Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Apa itu Blog?

Dalam dunia moden internet memainkan peranan besar dalam kehidupan ramai orang. Ia juga merupakan salah satu cara pantas dan mudah untuk berkomunikasi antara rakan-rakan dari seluruh dunia, meluahkan perasaan atau fikiran, berkongsi pendapat, menyebarkan berita atau sekadar untuk suka-suka. Internet boleh disifatkan sebagai pusat sumber yang sangat luas dan besar, kaya dengan maklumat bila diperlukan. Trend terkini untuk mengekspresikan diri melalui internet adalah melalui blog. Apa itu “blog”? Asal blog sebenarnya adalah sebuah laman web individu mirip sebuah buku harian atau dairi di internet. Lama kelamaan konsep blog berkembang manjadi lebih dari sebuah dairi maya kepada salah satu alat pemasaran yang amat berguna kepada mereka yang tahu mengadaptasikan penggunaannya.

Banyak orang tertarik dengan "blogging" kerana ia menjadi satu alat mudah juga peluang untuk membuat diri mereka didengari oleh kumpulan sasaran tertentu. Blog tidak rumit seperti laman web, ia bergantung pada apa yang penulis atau pemilik blog berkenaan ingin kongsikan dengan dunia. Bila anda mempunyai berita, cerita, maklumat, atau hobi untuk dikongsikan, sebuah blog adalah cara mudah untuk membuka diri anda kepada komuniti antarabangsa. Banyak blog kini dapat menarik lebih banyak perhatian pembaca dan pengguna daripada laman web besar yang direka dengan baik. Bagaimana blog boleh mencapai status seperti itu?

Kebanyakkan kandungan di dalam sesebuah blog adalah terkini dan sering dikemas kinikan pemiliknya,ini memudahkan pengunjung laman blog berkenaan mendapat maklumat. Ini telah menjadikan blog sering menerima lebih banyak trafik Dari Laman Web lain. Hakikat enjin carian internet menyukai blog atau web yang mempunyai kandungan atau artikel paling segar, unik dan berkualiti tinggi menyebabkan blog dan fenomena blogging telah berjaya mencapai tahap lebih tinggi dari laman web biasa.

Jika blogging bermula sebagai buku harian online kini ia berkembang kepada dimensi yang berbeza, sebuah blog yang mempunyai nilai komersial adalah yang paling baik dikembangkan. Sebagai contoh misalnya anda minat berkebun, dan anda juga memulakan bisnes dari rumah mengenai tanaman, sebuah blog tentang bunga, tanaman dan keperluan mereka akan memberi dan juga menjadi sumber maklumat kepada orang lain yang berkongsi hobi tersebut, ia juga akan berfungsi sebagai alat promosi yang berguna untuk pembangunan perniagaan anda. Oleh itu, web pemasaran dan keperluan untuk berkomunikasi dengan mudah telah mewujudkan konsep "blogging".


This post first appeared on AFFILIATE BUAT DUIT | JANA PENDAPATAN, please read the originial post: here

Share the post

Apa itu Blog?

×

Subscribe to Affiliate Buat Duit | Jana Pendapatan

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×