Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Honda WR-V sudah dilihat diuji di Malaysia – pesaing Perodua Ativa bakal dilancarkan di sini tak lama lagi?

Paultan.org –

Minat Honda HR-V tapi harga SUV segmen-B berkenaan masih dirasakan masih tinggi? Nampaknya tak lama lagi anda mungkin dapat membeli sebuah SUV Honda yang lebih mampu milik – Honda Malaysia nampaknya kini sedang menguji SUV yang lebih HR-V iaitu Honda WR-V di jalan raya awam di sini!

Set foto yang kami terima ini dikirimkan oleh pembaca paultan.org, Fareez AB yang menjumpai sebuah SUV kompak dilitupi sepenuhnya pelekat penyamaran di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menuju ke Kuala Lumpur dari arah selatan.

Tiada sebarang emblem kelihatan, namun dengan trade plate “M246A” yang pernah digunakan oleh beberapa unit ujian Honda Malaysia sebelum ini boleh disahkan bahawa ia sebuah Honda, dan bentuk badannya serta perician lain seperti lampu belakang 3D berbentuk-L sah ia adalah sebuah WR-V.


Honda WR-V ini telah membuat penampilan sulung globalnya di Indonesia November tahun lalu, dihasilkan bagi berhadapan terus dengan model seperti kembar Toyota Raize dan Daihatsu Rocky di sana. Jika ia dilancarkan di Malaysia, sudah tentu WR-V perlu bersaing dengan kembar Raize dan Rocky di sini iaitu Perodua Ativa.

SUV segmen-B tetapi lebih kecil dari HR-V ini dihasilkan dengan dimensi panjang 4,060 mm, lebar 1,780 mm, tinggi 1,608 mm dan jarak roda sejauh 2,485 mm. Jadi berbanding Ativa, WR-V adalah 5 mm lebih pendek, 70 mm lebih lebar, 27 mm lebih rendah serta jarak roda 40 mm lebih dekat.

Jarak kelegaan tanah WR-V ini adalah lebih tinggi dari Ativa iaitu 220 mm berbanding 200 mm sekaligus memberikan ia rupa lebih lasak. Ruang but SUV kompak Honda ini juga lebih besar dengan kapasiti 380 liter berbanding 369 liter pada saingannya dari Perodua.


WR-V menerima enjin yang sama seperti Honda City iaitu unit 1.5 liter DOHC i-VTEC yang menghasilkan kuasa 121 PS pada takat 6,600 rpm dan tork maksima 145 Nm pada takat 4,300 rpm, digandingkan dengan kotak gear CVT automatik dan hanya memacu roda belakang. Jadi dari segi kuasa juga WR-V adalah lebih besar dari Ativa yang digerakkan oleh enjin 1.0L turbo tiga-silinder berkuasa 97 hp/140 Nm.

Honda menawarkan dua varian ditawarkan di Indonesia bermula dengan varian paling asas E dengan rim 16-inci lima-jejari dibalut tayar 215/60, sementara varian tertinggi datang dengan kemasan paling sporty RS dengan rim 17-inci dua tona bersama tayar 215/55.

WR-V E menerima kelengkapan seperti penghidup enjin jarak jauh, butang Push Start, skrin sentuh 7-inci, kamera undur dengan pandangan pelbagai sudut, empat pembesar suara, panel pendingin digital, kerusi fabrik dan empat beg udara dengan VSA.

RS pula dibekalkan dengan tambahan lampu depan LED bersama DRL LED, ciri kunci pintu automatik ketika bergerak meninggalkan kereta, kluster meter digital dengan paparan 4.2-inci, enam pembesar suara, kerusi gabungan kulit dan fabrik, stereng dan tombol gear balutan kulit, pendingin automatik dan cermin sisi lipatan automatik.

RS juga hadir dengan ciri keselamatan tertinggi dengan pakej bantuan pemanduan Honda Sensing dan LaneWatch, enam beg-udra serta lamu hadapan automatik. Varian RS ini telahpun di uji dalam ujian pelanggaran keselamatan ASEAN NCAP dan dianugerahkan penarafan lima-bintang.

Walaupun bertanding dalam kelas yang sama dengan Ativa, WR-V dijangka akan dijual pada harga lebih mahal. Di Indonesia, Honda WR-V dijual pada harga Rp.271.9 juta (RM82k) untuk varian E, diikuti varian RS pada harga
Rp.289.9 juta (RM88k), dan varian tetinggi RS dengan Sensing berharga Rp.309.9 juta (RM94k).

Sebagai perbandingan, Toyota Raize dijual pada harga bermula Rp. 233 juta (RM68k) untuk varian asas dengan enjin 1.2L NA sehingga Rp.281.4 juta (RM82k) untuk varian tertinggi 1.0T GR Sport. Sementara Daihatsu Rocky pula dijual Rp. 206.45 juta (RM60k) untuk varian asas 1.2L dengan kotak gear manual sehingga Rp. 274.85 juta (RM80k) bagi model tertinggi 1.0T R ASA dengan cat badan dua tona.



Di Malaysia, Perodua Ativa dijual pada harga lebih mampu milik di mana model asas Ativa yang sudahpun menerima enjin 1.0L turbo dan kotak gear D-CVT dijual pada harga bermula RM61.5k, manakala varian tertinggi Ativa AV yang lengkap dengan sistem bantuan pemandu ASA dijual pada harga RM71.2k.

Malah berbanding Honda City Hatchback dengan Honda Sensing dijual pada harga 362.6 juta Rupiah (RM109k), WR-V RS dengan Sensing berkenaan hanyalah 14% lebih murah. Untuk pengetahuan anda, City Hatchback RS di Indonesia hanya diberikan enjin petrol 1.5L berbanding spesifikasi di Malaysia yang lebih tinggi menggunakan unit rangkaian kuasa hibrid e:HEV.

Buat masa sekarang, WR-V hanya diproduksi di kilang Honda di Karawang, Indonesia dan dieksport ke pasaran lain. Namun sekiranya Honda WR-V ini hadir ke Malaysia kelak, ia pastinya akan diproduksi secara tempatan (CKD) di kilang Honda Pegoh, Melaka bagi memastikan model ini dapat dijual pada harga yang kompetitif.

Walau bagaimanapun, model CKD berkenaan kelak mungkin masih perlu dijual pada julat harga sekitar RM70k-RM80k. Anda rasa bagaimana? Berbaloi ke untuk memiliki SUV kompak baharu Honda ini dengan harga lebih mahal dari Ativa tetapi menampilkan perincian yang lebih kurang sama?

GALERI: Honda WR-V 2022 pasaran Indonesia






































































The post Honda WR-V sudah dilihat diuji di Malaysia – pesaing Perodua Ativa bakal dilancarkan di sini tak lama lagi? appeared first on Paul Tan’s Automotive News.

The post Honda WR-V sudah dilihat diuji di Malaysia – pesaing Perodua Ativa bakal dilancarkan di sini tak lama lagi? appeared first on PistonLeaks.



This post first appeared on PistonLeaks | Latest Car, News, Reviews, please read the originial post: here

Share the post

Honda WR-V sudah dilihat diuji di Malaysia – pesaing Perodua Ativa bakal dilancarkan di sini tak lama lagi?

×

Subscribe to Pistonleaks | Latest Car, News, Reviews

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×