Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Eat Cake Today Pamerkan Trend Kek Terbaru Dan Terbaik Tahun Depan

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Wow siapa punya hari jadi tak lama lagi, mai sini Maha nak tunjukkan korang pilihan-pilihan kek yang terkini dan juga terbaru daripada Eat Cake Today. Bestnya kalau pandai dekorasi kek macam mereka ni memang untung. Tengoklah hasil-hasil kek yang telah menjadi trend dan juga pelbagai rasa ada kat ECT ni.

Maha berkesempatan untuk menghadiri pertunjukan kek sulung mereka yang pertama sepertinya bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di Asia Tenggara. Tujuan utama pertunjukan kek ini adalah untuk memperkenalkan kepada semua rakyat Malaysia kepada trend kek tahun ini dan yang akan datang tahun 2020. Selalu kita tengok kek ada hiasa fondant sahaja di atasnya tapi kali ini lebih daripada itu.



Kagum sangat Maha tengok ada macam-macam jenis kek yang Menjadi Pilihan Tahun akan datang seperti mana Kek Boba, Kek 3D, Kek Kristal dan macam-macam lagi. Semua ini dihasilkan daripada barisan chef hebat yang banyak memenangi anugerah diperingkat antarabangsa. Mereka adalah Chef Chong Ko Wai, Chef Lawrence Cheong dan Chef Chen May Ling.  







Jenis kek yang menjadi pilihan tahun depan


Decadent Jar Desserts


Manisan dan juadah miniatur yang dibuat sepenuhnya dari mula, dengan menggunakan bahan semula jadi bermutu tinggi, dalam 3 perisa berlainan dan dipersembahkan dalam balang! Meskipun comel pasti menambat selera. Manisan ini nampak cantil dan lazat dihidangkan dalam balang-balang kecil lagi comel yang menjadikannya manisan sesuai untuk minum petang, perkelahan dan jamuan istimewa untuk kanak-kanak, kawan-kawan, dan sebagainya. Tiga perisa berlainan adalah Mousse Yogurt Strawberi, Mousse Oren Vanila, dan Mousse Kacang Tanah dengan Span Vanila.

Boba Lava Cake


Jika korang sudah lama mengidamkan kek teh susu boba, inilah peluang untuk korang menikmatinya. Kek sifon perisa teh susu yang lembut dan gebu dengan taburan mutiara boba di atasnya atau tersembunyi di dalam kek adalah benar-benar seperti ledakan boba ala Boomerang! Jangan meneka rasa daripada rupanya, kami mencabar anda supaya mencuba kelazatan Kek Lava Boba ni!

Gems of the Blue Cake 10”


Trend Kek Geode kini sedang menguasai internet! Kek Geode Nilam yang cantik dan lazat ini membawakan tekstur gula Kristal yang berceranggah. Kek ini juga dihiasai bunga gula buatan tangan yang ideal untuk apa jua jamuan korporat dan majlis perkahwinan. Kek istimewa ini berkilauan dengan seribu sinar cahaya! Kek asas terdapat dalam dua perisa yang boleh pilih daripada Coklat Belgian dan mentega vanila. Akhir sekali tetapi tidak kurang penting, asas kek menawarkan pilihan kek betul (boleh makan) atau kek hiasan (olok-olok) untuk tingkat-tingkat yang berlainan.

Macarons Fault Line Cake


Tambahan sentuhan metalik dan makaron di bahagian tengah kek menjadikannya tampak seperti kek retak! Kek asas berperisa coklat karamel masin ini diselaputi krim mentega vanila dengan hiasan hari jadi akrilik emas di atasnya. Kek dengan garis-garis retak ini menjadikan kek perayaan anda satu-satunya gubahan seni sepertinya!

Gravitiminion Cake 10” (Topsy Turvy Cake)


Kek luar biasa ini sesungguhnya menjanjikan kelainan dan kemeriahan untuk parti anda. Ia mengandungi berbilang lapis dan setiap lapis dicondongkan dengan cara yang aneh tetapi dengan perkiraan yang tepat. Jika anda mencari sesuatu yang unik, kek minion tunggang terbalik ini menjanjikan keseronokan dan sesuai untuk parti hari jadi gila-gila atau majlis keramaian istimewa. Tetamu jemputan anda pasti kagum dengan kek yang sangat kreatif dan menakjubkan ini!

Projection Mapping Cake


Kegilaan terkini membawa kek ke satu tahap serba baharu. Satu cara hebat untuk menjadikan kek anda benar-benar satu tumpuan keajaiban ialah teknologi pemetaan projeksi atau penayangan yang diguna pakai untuk kek kotak bertingkat ini. Teknik pencahayaan dan penayangan yang menakjubkan menjadikan kek hasil gubahan seni zaman moden ini sangat unik dan sungguh menakjubkan! Anda boleh memilih kata-kata ucapan dan corak animasi mengikut gaya peribadi anda. Kek pemetaan ini akan membuat tetamu jemputan anda leka dilamun pengalaman animasi yang sukar dilupakan!





Eat Cake Today menganjurkan juga siri bengkel & kursus membuat kek yang baharu. Buat pertama kalinya, menerusi kerjasama dengan tiga chef pastri, iaitu Chong, Lawrence & May Ling, ECT akan menawarkan kelas Chocolate Showpiece Master tersendiri, kelas-kelas Sugar Showpiece tersendiri, kelas-kelas Sugar Flower tersendiri untuk berkongsi pengetahuan dan minat dalam seni gubahan coklat dan gula dengan mereka yang berminat dalam bidang yang sama.


Tempahan kek dan juga maklumat lanjut tentang ECT boleh layari:
Laman web : www.eatcaketoday.com
Tel: 017-8800153









This post first appeared on Masih Mencari Restoran Best Di Sekitar Sungei Wang, please read the originial post: here

Share the post

Eat Cake Today Pamerkan Trend Kek Terbaru Dan Terbaik Tahun Depan

×

Subscribe to Masih Mencari Restoran Best Di Sekitar Sungei Wang

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×