Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Persidangan/Perjanjian

Ahli-ahli Persekutuan Tanah Melayu yang bermesyuarat pada 1940.


Persidangan DURBAR di Kuala Kangsar 13-17 Julai 1897


Perjanjian Inggeris-Belanda 1824

Perjanjian Inggeris Belanda 1824 yang lebih dikenali sebagai Perjanjian London ternyata memberi implikasi yang besar terhadap sejarah politik, ekonomi dan sosial Kepulauan Melayu.

Perjanjian yang ditandatangani di London bagi menyelesaikan kemelut perebutan kuasa antara Inggeris dan Belanda menyaksikan gugusan Kepulauan Melayu terbahagi kepada dua bahagian.

Perjanjian ini akhirnya menjadi penentu kepada sempadan Malaysia, Indonesia dan Singapura.

Di antara syarat- syarat penting isi perjanjian ini ialah:-

  • Belanda mengiktiraf pertapakan Inggeris di Singapura.
  • Belanda akan menyerahkan melaka kepada Pihak Inggeris Dan sebagai balasannya pihak Inggeris pula akan memberikan bangkahulu kepada pihak Belanda.
  • Penghapusan lanun di kawasan Kepulauan Melayu adalah tanggungjawab kedua-dua belah pihak (Inggeris & Belanda).
  • Belanda tidak Boleh Membuat Sebarang Perjanjian Atau Terlibat didalam hal ehwal negeri-negeri Melayu.
  • Inggeris pula Tidak Boleh Membuat Sebarang Perjanjian Atau terlibat dalam hal ehwal mana-mana kerajaan di selatan Singapura, yang berada di bawah pengaruh pihak Belanda dan juga di Sumatera.

Perjanjian Pangor 1874


Sir Andrew Clarke


Raja Abdullah

Perjanjian Pangkor merupakan satu perjanjian yang ditandatangani pada 20 Januari 1874 di antara Gabenor Negeri-Negeri Selat Sir Andrew Clarke di pihak Inggeris dan Raja Muda Abdullah yang berkuasa di Hilir Perak bersama-sama dengan pembesar-pembesar yang menyokong baginda iaitu Bendahara, Temenggung, Orang Kaya Menteri, Shahbandar, Raja Mahkota, Laksamana dan Dato' Sagor. Perjanjian ini memberi kebenaran untuk Inggeris mencampuri urusan negeri Perak, satu kesilapan yang telah dilakukan oleh Raja Abdullah dan membuka kepada campur tangan Inggeris secara rasmi dalam urusan negeri Melayu. Perjanjian ini telah ditandatangani di atas kapal HMS Pluto yang berlabuh di Selat Dinding, iaitu di kawasan perairan di antara Lumut dan Pulau Pangkor.

Dengan persetujuan Sultan Abdullah juga, Gabenor Sir Andrew Clarke berani bertindak menjalan dan menurunkan Sultan Ismail yang berkuasa di Hulu Perak dan bersemayam di Tanjong Belanja, Parit, daripada pangkat sultan tetapi membenarkan Sultan Ismail memakai gelaran "Sultan Muda" dengan memberi pencen 1,000 ringgit tiap-tiap bulan. Che Ngah Ibrahim tidak lagi diakui sebagai pemerintah Larut. Lagi di http://ms.wikipedia.org/wiki/Perjanjian_Pangkor



This post first appeared on Suatu Masa Dulu, please read the originial post: here

Share the post

Persidangan/Perjanjian

×

Subscribe to Suatu Masa Dulu

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×