Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Asam Pedas Atok Sungai Sembilang Jeram Selangor


"Asam Pedas Atok"

Stereotaipnya mahu cari asam pedas power perlu berkunjung ke Melaka. Namun, memandangkan sistem telekomunikasi dan perhubungan untuk ke satu-satu tempat sudah mudah itu sekadar stereotaip.


Asam Pedas Atok Sungai Sembilang
Di mana-mana tempat sudah ada restoran, kedai makan atau gerai yang menjadikan asam pedas sebagai menu utama.


Tipikal 'Signature' Asam Pedas

Dua kriteria yang sering penulis jadikan panduan dalam menikmati dan menentukan kesedapan dan kelainan dengan asam pedas yang mampu dibuat melalui resepi-resepi yang banyak di internet.

Masam dan pedas, lagi meriah kalau asam pedas tersebut dihidangkan dalam keadaan menggelegak dan berasap.

Asam Pedas Mendidih

Sudah banyak sebenarnya hidangan asam pedas di restoran yang menjadikan tema menggelegak atau mendidih untuk pelanggan. Seumpama ia adalah sebahagian resepi asam pedas.

Sekali hirup, pedas dan masamnya menjadikan penghirup ingin menghirup lagi. Itu adalah perasaan yang diinginkan sebenarnya.

Asam Pedas Sekitar Lembah Klang

Sebagaimana penulis katakan pada awal artikel ini, tidak perlu menghabiskan tenaga dan wang untuk mendapatkan asam pedas yang boleh memuaskan selera pencinta asam pedas ke Melaka.

Di sekitar Kuala Selangor, Selangor terdapat satu restoran asam pedas yang cukup popular sebenarnya.

Banner Kedai Asam Pedas Atok | Google Image
Terperuk namun dikenali, itu menandakan kedai makan ini agak tersohor.

Asam Pedas Atok Kuala Selangor.

Kedudukan yang cukup strategik, tepi sungai dan muara yang turut berlatarbelakangkan Selat Melaka.

Menu Asam Pedas Atok

Semestinyalah, asam pedasnya. Tiada sebarang menu lain ditemui setakat ini di restoran ini hanya asam pedas.


Set Nasi Asam Pedas Dengan Telur Masin
Namun, memiliki variasi pilihan lauk yang menjadi idaman pengunjung.

Inginkan ikan sembilang, ikan keli, ikan kembung atau ikan pari juga ada.
Selain ikan daging turut menjadi bahan lauk untuk asam pedas di kedai makan ini.

Entah kebetulan atau memang benar-benar kejadian. Restoran yang terletak bersebelahan dengan Sungai Sembilang ini cukup popular dengan menu hidangan asam pedas ikan sembilang.

Jadi, tanpa berfikir panjang ketika mencuba asam pedas di sini, penulis memesan;

Asam Pedas Ikan Sembilang


Asam Pedas Ikan Sembilang
Datang dalam 'claypot' dalam bahasa Malaysianya mangkuk tanah liat. Sebelum di buka penulis sudah mampu mengagak apakah 'first impression' jika penutup claypot itu dibuka.
Ya. Asam pedas dengan kuah yang pekat dengan aroma yang kuat masih menggelegak.

Mengingatkan kembali nostalgia penulis mencuba asam pedas mendidih di Kuala Linggi dahulu.

Apakah Rasa Asam Pedas Ini

Cedukkan pertama sehingga ke dalam mulut, pada awalnya dibatasi dengan rasa wap panas dan suam, ketika ini 'selera' mula diaktifkan sebelum ditambah dengan aroma bau kuahnya.


Portion Potongan Ikan Sembilang
Memasuki ruangan mulut, rasa masam mula menular ke segenap ceruk mulut, pedas pula datang berganti.

Memang kuah yang pekat ini penuh dengan rasa. Masam dan pedas bercampur diselangi rasa rempah yang cukup kuat.

Penulis dan isteri saling berpandangan tanda setuju, kuah asam pedas ini walaupun panas dan pedas, ia telah mengaktifkan satu rasa untuk suapan seterusnya.

Asam Pedas Ikan Pari


Asam Pedas Ikan Pari
Tidak banyak beza sebenarnya, kuahnya sama cuma berlainan isi, untuk ikan pari semestilah ikan pari lauknya.

Lengkap, masam dan pedas.

Dari segi portion (bahagian) lauk, boleh dikatakan tukang masaknya tidak begitu kedekut, bahagian ikan sembilang yang bersaiz sederhana dipotong tiga dan sedia terendam di dalam kuah asam pedas.

Isteri penulis mencuba asam pedas ikan pari, portionnya juga boleh dibanggakan.

Dengan portion sebegini, cukup untuk sepinggan nasi sebagai satu set asam pedas.

Hidangan Lain

Kambing bakar dan western juga kelihatan pada menu dan 'banner' restoran. Mungkin ada yang ingin mencuba.

Lihat video 'first impression' asam pedas ikan sembilang dan asam pedas ikan pari di Asam Pedas Atok yang masih berasap dengan wap.




Ulasan Penulis

Rasa Makanan

Dari segi rasa asam pedas di restoran ini sebenarnya cukup 'kaya' dengan perisa.
Datang pula dalam claypot, pengekalan kesuaman dan aroma masih terjaga sehingga cedukkan ke mulut.




Sedap.

Bahagiannya juga banyak, meskipun ikan sembilang bermusim.

Suasana Kedai

Bagi suasana dalaman kedai, penulis mengandaikan pada bahagian malam akan cukup meriah. 



Selesa untuk mereka yang datang dalam famili atau berkumpulan. Banyak meja dan kerusi untuk mereka yang datang dalam bilangan yang ramai.

Kedainya dalam keadaan terbuka, dengan bumbung untuk ruangan makan. Angin sepoi-sepoi laut mudah untuk masuk.

Servis Pelanggan

Servis untuk kami pada masa tersebut juga pantas. Meskipun baharu sahaja dibuka.

Informasi Pengunjung

Lokasi Restoran

Sungai Sembilang Kuala Selangor bukanlah begitu terpencil, mudah untuk ditemui meskipun agak tersorok dan berdekatan pantai.

Kawasan kampung yang memiliki laluan yang agak sempit dan seumpama berada dipersekitaran kampung nelayan.

Bagi yang pernah menginap di The Kabin Jeram pasti tahu sekitar sini.

Asam Pedas Atok Sungai Sembilang,
Kampung Dungun, 
45800 Jeram, 
Selangor



Harga Makanan

Semua asam pedas berharga RM10 untuk semangkuk.
Agak berbeza dengan tulisan dalam menu.

Tidak kira apa lauk, ikan sembilang mahupun ikan pari dan ikan cencaru.

Nasi RM1-RM2

Minuman mengikut harga standard mana-mana kedai makan

Waktu Operasi Restoran

Dibuka jam 12 tengah hari sehingga lewat malam

Info Tambahan

Bagi kaki pancing, Sungai Sembilang memang kena dengan namanya. Jika kena dengan musim dan air pasang, balingan pancing mungkin diragut ikan sembilang yang ada.

Ketika penulis berkunjung, ramai kaki pancing yang memancing disini untuk mendapatkan 'strike' ikan sembilang.


Mancing Ikan Duri
Bukan rezeki penulis untuk mendapatkan ikan sembilang, ikan gerut gerut (tebal pipi) dan ikan duri yang melekat, anak ikan sebenarnya.

Anda fikir Anda Tahu Asam Pedas Atok Sungai Sembilang Jeram Selangor ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum



This post first appeared on SOME BULLET FOR YOUR HEAD!, please read the originial post: here

Share the post

Asam Pedas Atok Sungai Sembilang Jeram Selangor

×

Subscribe to Some Bullet For Your Head!

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×