Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Kereta kebal tentera rosak di jalan menuju Carcosa

Paultan.org –

Jika ada kenderaan berat yang rosak dan tersadai di tepi jalan awam, itu perkara biasa yang selalu kita lihat. Tetapi, untuk sebuah Kereta Kebal Tentera berada dalam keadaan itu, apa lagi di tengah-tengah jalan ibu kota, ia tentunya menarik perhatian ramai orang, kerana itu bukanlah pemandangan biasa.

Awal pagi ini, sebuah Kereta Kebal tentera Malaysia rosak di sekitar Jalan Damansara di susur keluar menuju Carcosa dan KL Sentral. Kejadian itu dilaporkan oleh Pusat Kawalan Kuala Lumpur DBKL melalui Twitter.

Kereta kebal buatan Poland dengan nama PT-91M Pendekar MBT, yang mana tentera memiliki sebanyak empat dozen model terbabit, rosak dan menghalang laluan di lorong kedua dari kiri di situ. Walaupun bukanlah situasi biasa untuk sebuah kenderaan tentera bergerak di atas jalan awam, ia dibenarkan ketika ini kerana kereta kebal tersebut akan ikut serta dalam perarakan Hari Merdeka 2022, minggu depan, dan sedang dalam sesi latihan pagi ini.

Turut dilaporkan, kenderaan seberat 46 tan berkenaan telah dialihkan ke lokasi selamat, kemungkinan besar menggunakan pengangkut dari pihak tentera sendiri. Jika anda merancang untuk ke KL menjelang hari Merdeka minggu depan, berhati-hati, dan ambil maklum bahawa banyak jalan-jalan yang akan ditutup untuk acara perarakan Rabu depan.

Selamat Hari Merdeka!

The post Kereta kebal tentera rosak di Jalan Menuju Carcosa appeared first on Paul Tan’s Automotive News.

The post Kereta kebal tentera rosak di jalan menuju Carcosa appeared first on PistonLeaks.



This post first appeared on PistonLeaks | Latest Car, News, Reviews, please read the originial post: here

Share the post

Kereta kebal tentera rosak di jalan menuju Carcosa

×

Subscribe to Pistonleaks | Latest Car, News, Reviews

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×