Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Kelebihan 'Claim' E-Madani RM100 dengan Touch n Go E-wallet

Bermula 4 Disember 2023 maka kerajaan sekarang yang juga dikenali sebagai kerajaan 'perpaduan' madani sedang cuba mendapatkan sedikit jiwa dari rakyat Malaysia.

Kelebihan Claim E-madani Dengan Touch n Go E-wallet


Barangsiapa yang memiliki beberapa E-Wallet seperti;

1. Touch n Go

2. Shopee

3. Mae (Maybank)

4. Setel (Petronas)

Boleh mendapatkan wang percuma sebanyak RM100.

Syarat Layak Claim RM100 E-madani

Bukan semua yang akan dapat memiliki wang percuma RM100 dalam bentuk e-wallet ini. Kelayakan yang diperlukan untuk layak menuntut dan layak menerima adalah;

1. Warganegara Malaysia (walaupun tidak fasih bahasa Malaysia)

2. Memiliki pendapatan secara terkumpul tahunan tidak melebihi RM100,000. Jika dikira bulanan, gaji sekitar RM83333.3333.

Cara Claim RM100 E-madani Melalui Touch n Go

1. Cari logo bergerak-gerak pada muka hadapan apps



2. Klik terma dan syarat sebelum menekan butang 'claim'.

3. Pastikan nama dan nombor mykad anda betul

ID Confirmation


4. Isikan alamat sekarang

5. Buat 'Claim Now'.

Rewards From Touch n Go


Kelebihan Tuntuk RM100 E-madani Dengan Touch n Go E-wallet

Dalam banyak-banyak E-wallet yang digunakan penulis mendapati jika RM100 ini berjaya dituntut dan masuk ke dalam Touch n Go e-wallet, beberapa kelebihan yang ada seperti;

Senarai Brand Rewards E-Wallet Touch n Go


1. Wang bernilai RM100. Boleh digandakan dalam Go! Invest, boleh rujuk pautan di bawah

CARA GANDAKAN WANG DALAM TOUCH N GO EWALLET

2. GOrewards. Anda akan dapat mata ganjaran sebanyak 1000 mata (points)

3. Vouchers. Beberapa baucer dan pulangan wang (cashback) sehingga RM500 dari jenama seperti,

- 7 Eleven

- Lazada

- Watsons

- Tealive

- Zus Coffee

dan beberapa jenama lain yang disokong pembayaran oleh touch n go e-wallet.

RM100 E-madani Hak Rakyat Malaysia

Namun, perlu diingatkan bahawa pemberian ini perlu dituntut sendiri dan bukan 'claim' terus dapat. Mungkin saringan diperlukan. Jadi, ingatan dari penulis, tuntut sahaja di mana-mana e-wallet lain. Perkongsian ini hanyalah untuk kelebihan ada RM100 tersebut dalam e-wallet touch n go.

Done Claim E-madani Ewallet


Tuntut sahaja RM100 e-wallet ini. Kerajaan telah gunakan wang KWSP dan beberapa hasil cukai untuk pelaburan mereka. Inilah masanya kita dapatkan sedikit hak kita walaupun tidak sepadan dengan apa yang diambil termasuk beberapa subsidi.

Bagi yang belum ada Touch n Go e-wallet boleh daftar dengan pautan di bawah;

DAFTAR E-WALLET TOUCH N GO FOR GO INVEST

Anda fikir anda tahu Kelebihan 'Claim' E-Madani RM100 dengan Touch n Go E-wallet ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.



This post first appeared on SOME BULLET FOR YOUR HEAD!, please read the originial post: here

Share the post

Kelebihan 'Claim' E-Madani RM100 dengan Touch n Go E-wallet

×

Subscribe to Some Bullet For Your Head!

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×