga RM22, Dragon Roll (RM27) dan Beef Sirloin Steak (RM34). Selain itu, 6 menu baru juga akan diperkenalkan di restoran makanan Jepun dan Kantonis Hotel Maya, Still Waters.




Hidangan-hidangan itu adalah Set Yaki Zakana, ikan salmon yang dipanggang dan disaluti dengan garam atau sos teriyaki, dihidangkan bersama nasi, salad dan sup miso; Set Salmon Sashimi, potongan segar ikan salmon, dihidangkan bersama nasi, salad dan sup miso; serta Set Tempura, udang dan sayur-sayuran yang digoreng dalam salutan tempura, dihidangkan bersama nasi, salad dan sup miso.




Selain itu terdapat juga Set Sashimi Moriawase, potongan pelbagai jenis ikan mentah yang dihidangkan bersama nasi, salad dan sup miso serta telur kukus; Set Sushi Yaki Zakana, hidangan pelbagai jenis ikan dengan nasi bersama ikan panggang, sup miso, salad dan telur kukus; dan Set Ramen Gyoza, mi ramen bersama hidangan sampingan, serta nasi dan salad. Kesemua set akan dijual bermula harga RM30.


Chef Zainurin bin Mohd Salleh, Chef Eksekutif Sous Hotel Maya

Hotel Maya terletak strategik di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur, tidak jauh dari Menara Berkembar Petronas. Hotel ini menawarkan 205 bilik terdiri daripada Studio, Suite Junior, Suite Deluxe, Suite Eksekutif dan Apartment Eksekutif; 3 buah outlet makanan dan minuman, 2 ruang istirehat, perkhidmatan makanan dalam bilik, kolam renang hidroterapi, gimnasium dan kemudahan spa.

Info lanjut tentang hotel dan menu boleh layari :
Laman web : www.hotelmaya.com.my
Tel : 03-27118866










This post first appeared on Masih Mencari Restoran Best Di Sekitar Sungei Wang, please read the originial post: here

Share the post

Hotel Maya Perkenalkan Chef Eksekutif Sous Baharu

×

Subscribe to Masih Mencari Restoran Best Di Sekitar Sungei Wang

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×