Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Day 10/100

Makluman: Petang tadi, emak saya di Kampung memaklumkan pada saya yang bapa saudara saya telah meninggal dunia. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan Orang yang beriman, InsyaAllah. Saya tak dapat nak balik kampung untuk majlis pengebumian. Ini salah satu sebab kenapa saya rasa nak sangat pindah balik ke Kedah—dekat dengan keluarga dan saudara-mara.

Fotografi

Saya sedang belajar balik tentang photography dan sedikit editing dengan Adobe Lightroom. Saya guna kamera Nikon D5100 + kanta Nikon DX 35mm f1.8. Gambar yang cantik dapat meningkatkan lagi peluang untuk orang membeli barang daripada kita . Ini dari apa yang saya alami sendiri semasa menjual barang-barang secara online. Tapi jangan lupa letak watermark, sebab mungkin ada segelintir orang yang tak bertanggungjawab akan ambil gambar kita tanpa rasa bersalah walau sekelumit.

Pembaziran masa

Saya baru tersedar yang saya banyak membazir masa selama 1-3 jam sehari menonton video di Youtube. Selalunya saya akan terleka menonton video tentang memancing, dan ada kalanya saya terbabas tengok video orang menyanyi unplugged pula. Saya nak cuba kurangkan, sehari sejam mungkin dah cukup bagi saya lepas ni.



This post first appeared on Infomalaya, please read the originial post: here

Subscribe to Infomalaya

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×