Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Seratus Penampilan Khas (Cameo) Dengan Klu Not RM100

Kebiasaannya apabila membuka aplikasi Netflix 30 minit terawal hanyalah proses skroll (scrolling) berjaya dilakukan.

Filem Seratus Penampilan Khas Netflix


Walaupun banyak Filem, siries dan dokumentari serta variety show, rambang mata untuk membuat pilihan. Apalagi apabila terlintas di paparan cerita melayu. Cerita melayu dari Malaysia apatah lagi.

Filem Melayu Underdog Di Netflix

Sejujurnya amat sukar untuk penulis terus menekan pada filem atau drama tersebut untuk disaksikan melalui Netflix.

Namun (dizapinkan), mungkin sudah tertulis di Luh Mahfuz untuk penulis menekan satu filem yang berada dalam satu kategori 'Malay'.

Pada asasnya, tajuknya memenuhi satu kriteria ungkapan yang agak tular (viral) dahulu iaitu 'Pinjam Seratus'.

Filem Dalam Sinematografi Ringkas

Memandangkan agak banyak masa yang terluang, penulis memulakan penghayatan untuk cerita ini. Dari segi sinematografinya bukanlah dalam versi dua bar hitam di antara skrin, bukan dari genre pembikinan cerita cinematic seperti dalam wayang.

Lebih kepada paparan biasa kita lihat di televisyen ketika menonton telefilem drama swasta. Mungkin sedikit seperti garapan dari saluran drama di Youtube.

Pada awalnya, Filem Ini masih dalam mood yang agak perlahan temponya. Nyaris penulis menekan butang keluar untuk mendapatkan cerita atau siri lain dalam Netflix.

Plot , Sinopsis dan Penceritaan Ringkas

Plot dan jalan ceritanya tidaklah begitu berat, sekadar ringan-ringan, satu cerita di mana seorang anak sedang mencari ibunya yang telah diculik. Klu yang membawa kepada perjalanan anak muda ini mencari ibunya adalah satu not Seratus (RM100). 

Ringkas bukan ? Sudah boleh agak akan permulaan, pertengahan, klimaks dan pengakhiran.

Namun (mata dibeliakkan)...

Seringkas-ringkas not RM100, filem ini memiliki kelebihan dan aura keunikannya tersendiri. 

Membawa Penonton Bersama Mencari

Membuatkan minda penulis yang hanya inginkan ramuan santai dari filem ini terus kepada 'mode' tercari-cari. Bukan mencari ibu kepada si protagonist apalagi tercari-cari not RM100 .

Bukan. Apalagi 'plot twist' tiada di dalam filem ini. Apa yang menyebabkan penulis mula 'ghairah' untuk meneruskan pengembaraan bersama si protagonist dalam filem Seratus ini adalah kehadiran 'cameo'.

Kemunculan 100 Penampilan Khas (Cameo)

Satu babak, ada cameo, satu babak lain muncul lagi cameo lain. Cameo ini adalah selebriti dan artis yang sememangnya kita kenali di dunia skrin di Malaysia.

Dari sekecil-kecil watak untuk cameo, atau walaupun untuk 5 saat dalam skrin ia masih membawa penonton dan penulis berteka-teki. Alif Satar sekadar menggunakan tandas juga boleh dianggap cameo, apalagi kehadiran Adi Putra yang hanya membaca surat khabar.

Penulis tidak membuat kiraan berapa ramai cameo yang 'hadir' dalam filem ini namun mungkin sama dengan tajuknya "Seratus" cameo. Bagi penulis, filem ini ringan dan ringkas tapi unik.

Siapakah cameo seterusnya yang hadir..

Mahu tahu dimanakah babak atau aktiviti 100 orang cameo-cameo ini akan membuat penampilan khas boleh layan filem Seratus ini di Netflix.

Informasi Penonton

Filem Seratus Netflix


Nama Filem : Seratus

Terbitan : FJ Pictures dan Unomedia

Tahun Diterbitkan: 2022 

Pengarah : Feroz Kader

Penulis Skrip : Eenaz Mokhtar

Pelakon :  Sharul Kamal, Marissa Yasmin, Sara Ali, Riz Amin, Wan Hanafi Su dan Daniella Sya

Layar Tontonan : Netflix

Anda fikir anda tahu Seratus Penampilan Khas (Cameo) Dalam Misi Not RM100 ?

Anda fikir sekali lagi..





This post first appeared on SOME BULLET FOR YOUR HEAD!, please read the originial post: here

Share the post

Seratus Penampilan Khas (Cameo) Dengan Klu Not RM100

×

Subscribe to Some Bullet For Your Head!

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×