Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Cara Kenal Buah Mangga Harum Manis yang Asli


"Kenal Mangga Harum Manis"

Durian memang popular namun mangga Harum Manis agak tersohor juga. Mangga adalah antara buah yang cukup digemari ramai. Pelbagai jenis mangga yang terdapat di muka bumi. Mangga ringan, mangga epal, mangga lemak dan beberapa nama lain.


Cara Kenal Mangga Harum Manis
Sebagaimana variasi durian, variasi mangga yang tersohor adalah mangga harus manis mungkin jika durian mangga ini duduk sama taraf dengan durian musang king.


Musim Buah Mangga Harum Manis

Sebagaimana buah-buahan tempatan lain harum manis juga bermusim. Musim mangga harum manis mengeluarkan hasil adalah antara April dan Mei setiap tahun.

Namun, bukan lama, sekadar sebulan atau sebulan setengah sahaja musimnya. Bermusim menyebabkan stok terhad maka harganya, fuh..boleh tahan. Teknik penghasilan buah untuk setiap masa atau tanpa bermusim sedang dikaji oleh UniMap Perlis. 

Asal Usul Mangga Harum Manis

Harum manis yang telah diwartakan sebagai harta intelek ini adalah 'trademark' negeri Perlis. Penghasilan buah datangnya dari negeri Perlis.

Harga Buah Mangga Harum Manis Di Pasaran

Harga mangga harum manis boleh tahan mahalnya berbanding mangga lain.
Cuba lihat pergerakkan statistik harga mangga harum manis dari tahun ke tahun.

harga harummanis pada tahun 2014 antara RM24 - RM27
harga harummanis pada tahun 2015 antara RM25 - RM28
harga harummanis pada tahun 2016 antara RM30 - RM40
harga harummanis pada tahun 2017 antara RM20 - RM50

RM50 untuk satu kilogram, cukup menggambarkan mangga jenis ini cukup tinggi nilainya. Jika dibeli dalam kotak, lebih kurang 3kg beratnya, boleh mencapai RM120/kotak. Anak pokok mangga harum manis juga boleh tahan harganya, harga standard boleh berharga RM25/pokok.

Boleh tahan bernilaikan harganya, namun dapatkan pembeli dan peminat mangga mengenali buah mangga harum manis ini dengan sebenarnya ?

Bentuk Fizikal Mangga Harum Manis Original

Takut nanti ditipu penjual. Disini terdapat beberapa cara untuk mengenal mangga harum manis yang asal (original) berpandukan gambar.


Gempal dan Tidak Besar
1. Berbentuk sedikit gempal atau agak gemuk membulat namun tidak terlalu besar.


Hujung Bucu Tidak Tajam
2. Hujung ekornya kelihatan bucu yang tidak tajam. Dua lekukan atau bucu.
Bau Harum dan Bau Manis
3. Senang dipastikan apabila sudah masak kerana bau harum dan bau manisnya.


Sumber: Pendidikan Pemasaran FAMA

Sudah ketahui dan kenal rupa bentuk fizikal buah mangga harum manis ?

Harap anda mampu memilih buah yang sebenarnya, dan takut tertipu dengan penjual. Apabila pihak Unimap sudah berjaya menemui teknik untuk menghasilkan buah tanpa bermusim, mungkin harganya tidak lagi semahal sekarang dan semua orang boleh menikmati buah mangga harum manis ini.

Selamat menjamu pulut mangga harum manis dan jus mangga harum manis. Fuhhh!

Anda fikir anda tahu Cara Kenal Buah Mangga Harum Manis yang Asli ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.



This post first appeared on SOME BULLET FOR YOUR HEAD!, please read the originial post: here

Share the post

Cara Kenal Buah Mangga Harum Manis yang Asli

×

Subscribe to Some Bullet For Your Head!

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×