Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Senarai Produk Barangan Larangan untuk Dijual Di Tiktok Shop

Pada awal wujudnya aplikasi hiburan Tiktok yang dilancarkan sekitar September 2016, tipikal apa yang dibayangkan oleh ramai adalah tempat untuk layan video pendek joget-joget.

Senarai Barang Terlarang Untuk DIjual Di Tiktok


Apabila TikTok sudah mula menjadi antara aplikasi yang banyak dimuatnaik, TikTok sudah boleh dikatakan sudah menyaingi aplikasi dari Google iaitu Youtube.

Dulu ramai Youtuber mampu cari makan di Youtube, namun sekarang zaman TikTok.


Tiktok Shop Lubuk Bisnes Online

Tiktok menepati citarasa marhaen tidak kira kanak-kanak sehingga dewasa kerana ia lebih 'bebas' dan telus serta mudah untuk memuatnaik video atau konten berbanding aplikasi video lain. Growth TikTok yang semakin mencanak telah menjadi lubuk kepada peniaga bisnes atas talian, atau online.

Pelbagai barangan yang boleh didapati di TikTok Shop, harga pula cukup murah apalagi ketika promosi atau penjual sedang langsung (live).

Senarai Produk Larangan Dijual Di Tiktok Shop

Namun, dalam pelbagai produk yang boleh didapati di TikTok Shop, terdapat juga larangan barangan yang boleh dijual di TikTok Shop, contoh barangan yang tidak boleh dijual di 

TikTok Shop adalah;

1. Senjata (Pistol, Peluru, Pisau "Rambo", Bom, Pepper Spray dan sebagainya)

2. Bahan kimia toksik & radioaktif yang berbahaya

3. Bahagian Tubuh Manusia.

4. Produk Tiruan / Cetak Rompak

5. Haiwan & Organ Haiwan (Tanduk, Kuku, Tulang, Gading)

6. Supplement & Ubat-ubatan

7. Hidupan Liar & Tumbuhan

8. Produk & Servis Orang "Dewasa" (pakaian, permainan seksual)

9. Syiling, Wang Tunai, Kupon Serta Produk Kewangan (Saham, Emas, Insuran dan lain-lain)

10. Produk Berkaitan Aktiviti Haram (Dadah, Mesin Slot Judi, Dokumen Palsu dan lain-lain)

11. Alkohol, Tembakau & E-Rokok

Untuk semak senarai penuh produk-produk yang tidak dibenarkan di jual di Tiktok Shop, anda boleh rujuk : Produk Dilarang Dijual Di Tiktok Shop.

Tindakan Jika Gagal Mematuhi Larangan

Kegagalan mematuhi larangan ini mungkin menyebabkan penjual atau peniaga di Tiktok Shop akan dibanned atau dikenakan tindakan.

Maka pihak pembeli juga diharapkan tidak mencari produk dan barangan serta servis yang disenaraikan pada senarai barangan larangan dijual di TikTok Shop di atas.

Cara Mulakan Bisnes Online Di Tiktok Shop

Bagi yang berminat untuk berniaga dan menjual produk di Tiktok Shop boleh rujuk video panduan cara memulakan bisnes Tiktok Shop di bawah. Boleh klik pada gambar di bawah;

Anda fikir anda tahu Senarai Produk Barangan Dilarang Di Jual Di Tiktok Shop ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.



This post first appeared on SOME BULLET FOR YOUR HEAD!, please read the originial post: here

Share the post

Senarai Produk Barangan Larangan untuk Dijual Di Tiktok Shop

×

Subscribe to Some Bullet For Your Head!

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×