Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Tips Mula Bisnes Online

Assalamualaikum semua alhamdulillah berjumpa lagi kita dalam entri baru iaitu tips untuk mula buat Bisnes online

Buat bisnes online ni kita perlu  kosisten dan disiplin yang tinggi. Kebiasaannya bila buat bisnes online, kita akan bekerja dari rumah jadi kita kena pastikan berapa jam waktu yang kita ingin bekerja?Kena sentiasa beringat kita bekerja dari rumah bukan buat kerja rumah.

Saya juga bermula dengan bisnes online yang modal dan risikonya rendah dan saya memilih bisnes online jual suplemen

Dibawah ini adalah beberapa tips untuk mereka yang nak bermula buat bisnis online:

10 Tips Mula Bisnes Online

1. Cari bisnes modal yang rendah, anda perlu jadi bijak dengan mulakan perniagaan online dengan modal sendiri tanpa buat pinjaman bank. Cari bisnes yang tidak perlukan modal yang besar.

2. Risiko yang rendah dengan meminimumkan kerugian. Untuk permulaan cari Produk yang mudah jual dah lambat rosak. Kenal pasti potensi produk yang anda ingin jual. Sekiranya produk anda adalah jenis yang tidak tahan lama, anda perlu merancang jumlah pembelian stok supaya tiada stok yang disimpan terlalu lama kerana stok akan mudah rosak.Tiada stok yang disimpan bermakna permintaan terhadap produk anda meningkat dan anda berjaya merendahkan risiko perniagaan anda.

3. Pilih sesuatu bisnes yang anda pakar, minat dan suka atau produk yang anda sendiri makan, guna dan cuba. Jika produk yang anda guna dan cuba mendapat respon positif atau kesan yang sangat baik, anda boleh kongsikannya kepada pelanggan anda.

4. Buat research tentang pesaing dan target pelanggan anda. Buat juga beberapa kajian tentang masalah pelanggan dan apakah yang diperlukan oleh pelanggan masa kini. Hal ini dapat membantu anda untuk mengembangkan lagi strategi pemasaran yang lebih efektif dan memenuhi keperluan pelanggan.

5. Buat rancangan atau plan perniagaan untuk jangka masa pendek dan jangka panjang, analisis pesaing, strategi pemasaran. Rancangan perniagaan dapat memberikan kita panduan untuk hala tuju bisnes kita

6. Pastikan kedai online dan blog anda sentiasa update info2 terkini tentang bisnes dan produk anda Selain itu, manfaatkan media sosial dan platform e-commerce untuk luaskan lagi pasaran bisnes online anda.

7. Belajar strategi pemasaran digital: Pelajari strategi pemasaran digital seperti mesin pencari (SEO), pemasaran konten, iklan berbayar, dan pemasaran media sosial. Strategi ini dapat membantu meningkatkan daya tarikan bisnis anda di dunia online.

8. Berikan respond balas wasap yang cepat dan servis penghantaran dan cod kepada pelanggan.

9. Fokus pada kualiti produk dan testimoni pelanggan. Pastikan produk yang ditawarkan berkualiti dan mendapat testimoni yang positif dari pelanggan

10. Disiplin masa dan sentiasa konsisten 

Anda boleh cuba tips bisnes online yang saya berikan. Terima kasih kerana anda meluangkan masa untuk membaca entri ini. Semoga entri Tips Mula Bisnes Online ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada anda.



This post first appeared on Ini Blog Che Na, please read the originial post: here

Share the post

Tips Mula Bisnes Online

×

Subscribe to Ini Blog Che Na

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×