Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Berbaloi ke Pangkor hanya

Tags: kami
 
JIKA pengunjung ke Pulau Pangkor bersama rakan-rakan, maka bajet tersebut akan semakin berkurangan dengan berkongsi perbelanjaan.
UAT keluaran minggu ini, .com ingin berkongsi pengalaman bercuti bajet ke Pulau Pangkor, Perak selama tiga hari dua malam.
Kami bertolak dari Kuala Lumpur ke Lumut dengan menaiki kereta. Memandangkan kami bercuti dengan bajet yang agak terhad, menaiki kereta memudahkan kami berehat dan berborak.
Jika pemandu kepenatan, bolehlah bertukar-tukar pemandu.
Sebelum tiba ke lokasi, kami memutuskan untuk singgah ke pekan Teluk Intan.
Menariknya di lokasi tersebut, kami berpeluang melihat Menara Condong Teluk Intan tanpa perlu terbang ke Itali untuk menikmati keajaiban Menara Condong Pisa.
Terletak di tengah-tengah bandar yang dahulunya dikenali sebagai Teluk Mak Intan, menara jam setinggi 25.5 meter yang condong ke arah barat laut tersebut kini menjadi mercu tanda kepada bandar di daerah Hilir Perak itu.
Namun, setelah 127 tahun berlalu, menara condong itu kini berdiri sebagai satu monumen bersejarah yang menjadi daya tarikan buat pengunjung ke Teluk Intan.
Selepas menjamu selera makan tengah hari dan bergambar, kami pun meneruskan perjalanan ke Lumut.
Sampai di Lumut, kami terus menuju ke jeti. Dalam perjalanan ke jeti yang terletak tidak berapa jauh dari stesen bas, ramai ejen bercermin mata gelap mendekati kami dengan tangan melambai-lambai ibarat suasana Mega Sale.
Buat mereka yang ingin bercuti ke Pulau Pangkor, jangan risau kerana ejen-ejen ini akan memudahkan percutian anda biarpun secara last minute untuk penempahan hotel, island hopping serta motosikal dan kereta sewa.
Hampir 30 minit kami belayar menaiki feri persiaran, akhirnya sampai juga ke Pulau Pangkor.
Setibanya di pulau tersebut, kami memilih untuk menyewa motosikal dari salah seorang apek bergaya 'otai' (tatu penuh di badan).
Dengan motosikal sewaan itu, kami pun menuju ke tempat penginapan yang terletak di Teluk Nipah.
Sebab ini percutian bajet, kami pilih hotel bajet Nipah Bay Villa yang agak murah ala-ala rumah kampung.
Selepas bagasi disimpan dalam bilik, kami pun keluar jalan-jalan bermula dari Teluk Nipah sambil makan snek tradisional seperti pisang goreng, cucur udang dan yang terbaik, air kelapa muda. Yummy-yummy!
Selepas puas bersiar-siar kami pun mengisi perut dengan juadah pilihan bermenu nasi campur.

Menjelang malam pula, kami ke restoran Nipah Bay Villa dan juadah masakan barat jadi pilihan.
Fish n Chip lawan dengan air tembikai gelas besar berharga RM15. Mahal tak? Sungguh berbaloi rasanya.
Hari kedua di sini, kami mengelilingi Pulau Pangkor menaiki motosikal sewa. Pusing punya pusing habis satu pulau kami jelajah sebab pulau ini tidaklah begitu besar.
Yang paling penting, biar berapa kali pun kami mengelilingi pulau ini, penat tidak terasa sedikitpun kerana pemandangan pulau yang amat cantik.
Bertuah siapa yang tinggal di pulau ini, bagi warga kota pula hanya dapat terlopong ketika menghayati kecantikan alam sekitar sepenuhnya sambil snap gambar pemandangan laut yang menenangkan di Menara Pandang.
Puas bergambar, kami ke kilang sotong untuk membeli buah tangan kepada keluarga tersayang dan sahabat di pejabat.
Tengah hari pula, kami ke Kota Belanda dan terus menerokai suasana perkampungan Pangkor sambil window shopping.
Pada waktu petang, kami berehat layan angin sepoi-sepoi bahasa di Pantai Pasir Bogak dan terus ke Teluk Dalam dan Teluk Sekadas sambil mandi-manda.
Jamuan makan malam kedua, kami menjamu selera dengan juadah BBQ seperti ikan, sotong dan udang bakar.
Keesokan pagi, selepas check out kami terus ke jeti dan pulang ke Kuala Lumpur.
Pandai-pandailah bajetkan percutian dan perbelanjaan kamu. Yang penting, keseronokan masih terasa walau bercuti dengan bajet sederhana.

Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/Pelancongan/20120804/pl_01/Berbaloi-ke-Pangkor-hanya

Related articles

  • Pangkor (pangkor-laut.blogspot.com)
  • 2 days 1 night at Pangkor Island - Perak, Malaysia (travelpod.com)
  • The Climate Of Pangkor (pangkor-laut.blogspot.com)
  • What to See and Do in Perak, Malaysia (pangkor-laut.blogspot.com)
  • Pangkor Laut Holiday 2011 (pangkor-laut.blogspot.com)
  • Pangkor Laut Resort (pangkor-laut.blogspot.com)
  • Beaches in Malaysia's Perak State (pangkor-laut.blogspot.com)
  • Mine (indofanfictkpop.wordpress.com)
  • [Prolog] Crash (shiningstory.wordpress.com)
  • Divine - Part 4 (shiningstory.wordpress.com)


This post first appeared on Pangkor Laut, please read the originial post: here

Share the post

Berbaloi ke Pangkor hanya

×

Subscribe to Pangkor Laut

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×