Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Tarikkan Terbaru Dan Menarik Di Genting Highlands Musim Cuti Sekolah Ini

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan seklaian. Yes sekarang ni musim cuti sekolah dan musim untuk membawa anak-anak dan keluarga pergi berjalan-jalan betul tak. Sapa ada rancangan nak pergi ker Genting Highlands masa cuti sekolah ini. Memang ini menjadi lokasi pilihan ramai sebab macam-macam aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini.


Aktiviti khas untuk orang dewasa juga aktiviti khas untuk kanak-kanak serta juga yang melibatkan keseluruhan ahli keluarga daripada kecil hingga ke dewasa. Maha nak kongsi dengan korang beberapa perkara baru yang menarik belaku sepanjang cuti sekolah di Resort World Genting. Memang kalau korang datang satu family tak bosan dan boleh sertai semua program dan permainan ini.


Nickelodeon’s Dora The Explorer LIVE!


Ini adalah satu persembahan yang wajib korang pergi tonton bila ada kat atas sana. Ini kerana persembahan ini adalah satu-satunya di Malaysia dan ia hanya dipersembahankan di pentas utama Genting International Shoowroom. Kanak-kanak sangat suka akan persembahan Dora The Explorer yang membawakan watak kartun hidup ke pentas. Persembahan ini memakan masa selama 30 minit dan sangat menyeronokan.



Dora kali ini ada misi yang perlu diselesaikan iaitu mencari permainan teddy bear yang hilang di City of Lost Toys. Dalam pengembaraan tu ada banyak halangan yang akan Dora hadapi dan memerlukan bantuan penonton. Persembahan ini menarik sebab penonton akan berinteraksi dan memberikan penyelesaiaan kepada perjalanan Dora dan kawan-kawan. Nak tahu menariknya dan bagaimana Dora menyelesaikan misi ini kena pergi tonton secara langsung di sana.

Harga tiket RM RM186.00 (VIP seat), RM143.00 (PS1 seat) dan RM101.00 (PS2 seat)


Pokémon Festival @ Resorts World Genting


Selain daripada Dora, Resort World Genting juga membawakan watak kartu animasi yang comel dan ganas kesukaan ramai siapa lagi kalau bukan Pokémon. Kali ini kat sekitar genting akan dipenuhi dengan haiwan-haiwan yang comel dan watak-watak menarik dalam kartun ini seperti Pikachu, Eevee, Bulbasaur, Squirtle dan Charmander.



Sempena dengan Pokémon Festival ini akan ada beberapa aktiviti yang dirancang mengikut jadual seperti Pikachu Parade yang membawa watak Pikachu live berhibur bersama penonton. Kemudian ada Pokémon Christmas Tree yang merupakan pokok paling tinggi di Malaysia dan dihiasi dengan patung Pokemon. Juga ada kedai menjual barangan exclusive Pokemon iaitu Pokemon Pop-Up Store. Jadi bawa anak-anak untuk berjumpa dengan Pokemon dan orang dewas pun ramai yang sukakan kartun ini.


STAR WARS : Secrests Of The Empire


Ini sangat menarik dan memang tak ada kat tempat lain Maha sendiri dah merasai permainan ini. Ia adalah permainan Hyper-Reality pertama di Asia yang membawa kita terus kepada dunia pemainan sebenar. Ia macam permainan virtual reality tapi ini lebih hebat daripada itu kerana ia menggabungkan teknologi canggih yang dapat memberi kesan terus mendengar, merasakan, menyentuh dan bahkan mencium bau untuk membawa kita ke dalam cerita sebenar.



Bertempat di The VOID Skytropolis Funland permainan ini adalah daripada filem STAR WARS : Secrests Of The Empire dimana kita satu team empat orang akan masuk dalam dunia Star Wars sebenar dan juga perlu menyelesaikan misi. Perlu memakai pakaian khas dan juga disediakan senjata khas untuk menyelesaikan misi ini. Seronok sangat dan korang bila keluar dari game tu akan teruja dan muka memang gembira sebab pengalaman terbaik main game realiti macam ni. 

Harga tiket RM130 seorang


Ni antara yang menarik dan best kat Genting Highlands yang Maha dah pergi tonton dan rasai sendiri. Ianya khas semperna dengan musim cuti sekolah dan juga musim perayaan tahun baru sehingga ke Tahun Baru Cina tahun depan. So kalau datang sana waktu ini memang banyak yang korang boleh buat bersama keluarga tersayang. Kalau nak ke sana pastikan waktu kena sesuai sebab sekarang musim hujan kat atas sana sangat sejuk dan kabus tebal. Selamat berhibur semua.









This post first appeared on Masih Mencari Restoran Best Di Sekitar Sungei Wang, please read the originial post: here

Share the post

Tarikkan Terbaru Dan Menarik Di Genting Highlands Musim Cuti Sekolah Ini

×

Subscribe to Masih Mencari Restoran Best Di Sekitar Sungei Wang

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×