Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Asas Blogging

Secara umum, blog ditulis untuk kegunaan peribadi. Seperti jurnal, semua orang boleh menulis aktiviti harian Mereka atau idea-idea yang ingin mereka sampaikan atau dikongsikan secara online di internet.

Namun demikian, dengan munculnya bisnes online, blog telah secara tidak langsung mengalih perhatian atau pandangan ramai dalam menyediakan peluang perniagaan secara online untuk meningkatkan produktiviti mereka. Di sinilah blog perniagaan telah menarik perhatian ramai usahawan internet.

Bisnis blog pada awalnya dicipta untuk mengiklan perkhidmatan atau produk yang dipasarkan oleh sesebuah laman web atau web perniagaan online untuk meningkatkan jualan secara online.

Selain itu, bisnes blog atau blog perniagaan juga salah satu cara untuk mempromosikan sesebuah syarikat agar pengguna mengetahui bahawa syarikat berkenaan ada menyediakan perkhidmatan secara online. Dengan blog, pengusaha boleh mencipta nama di pasaran maya melalui rencana yang berguna dalam kehidupan harian pembaca.

Dengan cara ini mereka boleh menjana pendapatan dari blog dengan menyatukan perniagaan mereka dengan laman web perniagaan mereka. Ini boleh dilakukan menggunakan teknologi RSS.

Jadi, jika anda berfikir untuk membuat blog, baik untuk perniagaan mahupun untuk persendirian, anda perlu tahu beberapa perkara yang boleh membantu anda untuk menulis salah satu blog yang menarik di internet. 

1. Pertimbangkan siapa pembaca anda

Walaupun Blog Anda secara amnya peribadi, adalah lebih baik untuk mempertimbangkan fikiran pembaca anda. Anda harus memikirkan sesuatu yang menarik bagi mereka baca.

Sebahagian besar penulis blog sama sekali tidak menulis terhad pada motif-motif peribadi mereka sendiri. Sebahagian besar dari mereka lebih suka "didengar" (atau baca) dan akan lebih gembira apabila orang mengetahui kewujudan mereka di dunia maya. Oleh kerana itu, sangat penting untuk menulis sesuatu yang difahami ramai, walaupun tidak ramai yang dapat mengaitkannya dengan diri mereka, tetapi mereka dapat memahaminya.

2. Gambar berbicara seribu kata

Untuk menjadikan blog anda lebih menarik kepada pembaca anda, ada baiknya jika anda meletakkan gambar di dalamnya. Ini tidak bermakna anda perlu meletakkan gambar diri anda, asalkan foto berkenaan relevan atau berkaitan dengan topic blog anda adlah memadai. Pastikan juga gambar berkenaan tidak akan menyinggung pembaca blog anda.

3. Bina blog yang konstruktif dan bermanfaat

Walaupun anda bebas untuk menulis apa sahaja yang ingin anda katakan kepada dunia, adalah lebih baik untuk menulis sesuatu yang bermanfaat bagi pembaca anda.

Pembaca anda akan lebih menghargai sesuatu yang boleh digunakan sebagai panduan berguna kepada meraka. Ini juga faktor yang boleh menarik lebih ramai pembaca ke laman blog anda.

4. Elakkan membuat blog yang rumit

Untuk memiliki sebuah blog yang menarik, cuba untuk tidak menggunakan perkataan teknikal atau berbunga-bunga, lebih baik menulis pada fakta-fakta sederhana dan isi blog yang singkat.

Ingat bahawa kebanyakan pengguna internet yang mencari maklumat lebih tertumpu kepada melakukan imbasan halaman dari membaca setiap kata demi kata. Oleh kerana itu, lebih baik menulis blog yang tidak akan membosankan pembaca anda hanya kerana anda mempunyai rencana-rencana panjang.

5. Jadikan blog anda interaktif

Sebaik mungkin jadikan blog anda interaktif. Anda boleh melakukannya dengan meletakkan beberapa video atau klip audio dalam blog anda.

Adakan suatu ruang untuk komen atau maklum balas, dengan cara ini, anda boleh dapat reaksi dan interaksi dengan pembaca blog anda. Siapa tahu, anda boleh mendapat rekan baru hanya dengan membuat mereka merasa selesa di halaman blog anda.

Blog dicipta dengan tujuan tersendiri dalam dunia Internet.

Bagi mereka yang ingin memanfaatkan kemahiran mereka, yang berkait dengan penulisan, blog adalah cara terbaik untuk melakukannya.

Seperti yang mereka katakan, blogging adalah istilah kontemporari bagi penulisan kreatif dan komersial.



This post first appeared on AFFILIATE BUAT DUIT | JANA PENDAPATAN, please read the originial post: here

Share the post

Asas Blogging

×

Subscribe to Affiliate Buat Duit | Jana Pendapatan

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×