Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Tanda Tanya Tentang Misteri Nasi Burung Sos Limau Merecik Terungkai Kerana...

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Korang mesti pernah dengar pasal Nasi Ayam makanan yang sangat popular di kalangan rakyat Malaysia. Begitu juga dengan Nasi Daging yang kita tahu berasal dari negeri Utara semenanjung Malaysia. Tapi pernah tak korang dengar pasal nama makanan Nasi Burung. Pertama kali Maha dengar pasal nasi burung ini.

Bila Maha cari sendiri asal usul makanan ni pun tak tahu dari mana sebenarnya. Paling pelik adalah burung apa yang mereka gunakan dalam makanan itu? Makin menjadi tanda tanya dalam diri ini. Sebagai seorang yang memang suka makan dan mencari makan menarik di seluruh Malaysia ni jadi keinginan untuk tahu makin menebal. Maka Maha cuba menjejak kat mana nak jumpa nasi burung yang sebenar ini.


Jadi tekad untuk mencari dan merungkai tentang misteri nasi burung ini, akhirnya membawa Maha tidak jauh hanya ada dekat area Shah Alam Selangor jer. Sebenarnya nasi burung ini ada nama penuhnya iaitu Nasi Burung Sos Limau Merecik. Mereka tak ada sebuah restoran tapi menyediakan khidmat penghantaran makanan terus kepada anda.

Menarik dan uniknya Nasi Burung Sos Limau Merecik yang Maha jumpa ini adalah terletak pada Sos Limau Merecik itu sendiri. Ini kerana sos itu dihasilkan sendiri oleh pengusaha makanan ini tanpa sebarang ciplak dari mana-mana tempat. Kata Puan Sheeda selaku pengusaha makanan ini beliau menghasilkan sos ini sendiri dengan cara trasidi untuk memastikan ia terus kekal keaslian rasa dan keenakannya.
Puan Sheeda Ismail Pengusaha Nasi Burung Sos Limau Merecik

Sos ni bagi Maha ia seimbang daripada rasa pedasnya yang tidak keterlaluan, rasa limau dan juga rasa masam-masam sangat kena kalau makan dengan nasi burung ini. Tapi kalau nak sos yang lebih pedas boleh request tak ada masalah. Mereka juga ada menjual sos ini sahaja yang dibungkus dalam botol. Sos ini juga korang boleh makan dengan pelbagai lauk lain seperti ikan bakar, daging bakar, kerang bakar, makanan laut dan macam-macam lagi lah.



Burung yang digunakan dalam makanan ini adalah Burung Puyuh yang dibekalkan segar dari ladang. Bekalan Burung Puyuh ini adalah daripada sebuah ladang milik Puyuhmas Farmbest yang terletak di Melaka. Ia adalah pembekal burung puyuh yang dijamin bersih, segar dan pastinya Halal. Burung Puyuh yang ada dalam set makanan ini di goreng segar setiap hari dengan perapan rempah ratus yang menjadi rahsia kepada makanan ini juga.

Satu lagi element yang menjadikan Nasi Burung Sos Limau Merecik ini begitu sukar untuk dilupakan adalah nasinya sendiri. Ia bukan nasi biasa atau macam nasi minyak, tapi ia adalah nasi yang dimasak dengan cara tersendiri dan ada aroma yang menarik dalam nasi tu buatkan kita rasa nak tambah dan tambah lagi bila makan sekali.

Maha sendiri sudah pergi ke rumah pengasas Nasi Burung Sos Limau Merecik ini untuk cuba sendiri nasi ini. Ia adalah peniagaan yang diiriskan sendiri oleh ahli keluarga dan juga di masak dalam center kitchen mereka sendiri. Puan Sheeda ini adalah seorang suri rumah sepenuh masa dan telah memulakan perniagaan makanan ini setahun yang lalu. 


Kini mereka lebih fokus kepada penghantaran makanan yang ditempah secara call atau whatsapp.  Setiap tempahan makanan hendaklah dibuat sehari lebih awal untuk memudahkan penyediaan dan ada minima tempahan agar kos penghantaran dapat diseimbangkan. Minima tempahan untuk satu order adalah sebanyak 10pack. Satu pack mereka hanya jual dengan harga RM14.00 sahaja.



Mereka juga membuat tempahan untuk katering bagi majlis-majlis seperti Harijadi, Doa Selamat, Rumah Terbuka, Majlis Tahlil mahupun majlis-majlis koperat. Kalau katering ini mereka akan sediakan dalam hidangan bufet mengikut berapa jumlah tetamu. Mereka juga selalu buat program amal dengan menyediakan makanan untuk gelandangan, rumah anak yatim, rumah Tahfiz serta banyak lagi. Mungkin ada yang nak kolaborasi dengan mereka tentang program ini boleh hubungi Puan Sheeda terus. 




Maha dan cuba Nasi Burung Sos Limau Merecik ini memang rasa mengigau nak lagi wakakaka. Terima kasih Puan Sheeda kerana sudi memberi peluang kepada Maha dan kawan-kawan untuk mencuba sendiri makanan nasi burung ini. Terungkailah tanda tanya yang selama ini bermain dalam minda Maha untuk ketahui tentang misteri nasi burung ini. Korang nak kena order sekarang juga ok memang tak menyesal terbaikkk sangat. Selamat mencuba semua.

Tempahan dan juga pertanyaan hubungi :
Tel : 013-447 1009
Whatsap : 017-312 6765
Facebook : https://www.facebook.com/DeliNBkitchen
Instagram : https://www.instagram.com/DeliNBRkitchen










This post first appeared on Masih Mencari Restoran Best Di Sekitar Sungei Wang, please read the originial post: here

Share the post

Tanda Tanya Tentang Misteri Nasi Burung Sos Limau Merecik Terungkai Kerana...

×

Subscribe to Masih Mencari Restoran Best Di Sekitar Sungei Wang

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×