Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Petua Hilangkan Jeragat


Ramai antara wanita yang berumur 40 tahun keatas akan mengalami masalah Jeragat.Kulit yang mudah naik jeragat di muka adalah disebabkan kulit kita terlalu kering dan kerap terdedah dengan sinar UVA dan UVB. 

Jeragat bukanlah sesuatu yang berbahaya, ia sebenarnya muncul Disebabkan Penghasilan Melanin yang berlebihan.

Untuk mengurangkan jeragat ramai wanita diluar sana telah menggunakan pelbagai kaedah, cara dan petua untuk hilangkan jeragat,

Punca-Punca Terjadi Jeragat

1. Sinar UV

Kulit yang kerap terdedah kepada sinaran matahari tanpa sebarang krim pelindung suria akan merosakkan struktur kulit kita.Bila kulit kita kerap terdedah dengan sinar UVA & UVB, ia akan merosakkan DNA kulit dan menyebabkan jeragat

3) Parut Jerawat

Parut jerawat berlaku ketika berlaku keradangan pada kulit sewaktu mengalami masalah jerawat. Jerawat kering dan bertompok akan meninggalkan kesan hitam. Kulit menjadi tidak sihat kerana banyak sel kulit mati dan tidak aktif dan lama kelamaan ia akan membentuk jeragat yang besar. 

4) Perubahan Hormon

Hormon adalah bahan kimia yang dihasilkan oleh sel badan kita. Semakin kita meningkat usia, jumlah hormon estrogen yang dihasilkan semakin kurang

Apabila wanita mengalami menopause, tahap hormon estrogen akan menurun, ia membuatkan kurangnya penghasilan kolagen untuk menggantikan tisu dan sel baru untuk kulit wajah dan meninggalkan tompok hitam dan kulit kusam yang jadi punca jeragat.

5. Faktor Keturunan

Adakah ini satu mitos atau fakta? Jawapannya, fakta. Pigmentasi kulit seorang wanita boleh menurun kepada si anak. Akan tetapi tidak perlu bimbang kerana kita masih boleh mengawal melalui rawatan-rawatan moden yang bersesuaian.

6. Produk Kecantikan Berbahaya

Produk yang mengandungi bahan yang berbahaya mengakibatkan lapisan perlindungan kulit menipis dan terhakis. Sinaran UV akan terus meresap ke lapisan epidermis lebih cepat dari biasa. Akhirnya, pembentukan melanin atau jeragat pun terhasil.



Petua Hilangkan Jeragat Secara Tradisional

1. Lemon
Jus lemon mengandungi vitamin C dan asid sitrik yang sangat efektif untuk melawan masalah pigmentasi pada kulit. Ia bukan sahaja boleh memudarkan parut, jus lemon juga dapat mencerahkan wajah.

2. Daun Aloe Vera
Sebatian aktif aloesin dalam lidah buaya berupaya melawan pigmentasi kulit. Dari masa ke masa, jeragat akan memudar dan akhirnya hilang secra semulajadi.

3. Kunyit/curcumin
Jeragat terjadi disebabkan penghasilan melanin berlebihan oleh sel melanosit tubuh kita.Rawatan menggunakan serbuk kunyit sekali seminggu boleh menghilangkan jeragat di wajah.

4. Teh Hijau
Teh hijau mempunyai sifat antiradang yang dapat mengurangkan iritasi pada kulit. Teh hijau juga boleh mengurangkan kesan selaran cahaya matahari pada kulit Sifat anti inflamasinya ini, amat berkesan untuk merawat pelbagai masalah kulit termasuk jeragat.

Langkah Penjagaan Kulit Wajah Untuk Masalah Jeragat

- Sila guna pencuci muka yang sesuai dan tidak mengeringkan kulit wajah.

- Guna pelembap yang mengandungi agen pencerah untuk memudarkan jeragat

- Apply sunblock/suncreen setiap kali keluar dari rumah sila lihat disini

Komponen bahan-bahan untuk memudarkan jeragat adalah seperti ;

- Alfa hidroksi dan Beta Hidroksi
- Retinoid
- Asid Salycilic (BHA)
- Niacinamide
- Asid Kojic



This post first appeared on Ini Blog Che Na, please read the originial post: here

Share the post

Petua Hilangkan Jeragat

×

Subscribe to Ini Blog Che Na

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×