Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Idea Menu Open House Raya 2023

Majlis rumah terbuka atau Open House Raya telah menjadi satu acara wajib bagi sesebuah keluarga yang besar seperti kami. Majlis open house raya ini bagus untuk kita mengeratkan hubungan silaturahim antara keluarga, jiran tetangga dan sahabat handai.

Jika ada yang merancang ingin buat majlis Open House Raya dan masih mencari -cari menu yang sesuai untuk dihidangkan kepada para tetamu, dibawah ini adalah  cadangan menu untuk anda semua.

1) Lontong Johor 

Lontong kami mesti ada kuah kacang ini juga menjadi pilihan semasa open house raya.Kuah lodeh kena cukup lemak santannya baru sedap.Paling penting kena meriah dengan isinya ada sayur kobis,karot,kacang panjang, tempe, tauhu,suhun dan fucuk tahu.Jangan lupa telur rebus yer baru complete.

2) Nasi Impit, Kuah Kacang, Rendang

Menu wajib ada semasa open house raya, kalau tak ada menu ini, rasa tak lengkap menu open house raya .

3) Laksa Penang

Hidangan popular ini memang menjadi favourite kami sekeluarga dan sangat sesuai dihidangkan pada tetamu semasa open house raya.

4) Mee Kari Nyonya 

Menu favourite kami sekeluarga dan resepi dia korang google jer senang..rasa memang sedap.

5) Mee/Bihun Goreng

Paling simple dan senang buat jer bihun goreng dan mee goreng bila tetamu datang rumah.Boleh tambah menu lain seperti roti jala,kuih-muih dan buah.

6) Nasi Hujan Panas / Daging masak hitam/Acar jelatah

Bahan - Bahan

6 cawan beras pusa Jasmin
(rendam 20 ke 30 minit kemudian cuci dan toskan)
2 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar butter
5 cawan air
1 1/2 cawan susu cair
pewarna merah, hijau dan kuning telur
Bawang goreng
Garam secukup rasa

Bahan Tumis

3 kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
4 biji cengkih
3 biji pelaga
1 helai daun pandan

Bahan Hiris/Kisar

8 ulas bawang merah (hiris)
4 ulas bawang putih (hiris)
2 inc halia (hiris)

Cara- Caranya
1. Panaskan minyak sapi dan butter
2. Tumiskan bahan tumis dan daun pandan hingga wangi
3. Masukkan bahan hiris/kisar dan masak hingga keluar minyak. 
4. Masukkan beras yang sudah di tos kedalam periuk nasi
5. Tambah susu cair, air dan garam secukupnya. Kacau rata
7. Tutup periuk nasi dan masak nasi seperti biasa. Bila nasi dah masak masukkan pewarna dan gaulkan .

Daging Masak Hitam

Bahan bahannya

Daging batang pinang 2 kg
Rempah tumis 4 sekawan
Bawang kecil 6 biji (kisar)
Bawang putih 10 ulas (kisar)
Halia 5-6 hiris
Serai 2 batang
Buah keras 5 biji
Jintan manis 1 sudu kecil
Lada hitam 1 sudu kecil
Cili kering blender dan (2@3 senduk kecil)
Sos tomato 2 sudu kecil
Kicap pekat
Kicap manis kipas udang
Garam secukup rasa

Cara caranya

1. Basuh daging dan toskan airnya .
2. Masukkan daging dalam periuk, 
3. Isi kicap manis, kicap pekat, cili blender dan perap daging selama 2 jam.
4. Kisar bawang kecil, bawang putih dan halia 
4. Kisar serai, buah keras, jintan manis dan lada hitam
5. Panaskan minyak, tumiskan 4 sekawan, bawang merah dan bawang putih yang dah diblend tadi.
6. Goreng hingga wangi, dan masukan rempah kisar  hingga pecah minyak(serai, buah keras, jintan manis dan lada hitam)
7. Kemudian masukan daging tadi dan gaul hingga air kering dan kecilkan api
8. Jangan lupa masukan sos tomato garam secukup rasa.

Ini adalah 6 idea resipi untuk jamuan open house raya.Selamat mencuba


This post first appeared on Ini Blog Che Na, please read the originial post: here

Share the post

Idea Menu Open House Raya 2023

×

Subscribe to Ini Blog Che Na

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×