Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

ELVEENA PENYANYI MALAYSIA COBA PERUNTUNGAN DI INDONESIA

  


ELVEENA PENYANYI MALAYSIA COBA PERUNTUNGAN DI INDONESIA

ELVEENA IRIS atau lebih dikenali dengan panggilan manja ELVEENA merupakan anak kelahiran Johor yang penuh berbakat dalam bidang seni. Perwatakannya yang lemah lembut serta memiliki sifat kewanitaan yang ayu dan cantik yang dianugerahkan tuhan membolehkan beliau bergiat dan berjaya dalam bidang seni. Elveena juga mempunyai jati diri serta semangat yang gigih untuk membolehkannya menjadi seorang usahawan dan berjaya menghasilkan produk kecantikan dan produk kesihatan. Disamping itu dengan kemahiran dan minat dalam bidang kulinari Elveena juga berjaya memiliki dan menguruskan Restoran, Kafe serta menghasilkan dan memasarkan produk Makanan Retort seperti Sambal Cili Garam.

"Bidang seni suara Elveena Telah menghasilkan single pertamanya berjudul ‘ Memang Benar’ dan telah dimainkan dicorong-corong radio popular di Malaysia. Lagu tersebut juga telah dipilih sebagai lagu tema untuk drama bersiri ‘ Akademi Polis’ yang disiarkan di TV9. Elveena telah menghasilkan Album DA10 yang memuatkan lagu ‘Malu Tapi Mau’,’ Cinta Dikemudiankan’ dan ‘Cinta Beralih Arah’. Satu video klip dengan lagu ‘ Cinta Tak Boleh Begini‘ telah di hasilkan. Susulan daripada itu Elveena telah dipilih untuk menyanyikan lagu tema filem ‘ Hantu Air’, arahan Murali Abdullah. ELVEENA juga telah menyanyikan 2 buah lagu dalam filem tersebut iaitu ' Aku Cinta Pada Mu ‘ dan‘ Melati Puteh’. Elveena terus bergerak kehadapan dan kini telah menghasilkan lagu terbarunya berjudul ‘ Penjahat Cinta’ yang sedang dimainkan di Radio-radio di Indonesia.

Elveena telah banyak bekerjasama dengan komposer-komposer yang hebat seperti Adnan Abu Hassan dan Saari Amri Memandangkan Elveena mempunyai suara yang lunak dan perwatakan serta gaya yang menawan, Elveena sering mendapat jemputan untuk memenuhi majlis-majlis dan program-program hiburan.

Terkini Elveena telah dicalonkan untuk pertandingan ‘Pencarian MAS MONA’ dan telah dinobatkan sebagai pemenang. Dengan kemenangan ini Elveena telah berasa teruja dan terus bersemangat untuk terus maju kehadapan dalam bidang seni terutama sekali dalam bidang seni suara.

Walaupun ELVEENA berjaya dalam bidang nyanyian, Elveena berasa terkilan kerana hajat untuk berduet dengan Allahyarham Dato’ A Rahman Hassan Dan Allahyarham Dato’ Naseer Wahab iaitu penyanyi dan penghibur yang sangat tersohor di Malaysia tidak kesampaian kerana mereka telah kembali kerahmatullah lebih awal. ELVEENA pernah juga membuat temujanji dengan pihak Indonesia untuk bertemu Koslo tapi disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan maka hajat itu tidak kesampaian. Tetapi usaha itu tetap diteruskan.

Memandangkan ELVEENA mempunyai gaya yang menawan serta bentuk badan yang cantik dan diiringi dengan personaliti yang baik, maka ELVEENA sering di temuduga. Gambar serta cerita-cerita yang menarik dimuatkan dalam majalah-majalah popular di Malaysia seperti URTV, Majalah MANGGA, Majalah Maskulin. Cerita2 ELVEENA juga dimuatkan dalam akhbar2 di Malaysia seperti Berita Harian, Utusan Malaysia dan Harian Metro."

DIDUKUNG RADIO WIDYASWARA STREAMING SURABAYA

https://a1.siar.us/public/radiowidyaswara



This post first appeared on Pasarxdami Online, please read the originial post: here

Share the post

ELVEENA PENYANYI MALAYSIA COBA PERUNTUNGAN DI INDONESIA

×

Subscribe to Pasarxdami Online

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×