Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Biografik A WAHID HALIM





Lahir dalam keluarga seni, A Wahid Halim ialah sebuah nama yang tidak asing di dunia sastera Nusantara, mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 1987. Merupakan ahli sastera yang mempunyai ciri peribadi kesusateran tulen, bakatnya digilap oleh Ustazah Siti Fatimah di Sekolah Rendah Kebangsaan Selama, Jalan Menteri, Perak pada tahun 1989 melalui acara Deklamasi Puisi peringkat kanak-kanak yang memerlukan beliau mencipta puisi sendiri. Belia menciptakan puisi tema 'SYSTEM IS POWER' bersesuaian dengan motto sekolah itu. Walaupun baru belajar Bahasa Inggeris di Darjah Satu, beliau telah cuba sedaya upaya menciptakannya, menyerlahkan lagi bakat kreatifnya.

Mengikuti keluarga yang berpindah ke Ipoh pada tahun 1990, beliau sekali lagi menonjolkan bakat puisinya dengan mengisi slot perhimpunan pagi murid di Sekolah Kebangsaan Sungai Rokam, Ipoh. Guru Besar yang melihat akan keistimewaan bakat dimiliki beliau menganugerahkannya slot setiap kali perhimpunan. Ini merupakan detik bersejarah di dalam hidupnya kerana tidak pernah seorang murid pun yang diberi slot seumpama ini sebelumnya.

Puisi ciptaannya 'Tanah  Air Warisan' mendapat tempat di hati rakan-rakan murid sehingga mendapat jolokan gelaran nama WARISAN.

"Warisan,
tanah yang sejengkal ini,
Warisan anak watan"





This post first appeared on NEGARAKUS, please read the originial post: here

Share the post

Biografik A WAHID HALIM

×

Subscribe to Negarakus

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×