Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Kemunculan Semula 'Social Network' Friendster ?

Friendster adalah permulaan segala media sosial berunsurkan interaksi dua atau lebih pengguna. Ia seumpama Counter-Strike 1.6 sebelum wujudnya Call of Duty dan apalagi PUBG jika dalam kategori permainan interaktif.

Kemunculan Semula Social Network Friendster


Bermula pada Mac tahun 2003, dimana zaman data plan dan beberapa video 3GP mula berkembang biak. Penulis memiliki pengalaman sendiri dengan aplikasi Friendster apalagi penulis baharu sahaja memasuki zaman kolej sekitar 2004 dan 2005.


Platform perhubungan ini diasaskan oleh Jonathan Abrams yang beroperasi di Mountain Views, California.

Friendster Social Network Pertama

Ketika zaman Winamp dan tersohornya lagu-lagu Indo dari seberang seperti Peter Pan, Radja dan beberapa kumpulan awal. Mengingatkan penulis kepada profil Friendster kawan-kawan yang penuh dengan perkataan dan slogan yang berkelip-kelip (glittering) di profil masing-masing.

Ciri Ciri Pada Social Network Friendster Dahulu

Apalagi Friendster membolehkan kawan, atau sesiapa boleh membuat ucapan atau komen pada profil Friendster kita. Selepas gambar, data bio dibawahnya terdapat satu ruangan 'testimonial untuk ucapan dan komen pada profil.

Apalagi kita boleh tahu pengendap (stalker) atau yang diam-diam kagumi (admire) akan muncul di "Peoples Who Viewed Me", sepertimana yang terdapa pada LinkedIn sekrang, Friendster sudah lama memilikinya.

Friendster Tutup Operasi Pada 2015

Namun (diperlahankan harakat), pada 2015, Friendster menamatkan operasinya. Ia mula 

bertukar menjadi arked permainan secara atas talian (online). Dengan 'base'nya di Kuala Lumpur, Malaysia. Friendster (game streaming) beroperasi dari beberapa negara Asia seperti Malaysia, Singapura, Thailand dan Filipina. Lebih 90% penggunanya adalah pengguna Asia.

Kemunculan Semula Friendster 2024 ?

Booom!!!! 2024

Dalam menjak, dua tiga menjak ini muncul satu domain website yang menggunakan nama Friendster. Membayangkan kemunculan semula platform social network ini akan kembali di masa Facebook by Meta mula sudah menjadi agak pudar memandangkan pro-zionistnya.

Terdapat satu URL atau nama domain https://friendster.com muncul. Namun, belum sepenuhnya lagi boleh diakses. Pada masa artikel ini ditaip, ia sekadar mendapatkan bancian atau dalam percubaan.

New Friendster Interface


Bagi yang berminat boleh memasukkan alamat email sebagai 'waiting list'.

Adakah Sekadar Phising atau Scam ?

Adakah ia phising atau scam ? Pada pandangan penulis, ia mungkin 'legit' memandangkan URLnya agak 'secure' kerana terdapat 'https' dan namanya berupa kunci mangga 'padlock'. Lagipun ia sekadar mendapatkan data email sahaja, tiada pautan mencurigakan didapati.

Jika mereka menggunakan data email tersebut untuk menghantar email 'phising' yang mencurigakan, jangan klik.

Cara Daftar Awal Friendster Terbaru

Masih dalam mendapatkan bancian umum melalui kutipan alamat email. Mahu terawal daftar boleh rujuk pautan di bawah.

Namun, tidak salah untuk mencuba Friendster 2.0 dengan 'interface' seakan warna dan tema dari Facebook yang sedia ada. Lagi banyak pilihan, lebih menguntungkan pengguna.

DAFTAR FRIENDSTER 2.0 DI SINI

Anda fikir anda tahu Kemunculan Semula 'Social Network' Friendster ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.




This post first appeared on SOME BULLET FOR YOUR HEAD!, please read the originial post: here

Share the post

Kemunculan Semula 'Social Network' Friendster ?

×

Subscribe to Some Bullet For Your Head!

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×