Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Proton akan serap kenaikan harga bahan mentah untuk kekalkan harga jualan kereta-kereta keluarannya

Paultan.org –

Sebelum ini, Persatuan Automotif Malaysia (MAA) sudahpun menyatakan bahawa pengeluar-pengeluar automotif mungkin akan menaikkan Harga jualan untuk model-model mereka pada pasaran tempatan kerana kos bahan mentah dan juga logistik kini semakin tinggi akibat nilai ringgit yang semakin lemah.

Namun menurut presiden MAA Datuk Aishah Ahmad, syarikat-syarikat automotif masih belum membuat keputusan sama ada untuk menaikkan atau tidak harga kereta-kereta baharu, dan mereka akan terus menyerap kos-kos yang semakin tinggi berkenaan – Proton adalah antara syarikat-syarikat tersebut, menurut laporan Berita Harian.

Naib CEO Proton Roslan Abdullah berkata, syarikatnya kini akan terus menyerap kenaikan kos bahan mentah bagi membolehkan model-model baharunya di bilik pameran kekal dijual pada harga sedia ada, dan masih belum membuat sebarang keputusan untuk menaikkan harga jualan mereka.

“Proton belum putuskan apa-apa lagi buat masa sekarang. Jika ada (kenaikan atau sebaliknya), kami akan umumkan dalam masa terdekat. Buat masa ini kita masih lagi cuba menyerap kenaikan kos,” kata Roslan kepada akhbar berkenaan. Walau bagaimanapun, beliau menambah jika keadaan memaksa selain mengambil kira pembabitan vendor, Proton berkemungkinan terpaksa berkongsi kenaikan harga berkenaan dengan pelanggan.

Proton juga kini bersedia untuk mengumumkan harga baharu model-model mereka yang tidak lagi akan menerima pengecualian cukai jualan dan servis (SST) bermula 1 Julai nanti selepas insentif dari kerajaan berkenaan tamat pada 30 Jun 2022. Namun pada 1 Mei lalu, Proton sudah pun menyatakan bahawa mana-mana model yang ditempah selepas tarikh berkenaan hanya akan diserahkan kepada pembeli selepas 30 Jun dan tidak akan menerima pengecualian cukai berkenaan.

The post Proton akan serap kenaikan harga bahan mentah untuk kekalkan harga jualan kereta-kereta keluarannya appeared first on Paul Tan’s Automotive News.

The post Proton akan serap kenaikan harga bahan mentah untuk kekalkan harga jualan kereta-kereta keluarannya appeared first on PistonLeaks.



This post first appeared on PistonLeaks | Latest Car, News, Reviews, please read the originial post: here

Share the post

Proton akan serap kenaikan harga bahan mentah untuk kekalkan harga jualan kereta-kereta keluarannya

×

Subscribe to Pistonleaks | Latest Car, News, Reviews

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×