Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Status Halal Ramen Buldakbokeum Myeon Samyang Korea


Ramen atau mi segera dari Korea yang mencecah harga RM 20++ untuk lima bungkus menjadi kemusykilan status halalnya.

Peminat makanan rapu dan peminat korea secara am menyebabkan mi ramen ini begitu popular. Dikatakan memiliki rasa pedas yang luar biasa.


Adakah mampu menandingi kepedasan kuah tom yam mi ruski ? Itu perlu dilakukan ujian kerana penulis tidak pernah mencuba mi yang agak mahal harga berbanding kuantiti, agak tidak berbaloi untuk mencubanya ketika di zaman rejim najib ini.Namun status halalnya mula diragui, biasalah apabila sesuatu benda menjadi viral, segala persoalan mula timbul.



Pelbagai diskusi dan pendangan amatur dapat diperhatikan melalui media sosial akan status halal mi segera ini. Kesahihan statusnya perlulah dikeluarkan pihak yang lebih arif dan sememangnya arif dalam bidang ini bukan mereka yang hanya arif tentang copy paste sahaja.

Mula viral akan penerangan dari Facebook page Halal Korea sebagaimana di bawah



Sumber pautan : https://www.facebook.com/halalexpokorea/

Jangan mudah percaya kepada satu sumber sahaja. Oleh itu kita lihat apa yang dikatakan oleh KMF (Korea Muslim Federation) sendiri kerana page tersebut ada menyatakan tentang Ramen Buldakbokeum Myeon telah disahkan oleh KMF.

Apabila di teliti memang pihak KMF ada mengeluarkan certified halal untuk ramen ini keluaran Samyang. Sebagaimana yang terkandung dalam website koreaislam.org.



Sumber asal: http://www.koreaislam.org/en/certified-companies-products

KMF berpendapat Ramen Buldakbokeum Myeon ini disahkan halal oleh mereka. Apabila bercakap mengenai sah, maka mereka mengikut prosedur tertentu untuk menentukan status halal makanan tersebut termasuklah dengan lawatan ke tempat pemprosesannya.

Namun setiap status halal akan di cop dengan logo halal yang sah, maka Ramen Buldakbokeum Myeon adalah halal apabila terdapat cop halal yang tulen.

Namun berbaloikah untuk harga tersebut ? Sekadar mencuba kepedasannya apa salahnya...

Anda fikir anda tahu Status Halal Ramen Buldakbokeum Myeon Samyang Korea ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum....




This post first appeared on SOME BULLET FOR YOUR HEAD!, please read the originial post: here

Share the post

Status Halal Ramen Buldakbokeum Myeon Samyang Korea

×

Subscribe to Some Bullet For Your Head!

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×