Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Kripto Percuma Dengan Hanya Bergerak dan Berjalan Gunakan Aplikasi SweatCoin

Berjalan pun anda akan dibayar. Lebih terperinci anda bergerak pun anda akan dibayar. Semua ini tidak pelik dan mustahil memandangkan kita sedang berada dalam dunia digital fasa Web3 dan metaverse.

Dapat Kripto Percuma Dengan Sweatcoin


Bagi yang sudah lama dalam dunia Kripto akan tidak begitu pelik akan hal ini. Tambahan lagi yang sudah menerima bayaran dengan kripto apabila bermain permaianan video (games) di metaverse.

Aplikasi Move to Earn (M2E) Dalam Kripto

Move to earn adalah salah satu lagi aplikasi blockchain dan kripto yang boleh diadaptasi dalam dunia seharian. Move to earn (juga dikenali M2E) ini secara mudahnya aplikasi ketika kita bergerak untuk kesihatan, seperti berjalan, jogging dan berlari.

Move to Earn Kripto Dalam Coin Market Cap


Terdapat banyak M2E ini yang memberikan kripto percuma untuk pengguna aplikasi tertentu.Namun, kebanyakannya memerlukan kaitan dengan dunia NFT (akan perlu berbelanja) sebelum mendapatakan pulangan atau keuntungan yang agak besar.

Kasut dengan pelbagai jenis dan kemampuan adalah contoh salah satu NFT (iaitu Non Fungible Token) yang menjadi modal untuk M2E.

Pengalaman Dalam Dunia Move 2 Earn

Setelah membuat kajian dan berjaya mengharungi pengalaman setahun dalam M2E ini. Penulis berjaya menemui satu aplikasi Move to Earn dengan pulangan kripto tanpa modal yang besar.

Ia adalah aplikasi SweatCoin. Namanya sahaja telah menggambarkan memerlukan keringat sahaja untuk dapatkan token atau koin krypto.

Aplikasi Sweatcoin


Cara Dapatkan Koin Kripto Dengan Bergerak dan Berjalan

Dengan konsep bergerak, berjalan apalagi berjogging dengan kiraan bilangan step (langkah), anda akan diberikan nilai kripto tertentu. Cukup mudah tidak memerlukan sebarang komitmen atau modal yang besar.

Cara Kira Langkah dan Sweatcoin

Contoh, (rujuk gambar di atas), untuk mendapatkan 1 sweatcoin anda memerlukan 4709 langkah berjalan tanpa memerlukan apa apa modal lain. Bilangan langkah akan bertambah mengikut masa untuk mengelakkan inflasi kepada nilai token sweatcoin ini.

Muat turun, pasang, bergerak dan dapat kripto.

Setiap Hari Dapat Koin Kripto


Pengiraan pembahagian kripto ada kiraannya. Walaupun agak mudah untuk dapatkan kripto namun semakin hari kita akan memiliki bilangan kripto per pergerakan semakin sedikit, sebab itulah sesiapa yang berminat boleh mulakan sekarang dengan pasang (install) aplikasi SweatCoin.

Cara Tukar Koin Kripto SweatCoin Kepada US Dollar Ke Akaun 

Contoh anda boleh dapatkan duit melalui aplikasi ini adalah cukup senang konsepnya. Anda sudah install aplikasi ini pada telefon anda, bergerak sahaja, anda akan diberikan beberapa pecahan kalau sekadar berjalan, jika rajin mungkin dapat satu koin.

Sweatcoin Dalam Wallet


Koin ini ada nilainya, apabila berjaya mengumpul dengan banyak koin, anda boleh sahaja 'tukar' atau 'trade' token ini di exchanger kripto yang ada SweatCoin.

Referal Code Bybit Exchanger


Contohnya, exchanger Bybit yang ada senaraikan sweatcoin untuk tukaran dengan usdt, dari usdt ini bolehlah dapatkan dalam bentuk US Dollar ke akaun anda.

DAFTAR & DOWNLOAD PERCUMA AKAUN BYBIT EXCHANGER DISINI

Jika anda ingin simpan dan kumpul sahaja sehingga betul betul banyak, apabila anda install satu lagi dompet (wallet) untuk SweatCoin ini boleh dapatkan pulangan atau 'interest' sehingga 12% untuk setahun dalam bentuk koin itu sendiri.

Kumpul Koin Kripto Boleh Tebus Reawrds dan Discount Shopping

Bagi anda yang sukakan 'rewards' atau 'discount' dalam mendapatkan barangan. Apa yang pasti apabila anda memiliki banyak koin SweatCoin ini, boleh digunakan untuk tebus (redeem) barangan yang ada. 

Shopping Dengan Kripto Sweatcoin


Bagi penulis ini adalah salah satu pra-ekosistem dalam dunia kripto masa hadapan, mungkin inilah permulaannya.

Berjalan dah boleh bayar 'shopping'.

Senarai Semak Aplikasi yang Diperlukan

Bagi melengkapkan misi anda sebelum dapatkan koin SweatCoin sehingga boleh membuatkan tukaran dari koin sehingga dapatkan pulangan anda perlu pasang atau muat turun;

1. Aplikasi SweatCoin (untuk jana koin)

2. Aplikasi SweatCoin Wallet (simpan koin sweatcoin)

Sweatcoin Wallet


3. Aplikasi ByBit (untuk tukaran sweatcoin kepada US DOllar atau MYR Ringgit Malaysia

Berminat dengan aplikasi mudah ini, hanya memerlukan anda bergerak untuk dapatkan koin kripto ?

Boleh download dan daftar dengan pautan di bawah.

DAFTAR PERCUMA SWEATCOIN ANDA DISINI

Anda fikir anda tahu 
Dapatkan Kripto Percuma Dengan Semudah Bergerak dan Berjalan Gunakan Aplikasi SweatCoin ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.



This post first appeared on SOME BULLET FOR YOUR HEAD!, please read the originial post: here

Share the post

Kripto Percuma Dengan Hanya Bergerak dan Berjalan Gunakan Aplikasi SweatCoin

×

Subscribe to Some Bullet For Your Head!

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×