Apa itu
Substrate ?
Substrate merupakan
medium dimana tempat tumbuhan untuk tumbuh. Terdapat pelbagai jenis substrate yang selalu digunakan untuk aquascape. Dan hari ini saya ingin memberi info sedikit untuk beberapa jenis substate.
ADA (
Aqua Design Amano) adalah substrate yang selalu digunakan oleh pengemar aquascape. Produk ini dapat memberi tumbuhan anda tumbuh dengan baik. Ianya mengekalkan konsep dalam hubungan antara akar tumbuhan dan mikroorganisma secara semulajadi. Hubungan ini menstabilkan persekitaran akuarium. ADA mengeluarkan pelbagai jenis produk substrate seperti
aquasoil AMAZONIA,
aquasoil Malaya,
Power Sand,
Africana soil dan lain-lain lagi. Aquasoil juga terdapat dalam jenama lain (rujuk gambar dibawah )
Sumber : www.adana.com.my
|
Contoh aquasoil pelbagai jenama |
|
Contoh tanah top soil / tanah baja |
- DIY campuran tanah / baja
Ada beberapa kaedah yang ramai telah cuba,
Salah Satu Nya dengan menggunakan soil garden, atau
Tanah biasa di gunakan untuk tanaman dalam pasu. Salah satu nya adalah jenama (
USM Top Soil ). Atau pun baja yang digunakan untuk kolam taman ( Garden Pond ) yang ada perkataan “
Top Soil ”, dan pastikan kandungan tanah tersebut ada perkataan clay ( tanah liat ). Tetapi substrate ini saya sendiri tidak pernah menggunakan nya. Jadi saya tiada pengalaman hendak dikongsikan. Anda boleh rujuk dengan saudara sahabat jika ada pertanyaan. Klik Sini : www.ajakbicara.com
|
Contoh teknik meletakkan Substrate |
Jika ingin menggunakan substrate ini, anda harus mencampurkan dengan medium lain, sebagai contoh, 50 % tanah liat + 50 % pasir. Ada beberapa kelemahan menggunakan medium ini,
- Ia membuatkan air akuarium anda menjadi keruh. ( time maintane, time nak tanam pokok )
- Bukan semua tumbuhan / pokok dapat hidup menggunakan substate ini. Kebanyakannya yang sesuai adalah dari tumbuhan / pokok penjagaan rendah (low tech planted)
|
Contoh Substrate yang telah siap |
Penggunaan 100% pasir untuk substrate adalah juga tidak digalakkan. Sebaiknya campurkan nya dengan substrate yang lain seperti tanah liat, tanah baja (topsoil) atau lain-lain untuk memaksimunkan pertumbuhan pokok anda. Gunakan
pasir yang berasal dari sungai atau air tawar. Jangan menggunakan
pasir laut, kerana ia mengandungi
garam mineral yang tinggi dan boleh menyebabkan tumbuhan/pokok anda mati. Ada beberapa jenis pasir yang sering digunakan dalam aquascape seperti
pasir holland, pasir silica yang boleh didapati di kebanyakan
kedai nurseri dan lanskap.
Ini cuma diantara substrate yang biasa digunakan sahaja, ada lagi substrate lain. Jika ada yang ingin berkongsi bersama pengalaman anda menggunakan substrate ini atau yg lain boleh berkongsi kan di ruangan komen di bawah. Harap anda juga berkongsi info dengan semua.. Ok.. Happy Aquascape..!!