Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

5 Bahan Aktif Mengecilkan Pori Pori



Apa itu Pori-pori?

Pori pori merupakan lubang yang sangat halus di lapisan Kulit manusia. Setiap rambut halus, ada didalam pori pori dimana fungsinya mengeluarkan peluh.

Ramai antara kita mencuba petua untuk mengecilkan pori-pori menggunakan bahan di dapur seperti telur, lemon dan lidah buaya.

Nanti dulu, jangan cuba bahan bahan yang kita tidak pasti apa kandungannya kerana ia mungkin menyebabkan kulit semakin teruk, kering dan menjadi punca jerawat.



Punca Pori-Pori Kelihatan Besar :

1. Faktor Kehilangan Kolagen

Kehilangan kolagen dan elastin yang berfungsi menguatkan sel sel kulit. Kolagen dan elastin akan mula berkurangan apabila usia semakin meningkat dan penuaan mula berlaku.Bahan bahan yang menggalakan penghasilan kolagen adalah Vitamin C.

2. Pengeluaran minyak berlebihan

Kelenjar minyak yang terlalu aktif akan menyebabkan terhasilnya minyak (sebum) yang berlebihan. Minyak yang berlebihan ini akan melalui liang pori untuk naik ke permukaan kulit wajah dan menyebabkan pori pori menjadi lebih besar.Jenis kulit berminyak biasanya akan memiliki pori-pori yang lebih besar .

3. Faktor genetik/keturunan.

Faktor genetik merupakan salah satu peyebab pori pori besar dan terbuka.

4. Sinar UV.

Pancaran sinar UV boleh merosakan kolagen pada kulit, sedangkan tugas kolagen untuk menjaga keanjalan pada kulit dan akan menyebabkan pori pori menjadi besar. Pastikan anda guna sunscreen sekurang kurangnya SPF 30 untuk perlindungan dari sinar UV.

5 Bahan Aktif Untuk Mengecilkan Pori-Pori

1. Glycolic Acid

Asid Glycolic adalah bahan aktif yang berfungsi menanggalkan sel kulit mati dengan lembut, mencegah pori tersumbat dan mampu mengecilkan liang pori

2. Vitamin C.

Vitamin C boleh membantu mengecilkan saiz pori pori pada kulit dengan cara sapuan pada kulit dan telah terbukti secara saintifik. Selain itu Vit C juga mampu mencerahkan dan meningkatkan keanjalan kulit. Kulit akan nampak lebih gebu, cerah dan berseri.

3. AHA/Alpha Hydroxy Acid.

Kandungan AHA sangat berkesan untuk membantu mengecilkan liang pori.Kandungan AHA berfungsi sebagai exfoliator yang boleh menanggalkan sel kulit mati dan mengawal minyak yang berlebihan.Produk yang mengandungi AHA adalah toner. Kandungannya bersifat asid dan kurang sesuai untuk kulit sensitif.

4. Niacinimide.

Niacinimide merupakan derivatif Vitamin B3. Kandungan niacinimide mudah didapati dalam produk pelembap, serum dan toner, boleh membantu mengecilkan liang pori.

Niacinimide juga membantu mencerahkan wajah, menghilangkan kedutan,mengawal pengeluaran minyak berlebihan dan meningkatkan kelembapan pada kulit.

Jika pengeluaran minyak terkawal, pori pori tidak akan tersumbat

5. Hyaluronic Acid.

Bahan ini mampu membantu mengecilkan pori-pori, mencegah penuaan pramatang dan selamat digunakan oleh semua jenis kulit.

Asid hyaluronic ini dapat membantu mengekalkan kelembapan kulit, dan membantu mengawal pengeluaran minyak. Hyaluronic Acid HA juga dapat membantu meningkatkan dan mengekalkan paras air dalam kulit, seterusnya memecahkan minyak yang tersumbat di dalam pori-pori.




This post first appeared on Ini Blog Che Na, please read the originial post: here

Share the post

5 Bahan Aktif Mengecilkan Pori Pori

×

Subscribe to Ini Blog Che Na

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×