Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Aku, Kad Kredit dan Pinjaman Peribadi (Overlapped!).

    Gaji aku boleh dikira besar. Setidak-tidaknya pada aku jumlah gaji aku banyak. Namun, jumlah yang banyak itu tak dapat aku terjemahkan dalam kehidupan aku. Aku seolah-olah hidup di luar kemampuan diri sendiri. Sebaik sahaja menerima gaji. sebahagian besar aku gunakan untuk membayar hutang. Baki yang ada biasanya tak cukup untuk sampai kepada hari gaji seterusnya.

Aku, Kad Kredit dan Pinjaman Peribadi (Overlapped!)

    Kalau tak sempat sampai kepada hari gaji seterusnya, macam mana pula aku boleh meneruskan hidup sehingga bulan seterusnya? Jawapannya, aku amat bergantung kepada kad kredit. Aku mengisi minyak kereta menggunakan kad kredit. Aku membeli barang di Lotus (dulunya dikenali sebagaiTesco) menggunkan kad kredit. Kadang- kala (sekarang semakin kerap) apabila duit tunai habis, aku keluarkan tunai daripada kad kredit melalui fungsi cash advance.

Bagi mereka yang baru meiliki kad kredit cash advance ialah mendapatakan tunai daripada baki kad kredit yang masih boleh digunakan, dengan kadar faedah yang tinggi. Jika gagal dibayar, faedah akan dikenakan lagi terhadap baki yang gagal dibayar, Setiap kad mempunyai syarat dan kadar yang berbeza. Sila baca perjanjian ataupun product disclosure yang dibekalkan oleh bank pengeluar kad kredit.

    Kesannya, kini, kad kredit aku sudah mencapai hadnya. Dahulu, aku mampu bayar sekitar tiga kali ganda bayaran minimum yang ditetapkan oleh bank. Ini bukan cara yang baik sebenarnya. Sepatutnya, untuk memastikan rekod pembayarankad kredit itu cantik, seorang pemegang kad kredit harus membayar keseluruhan baki kad itu dalam tempoh yang dibenarkan. Baki kad kredit yang gagal dijelaskan akan dikenakan bunga, menyebabkan baki tertunggak kad semakin tinggi. Seperti keadaan aku sekarang.

    Aku bukan orang yang bijak. Orang bijak tidak akan mengulangi kesilapan yang sama berulang kali. Ini bukan kali pertama kad kredit aku mencelah hadnya. Sejujurnya aku sudah lupa kali ke berapa perkara ini berlaku. Mungkin seperti kata guru-guru kewangan di alam maya, akulah yang dimaksudkan tidak pandai menguruskan kewangan peribadi itu.

Memohon pinjaman peribadi untuk melangsaikan hutang kad kredit.

    Gali lubang, untuk menutup lubang. Pada situasi sebelum ini, aku berjaya membuat penyelesaian dengan membuat pinjaman peribadi. Pinjaman peribadi aku yang dahulu sedikit kini membukit. Bukit yang berlapis-lapis. Overlap namanya. Kesan daripada pinjaman yang berlapis-lapis ini, bayaran bulanan pinjaman peribadi aku semakin meningkat, menyebabkan gaji bersih aku mengecil.

    Semasa aku membuat keputusan untuk memohon pinjaman peribadi, memang itu sahajalah jalan penyelesaian yang kelihatan logik pada aku. Atau pada masa itu, aku tiada pilihan lain.

    Membuat pinjaman peribadi untuk menyelesaikan baki kad kredit ialah pilihan yang logik. Memandangkan faedah yang dikenakan pada kad kredit lebih tinggi daripada faedah yang dikenakan oleh pinjaman peribadi. Kaedah ini dinamakan penyatuan hutang. Maka terikatlah aku untuk membayar hutang pinjaman peribadi bagi tempoh 10 tahun. 10 tahun tempoh yang lama sebenarnya. 

    Penyelesaian ini hanya boleh digunapakai sekiranya kad kredit itu tidak lagi digunakan untuk membuat hutang yang baharu. Malangnya aku tidak begitu. Aku buat pinjaman peribadi, dilapis (overlap) ke atas pinjaman sedia ada untuk melangsaikan baki tertunggak kad kredit yang telah mencapai had maksima. Malahan aku tambah lagi sedikit jumlah pinjaman peribadi yang dibuat untuk memiliki tunai di tangan.

    Itu kesilapan pertama aku. Kesilapan yang kedua ialah tidak menggunakan baki tunai itu sebagai simpanan Tabung Kecemasan. Ada dua rukun Tabung Kecemasan yang perlu dipatuhi untuk menjadikan ianya benar-benar sebagai sebuah Tabung Kecemasan.

    Pertama, tabung itu hendaklah digunakan untuk tujuan kecemasan yang terdesak sahaja terdesak. tujuannya, supaya pemilik Tabung Kecemasan itu tidak perlu meminjam dari sumber yang lain. Dalam bahasa yang mudah, Tabung Kecemasan ialah tempat kita meminjam duit daripada diri sendiri atau meminjam duit daripada diri kita di masa hadapan. Semakin kerap berlaku, semakin kuranglah duit diri kita di masa hadapan.

    Kedua, menangguhkan keperluan dan kemahuan lain sehingga jumlah yang digunakan di ganti. Aku gagal pada rukun yang kedua ini. Dalam masa kurang dua tahun, kad kredit aku kembali mencecah had maksimanya. Adakah kitaran ini akan sentiasa berulang? Perlukan aku melakukan pinjaman peribadi overlap lagi? Kemungkinan besar, jawanyanya ialah ya. Hanya satu cara untuk aku keluar daripada kitaran ini.

    Caranya ialah dengan aku mewujudkan Tabung Kecemasan tanpa meminjam dan mematuhi kedua-dua rukun Tabung kecemasan. Hanya itu caranya untuk memecahkan kitaran hutang kad kredit dan hutang pinjaman peribadi ini.

    Pengajaran yang dapat aku simpulkan:

  1. Setiap kali menerima duit, simpan secara kekal sebanyak 10%. Konsep pay yourself first.
  2. Extra cash hanyalah benar jika duit itu ialah duit tunai yang disimpan sendiri, bukan daripada pinjaman. Itu tidak dikira.
  3. Dalam soal duit, tiada manusia lain yang dapat membantu kita melainkan diri kita sendiri. 


This post first appeared on Mengejar Rinngit, please read the originial post: here

Share the post

Aku, Kad Kredit dan Pinjaman Peribadi (Overlapped!).

×

Subscribe to Mengejar Rinngit

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×