Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Ikan Siakap Sambal Petai, Udang Ketak Buttermilk Di Restoran Ikan Bakar Abang Petai Pasir Puteh Kelantan

Ikan bakar begitu sinonim dengan kawasan yang terletak di pesisiran laut atau kawasan ikan air masin.

Makan Seafood Di Restoran Abang Petai Ikan Bakar Pasir Puteh Kelantan

Selalunya makanan berasaskan laut yang dimasak secara bakar ada peminat mereka sendiri.

Ikan, udang, sotong dan ketam adalah jenis hidupan laut yang memang tidak asing dengan menu bakar.


Kedai Makanan Laut Di Semerak Pasir Puteh Kelantan

Baru-baru ini penulis berpeluang untuk mencuba menu makanan laut dalam tema 'bakar' di sebuah restoren yang biasa sahaja infrastrukturnya di Semerak, Pasir Puteh Kelantan.

Restoran Ikan Bakar Abang Petai Semerak Kelantan


Kedai makan atau restoren makanan laut (seafood) ini dinamakan Abang Petai Ikan Bakar.

Jenis Hidupan Laut yang Ada

Dari namanya sudah diketahui akan apakah tema masakan untuk ikan bakar mereka.

Jenis Makanan Laut yang Ada


Jenis hidupan yang berjaya penulis lihat ketika kunjungan penulis ke restoren ini adalah;

1. ikan (siakap, cencaru)

2. ketam nipah

3. Udang ketak

4. sotong (variasi saiz)

Itu sahaja yang berjaya penulis temui sebagai pilihan. 

Pengunjung diberikan kebebasan untuk memilih jenis makanan laut yang disediakan di dalam Styrofoam bewarna putih dengan alatan pengepit dan bakul.

Menu Makanan yang Dipilih

Apa pula rasa makanan yang ada.

Menu Makanan Laut yang Berjaya Di Pesan


Untuk kali ini penulis memilih dua menu sahaja untuk dicuba, memandangkan bilangan yang penulis bawa hanya lima orang termasuk seorang bayi comel yang bijak.

1. Ikan siakap bakar masak sambal petai

2. Udang ketak buttermilk 

Dengan beberapa menu hidangan sampingan lain seperti,

1. nasi

2. telur dadar

3. ulaman (timun, kacang botor, pegaga, dan daun bewarna ungu dibawahnya) add on budu

Ikan Siakap Bakar Sambal Petai

Ikan Siakap Bakar Sambal Petai

Kita bermula dengan ikan siakap bakar dengan sambal petai

Ikan siakap dengan saiz medium ini dibakar diatas pemanggang gas yang dibalut dengan kerajang aluminium.

Sambalnya pula dengan warna pekat dengan kelibat beberapa petai yang tidak dibuang kulitnya bewarna hijau menghiasi sambal

Apabila dibuka kerajang aluminium tersebut, pertama sekali penulis tidak menemuinya fizikal ikan semunya sambal.

Dari segi rasa, boleh tahan, ada bau rempah, bau sambal yang ditumis, apalagi rasa manis sambal tersebut. Kena dengan isi ikan yang polos rasanya dan tiada sebarang hanyir ikan berjaya di bau.

Penulis ulas sekali lagi rasa sambalnya;

1. Bau rempah dengan tekstur sambal tumis yang kuat

2. kemanisan kuahnya

3. Petai tidak banyak membantu dalam rasa melainkan keranggupannya.

Udang Ketak Buttermilk

Udang Ketak Buttermilk


Ini adalah menu yang bukan pilihan sebenarnya. Penulis membayangkan ada udang harimau, atau udang biasa lain tetapi ketiadaan stok udang kontemporari.Maka udang ketak menjadi pilihan

Penulis tidak mengharapkan sebarang penilaian yang tinggi terdapat udang ketak buttermilk, memandangkan penulis tahu keadaan fizikal udang ketak yang seumpama 'alien' yang menempel di mula manusia dalam filem 'alien'.

Namun, kuah 'buttermilk'nya cukup sedap. Berkrim dan teksturnya tidak cair dan terlampau pekat. Patut mendapat pujian.

Rasa dan tekstur kuah buttermilk yang kuning seumpama warna jagung mutiara yang belum di rebus ini telah mengurangkan sedikit rasa udang ketak yang agak 'hancing' baunya mungkin kerana sudah tidak berapa segar.

udang ketak buttermilk ini secara ringkasnya;

1. udang yang sukar ditemui isinya, memerlukan kopekkan dan rekahan dengan tangan

2. kuah buttermilk yang sedap dan teksturnya menjadi

Harga Hidangan Makanan Laut

Dari segi harga pula, secara biasanya harga makanan laut menggunakan formula, per 100 gram.

Harga Makanan Laut Per Gram


1. Seekor Ikan Siakap (~742g) = ~ RM48.2

2. Tiga Ekor Udang Ketak (~450g) = ~ RM40.5

Dengan minuman dan sampingan yang telah disebutkan tadi harga total, sekitar RM120

Suasana Dan layanan Diterima

Dari segi suasana ia sangat cocok untuk makan bersama keluarga tiada sebarang gangguan yang ada melainkan bunyian sudu dan garfu bertelagah bersama pinggan atau hilaian tawa yang sedang makan.

Ketika penulis mengunjungi restoran ini layanan yang diberikan baik, dan mungkin ada sedikit kelewatan dari segi makanan sampai ke meja kerana nasi tidak menepati janji untuk masak cepat.

Tanda Hadir

Informasi Pengunjung

Lokasi Restoren Ikan Bakar Abang Petai

Jika yang datang dari Kuala Besut, ambil simpang kiri untuk menuju ke Semerak. Jika dari Kota Bharu/Bachok pilih ke kanan untuk ke Semerak. Hanya beberapa meter dari simpang tiga tersebut kedai di bahagian kiri.


Waktu Operasi

Dibuka setiap hari. Bermula jam 4.30 p.m sehingga 11.30 p.m

Cara Bayaran Diterima

1. Tunai

2. QR pay




This post first appeared on SOME BULLET FOR YOUR HEAD!, please read the originial post: here

Share the post

Ikan Siakap Sambal Petai, Udang Ketak Buttermilk Di Restoran Ikan Bakar Abang Petai Pasir Puteh Kelantan

×

Subscribe to Some Bullet For Your Head!

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×