Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Penyebab Kegagalan Tebus (Rejected Claim) e-Madani RM100 e-wallet Adalah E-Filing LHDN ?

Sejujurnya penulis tidaklah begitu mengharapkan untuk mendapatkan RM100 dari Emadani yang akan dimasukkan ke dalam akaun eWallet yang terpilih. Namun, penulis cuba untuk mendapatkan rezeki yang sedikit dari wang yang kerajaan gunakan hasi dari cukai dan akaun kwsp penulis untuk pelaburan negara.

Sebab e-madani Rejected Cukai LHDN


Penulis cuba membuat tuntutan eMadani menggunakan dua akaun di dua aplikasi ewallet iaitu;


1. Touch n Go Ewallet

Cadangan untuk mendapatkan ganjaran Rewards senilai 1000 mata. Gunakan untuk invest di Go+ Invest untuk dapatkan dividen RM00.1 sehari.

2. ShopeePay

Boleh digunakan untuk membeli barangan runcit, keperluan yang senilai dengan RM100 dari eMadani.

Kes Pertama : Touch n Go Ewallet

Penulis berhajat untuk menggandakan RM100 tersebut seperti ini,

RM100 x 3.52% / 365 = RM0.01/hari

Ini adalah contoh pengiraan Go+ Invest by Touch n Go. Sehari dapat RM0.01 sudah terbaik.

Namun (dipanjangkan sebutan selama mungkin), pada awalnya permohonan di Touch n Go ewallet gagal (unsuccessfully) dan diberikan satu lampiran digital seperti dibawah;

Rejected Touch n Go Ewallet Emadani Result


Lampiran yang diberikan agak umum dan tidak diberikan sebab kegagalan secara terperinci (details)

Kes Kedua : ShopeePay

Kegagalan dari Touch n Go kurang mematahkan usaha penulis untuk mencuba pula pada Shopeepay memandangkan ramai dikalangan rakan rakan yang berjaya menebus RM100 eMadani tersebut.

Selepas berhempas pulas mengambil gambar mykad dan mengambil gambar swafoto (selfie) dengan mykad untuk memenuhi syarat KYC (Know Your Customer) oleh shopee, penulis terus membuat permohonan tebusan di Shopeepay.

Seperti diduga, permohonan penebusan eMadani di ewallet Shopeepay juga menemui kegagalan yang agak memberikan sedikit kepanjangan kepada sebutan 'namun' penulis.

Lampiran yang diberikan oleh shopeepay adalah;

Rejected Shopeepay Ewallet Emadani Result


Claim Rejected Kerana Tidak Mengisi e-FIling LHDN ?

Terbukti pihak shopeepay lebih telus memberikan sebab permohonan penebusan ditolak, iaitu kegagalan data dengan lembaga hasil dalam negeri untuk tahun 2022 iaitu e-filing lhdn.

Dengan jawapan yang diberikan;

"Your application was rejected due to LHDN filing for the year 2022...."

Ketahuilah bahawa, tidak perlu bayar cukai akan dapat bila kriteria lain dipatuhi. Pembayar cukai akan gagal menebus RM100 emadani jika gagal melakukan e-filing LHDN.

Sekian.

Anda fikir anda tahu  Penyebab Kegagalan Tebus (Rejected Claim) e-Madani RM100 e-wallet Walaupun Bayar Cukai ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.



This post first appeared on SOME BULLET FOR YOUR HEAD!, please read the originial post: here

Share the post

Penyebab Kegagalan Tebus (Rejected Claim) e-Madani RM100 e-wallet Adalah E-Filing LHDN ?

×

Subscribe to Some Bullet For Your Head!

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×