Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Kerja Dari Rumah Buat Bisnes Online


Bekerja sebagai event planner memang amat meletihkan, sangat stress dan tiada masa untuk family. Cuba anda bayangkan, pada hari weekend adalah hari anak-anak dan suami bercuti dan berada di rumah tetapi saya masih berada di tempat event menguruskan majlis client saya hingga selesai.

Ada masanya bila kita setup sesuatu majlis dan tiba- tiba berlaku sesuatu masalah, masa kita akan habis disana sampai ke pagi hingga setup untuk majlis selesai, begitu lah rutin saya sebagai perancang majlis.

Tugas kita perlu memastikan setiap majlis berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Masa kita banyak bersama orang lain bukan dengan family.

Pandemik covid 19 telah merubah segalanya bila pada waktu itu majlis kahwin dan apa2 majlis keramaian tidak dibenarkan untuk mengelakan peningkatan kes covid 19.

Pada masa itu saya bermula dengan bisnes online jual produk suplemen dan menjual makanan Dari Rumah.Kerja dari rumah lebih santai dan seronok. Masa kita banyak bersama family, tak perlu mengadap jammed dan yang penting kurang stress semasa bekerja.

Walaupun selepas habis pandemik saya masih kerja dari rumah buat bisnes online jual suplemen dan makanan.Setiap yang berlaku ada hikmahnya, Allah dah susun cantik-cantik perjalanan hidup kita.

Tahun 2023 menjadi titik permulaan saya kerja dari rumah secara sepenuh masa.Saya tinggalkan kerjaya sebagai event planner bila mak tiba-tiba jatuh di bilik air dan tulang belakang mak retak. Mak saya memerlukan penjagaan sepenuh masa untuk uruskan segala keperluan makan minum dan lain lain.

3 Jenis Kerja Dari Rumah 

1) Buat bisnes  online sebagai dropship atau jual produk dan tidak memerlukan kita mengeluarkan modal yang besar. Ia juga boleh dilakukan dari rumah atau dimana-mana sahaja secara atas talian.

Dropship bermaksud anda menjual barang tanpa menyimpan stok barang yang anda jual. Sesuai untuk semua

2) Bisnes jual makanan hanya buat marketing online hanya dari rumah sahaja.Ambil order dan minta customer bayar secara online banking. Penghantaran boleh guna grab express atau lala move

3) Servis buat resume dari rumah.Ramai antara graduan di luar sana memerlukan resume apabila ingin memohon sesuatu pekerjaan.Servis ini sangat diperlukan.

Saya lebih suka kerja dari rumah buat bisnes online shaklee, cara paling mudah jana pendapatan hanya dari rumah. Semua orang boleh buat samaada secara sepenuh masa atau part time sahaja.


Kenapa saya memilih bisnes online shaklee?

1. Modal yang sangat minima hanya register serendah RM35 sahaja atau buat belian 150 UV dapat free membership.Nak tahu cara dapat free membership boleh roger kita.

2. Demand produk yang tinggi dan sentiasa ada permintaan. Brand Shaklee telah memenangi Trusted Brand Award untuk kategori Vitamins & Health Supplements selama 3 tahun berturut-turut.

3. Tak perlu simpan stok sebab kita boleh buat belian secara atas talian di website shaklee. Shaklee akan uruskan penghantaran ke alamat pelanggan.

4. Ada group support yang membantu kita  dari segi marketing, info produk, ilmu bisnes dan motivasi.

5.Masa bekerja yang fleksibel dan boleh bekerja dimana-mana sahaja

6. Ada bonus infiniti dan insentif yang menarik.Berapa bonus yang kita dapat bergantung pada kerajinan dan usaha kita.

Nak tahu lebih lanjut tentang bisnes shaklee boleh hubungi saya Disini

 




This post first appeared on Ini Blog Che Na, please read the originial post: here

Share the post

Kerja Dari Rumah Buat Bisnes Online

×

Subscribe to Ini Blog Che Na

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×