Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

INTEAM DAN EZAD LAZIM RILIS KASIHKU ABADI JELANG RAMADHAN 2023

  


INTEAM DAN Ezad Lazim RILIS Kasihku Abadi JELANG RAMADHAN 2023 

Seperti sudah menjadi kelaziman bagi kumpulan Nasyid Inteam berkolaborasi dengan artis jemputan di dalam single yang mereka hasilkan setiap Ramadan. Seperti mana sebelum ini, Inteam pernah berduet bersama Khai Bahar dalam lagu Setanggi Syurga, Damba Kasih bersama Sufian Suhaimi dan Mencari Sinar bersama Sam Bunkface, Ramadan kali ini, Inteam menampilkan artis bersuara lunak iaitu Ezad Lazim dari kumpulan Exists bagi bergabung dalam single berjudul Kasihku Abadi 2023. 

"Kasihku Abadi merupakan lagu kami yang pernah popular pada tahun 2004 yang mana kami rakamkan semula dengan konsep muzik yang agak berbeza serta menampilkan Ezad Lazim dalam versi Kasihku Abadi 2023 ini" ulas Syah Inteam selaku ketua kumpulan. ”Kalau versi sebelum ini lebih berkonsepkan muzik pop balada, kali ini kami cuba memasukkan unsur-unsur pengaruh muzik Arab dan Turkiye dalam kolaborasi ini" tambah beliau lagi. Lagu Kasihku Abadi 2023 adalah gubahan Munif Ahmad dari kumpulan Hijjaz manakala lirik adalah hasil karya penulis lirik prolifik Lukhman S. Manakala susunan muzik untuk lagu ini adalah hasil kreativiti Alfa Booty Kesuma dan Wan Saleh. 

"Dalam penghasilan muzik video kali ini, kami cuba mengangkat kisah penuh inspirasi dari perkahwinan saudara Haziq Samrat yang merupakan orang kelainan upaya bersama Isterinya Miera yang tular di media sosial baru-baru ini" tambah Rahim Inteam. ”Kisah perkahwinan mereka sangat sesuai dengan lirik lagu ini yang menggambarkan setiap insan mendambakan kehadiran pasangan yang akan melengkapi hidup, serta menjadi fitrah manusia ingin berkasih sayang dan berpasang-pasangan" Tambah Rahim lagi. 

"Alhamdulillah, respon peminat sangat baik dan ramai mengatakan gabungan suara Inteam dan Ezad Lazim dalam lagu ini sangat serasi. Dari komen yang kami baca juga, ramai yang tersentuh hati dan menitiskan air mata melihat kisah yang dipaparkan di dalam muzik video lagu ini" ulas Hazamin Inteam. Ditanya mengapa memilih Ezad Lazim untuk duet kali ini, saudara Hisyam menjawab "sebenarnya sebelum ini kami pernah berduet secara live menyanyikan lagu Bunga bersama Ezad Lazim dan Exists di dalam Konsert 20 tahun Inteam. Melihat kepada keserasian gabungan tersebut, kami telah menawarkan Ezad untuk berduet dalam Lagu Kasihku Abadi 2023 ini. Alhamdulillah beliau menerima dan memberi komitmen yang sangat baik sekali" 

Lagu Kasihku Abadi 2023 telah dilancarkan pada 17 Maret yang lalu dan kini sudah berada di seluruh pelantar digital. Muzik videonya yang dimuat naik di Youtube rangkaian Inteam Digital kini telah mencapai jumlah tontonan sebanyak 90,000 kali. 

DIDUKUNG RADIO WIDYASWARA STREAMING SURABAYA

https://a1.siar.us/public/radiowidyaswara

KLIK YOUTUBE :

https://www.youtube.com/watch?v=sfbGENOnBp0




This post first appeared on Pasarxdami Online, please read the originial post: here

Share the post

INTEAM DAN EZAD LAZIM RILIS KASIHKU ABADI JELANG RAMADHAN 2023

×

Subscribe to Pasarxdami Online

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×