Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Maksud Simbolik Tipikal Apabila Tiba Sambutan Perayaan Tahun Baharu Cina

Perayaan Tahun Baharu Cina di Malaysia disambut meriah setiap tahun oleh masyarakat cina. Terdapat beberapa tanda dan simbolik awal bahawa akan tiba perayaan tersebut walaupun tanpa melihat pada kalendar.

Maksud Simbolik Tipikal Ketika Tahun Baharu Cina


Selain dari terdapatnya petanda awal sepeti cuti umum dua hari apabila Tahun Baharu cina tiba, ini adalah beberapa maksud tipikal simbolik dalam perayaan tahun Baharu Cina di Malaysia dan mungkin di negara-negara lain.


1. Buah Limau (Lokam)

Buah limau memang tipikal popular apabila perayaan Tahun Baharu Cina. Pasaraya kecil atau besar pasti akan menjual buah limau yang juga dinamakan lokam ini.

Selain dari warnanya menyamai warna keemasan emas yang memangnya sesuatu yang melambangkan sesuatu yang mahal, dalam bahasa cina 'kam' bermaksud 'emas' dan kenalah dengan limau lokam dari segi warna dan maksud namanya.

Apalagi memakan 'emas' semoga dapat lagi banyak emas, mungkin, untuk pelaburan nanti.

2. Tarian Singa

Tarian singa cukup sinonim dengan masyarakat cina. Terutama apabila munculnya perayaan Tahun Baru Cina setiap tahun. Namun tahukah kita apakah maksud simbolik dengan tarian singa dalam kepercayaan masyarakat cina ?

Singa adalah lambang garang, buas dan bengkeng. Dengan kelincahan singa menari dikhabarkan simbolik untuk menghalau hantu dan roh jahat,atau 'suwey' ini adalah kepercayaan masyarakat cina, nak raya pastinya tidak mahu diganggu dengan hantu dan roh jahat.

Namun, penulis agak kasihan dengan kekentalan penari tarian singa bahagian belakang yang sentiasa menunduk, tidak lenguhkah ?

Tarian singa biasa boleh ditonton di mall, acara keagamaan besar dan syarikat atau keluarga yang berada, kenapa ? Harga tarian singa agak mahal, ada yang menyamai harga ikan kelisa emas di kedai akuatik masyarakat cina.

3. Main Mercun

Memandangkan tidak semua yang mampu untuk menghalau hantu menggunakan tarian singa, main mercun adalah salah satu alternatif lain untuk kepercayaan menghalau hantu. 

Lagipun permulaan main mercun sebagai menandakan permulaan sambutan tahun baharu cina pada tahun tersebut. Biasanya akan dimainkan pada hari pertama tahun baharu cina, namun sekarang tidak kira masa.

15 hari kemudian akan dimainkan lagi menandakan tamatnya sambutan tahun baharu cina untuk tahun tersebut, namun sekarang tidak kira masa untuk bermain mercun. Kalau tidak mahu hilang 'kemakmuran' mainlah berpada-pada.

4. Warna Merah

Warna yang tipikal dilihat apabila tibanya tahun baharu cina. Segenap tubuh badan, harta benda, rumah mungkin air minum juga mesti bewarna merah. Merah bagi masyarakat cina bermaksud kemakmuran (ong dalam bahasa cina, prosperity dalam bahasa inggeris).

Selain kemakmuran, warna merah menampakkan lagi kemeriahan dan 'vibrant' dalam menyambut perayaan.

Sesuai untuk berikan hadiah kepada kawan atau rakan cina anda. Walaupun mereka tidak pakai, mereka akan simpan.

5. Pemberian Ang Pao

Satu lagi warna merah yang sering ditunggu, iaitu sampul merah yang mungkin ada isinya. 

Lebih kepada pemberian, walaupun sampul merah tersebut tiada isi, tiada masalah sebenarnya lebih kepada simbolik berkongsi.

Kalau Hari Raya untuk masyarakat muslim ia dipanggil duit raya, namun dalam niat sedekah untuk pahala.

6. Ucapan Gong Xi Fa Cai, Gong Hey

Sudah dapat sampul merah berisi duit atau gold bar atau cek atau bond dari pak cik mak cik dan dato', bolehlah pula berikan ucapan.

Apabila ternampak akan perkataan ini, itulah petanda maka perayaan tahun baharu cina akan tiba. Tambahan pula ucapan yang selalu akan terdengar dan terbaca apabila ingin mengucapkan selamat tahun baharu cina.

Ucapan ini lebih kepada ucapan 'tahniah, semoga bertambah rezeki/kaya raya/kemakmuran'. 

Jika dalam Islam ia lebih kepada memberikan doa kepada seseorang atau sesiapa.

Kenali Budaya CIna Ketika Tahun Baharu Cina

Kepelbagaian variasi kaum dan budaya membolehkan kita belajar akan kehebatan Allah dalam mencipta kepelbagaian manusia yang ada di muka bumi.

Hidup harmoni dengan masyarakat bukan belum muslim yang baik (zimmi) dan bukan yang harbi adalah salah satu ajaran dalam Islam. 

Walaupun Malaysia adalah atas kertasnya adalah negara Islam, kita diperlukan untuk berbaik-baik dengan bangsa bukan Islam lain yang dalam kategori zimmi.

Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina!

Anda fikir anda tahu Maksud Simbolik Tipikal Apabila Tiba Tahun Baharu Cina ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.




This post first appeared on SOME BULLET FOR YOUR HEAD!, please read the originial post: here

Share the post

Maksud Simbolik Tipikal Apabila Tiba Sambutan Perayaan Tahun Baharu Cina

×

Subscribe to Some Bullet For Your Head!

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×