Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Tujuh(7) Cadangan Hadiah Peralatan Power Tool Untuk Suami Minat Kerja Kayu.

En. Suami minat kerja kayu? Cuba tengok peralatan kerja kayu di bawah yang amat sesuai untuk dijadikan hadiah sempena Hari Jadi, Hari Ulang Tahun Perkahwinan atau semata-mata ingin menghadiahkan En. Suami sesuatu sempena Hari Gaji.

Minat pada Kerja kayu ini biasanya ada pada suami - suami yang mempunyai sifat kreatif dan semangat DIY yang tinggi. Peralatan kerja kau biasanya murah dan mudah diperoleh daripada kedai hardwear berhampiran.

Namun, apabila seorang lelaki sudah lebih serius dengan projek-projek DIY kayu, melabur dalam peralatan pertukangan kayu merupakan pilihan yang bijak. Selain menjimatkan masa dan tenaga, peralatan power tool dalam pertukangan kayu akan mengelakkan kesan sampingan seperti sakit bahu dan pinggang ataupun sakit badan secara amnya.

Peralatan pertukangan kayu yang tanpa wayar (cordless) menjadi pilihan bagi mereka yang ada sedikit kelapangan dari segi kewangan dan inginkan kualiti yang tinggi dengan hasil yang memuaskan.

#1 Cordless Jigsaw BOSCH GST 12V

BOSCH GST 12V Cordless Jigsaw

Ciri - Ciri BOSCH Cordless Jigsaw 12V

  1. Menggunakan bateri 12V, tanpa wayar yang memerlukan punca  kuasa elektrik.
  2. Bentuk gergaji elektrik yang mudah digengam dengan pelapik plastik yang memberikan cengkaman di kawasan gengaman.
  3. Mempunyai mekanisma mengurangkan gegaran untuk penggunaan yang lebih selesa.
  4. Mempunyai pelbagai tetapan kelajuan yang boleh disesuaikan mengikut bahan yang hendak dipotong.
  5. Mata gergaji boleh ditukar tanpa menggunakan peralatan. Pengunci mata gergaji boleh dilepaskan apabila mata gergaji hendak ditukar, jadi pengguna tidak perlu memegang mata gergaji yang baru digunakan. Sesudah digunakan, mata gergaji biasanya akan menjadi panas, oleh itu tidak sesuai dan selamat utnuk dipegang.
  6. Mempunyai LED terbina dalam yang boleh dihidupkan apabila perlu bantuan pencahayaan ketika melakukan kerja pemotongan.
  7. Mempunyai tetapan untuk menentukan pemotongan lebih laju untuk kerja yang lebih cepat, atau lebih perlahan untuk kerja pemotongan yang lebih kemas.
  8. Tapak gergaji yang diperbuat daripada aluminium untuk ketahanan jangkamasa panjang. Kebanyakan gergaji jenis ini menggunakan tapak plastik boleh rosak.
  9. Tapak aluminium yang boleh dilaras untuk menghasilkan susut potongan yang tepat 45 darjah atau 90 darjah. Pemotongan yang tepat pada sudut ini memastikan kayu yang dipotong dapat di cantum atau ditanggam dengan kemas dan rapat semaca bahagian - bahagian kayu dicantumkan.
  10. Mmepunyai sisem memerangkap habuk yang dapat mengurakkan habuk yang terhasil dari bertaburan. Sistem perangkap habuk Bosch ini juga boleh disambungkan kepada penyedut hampagas yang boleh memastikan habuk yang dibebaskan ke udara amat minima.

#2 Cordless drill & impact driver.

BOCSH Cordless drill and impact Driver

Ciri - Ciri Bosch Drill & Impact Driver 12V.

  1. Menggunakan kuasa bateri 12v 2Ah. Terdapat bateri berkuasa tinggi seperti 3.0Ah dan 4.0aH untuk pembelian aksesori alternatif boleh diperoleh di pasaran. Nilai 2.0Ah, 3.0Ah dan 4.0Ah menentukan berapa lama power tool ini boleh digunakan sebelum beterinya perlu dicas semula.
  2. Sesuai digunakan untuk menebuk lubang dan memasang / membuka skru.
  3. Kebiasaannya digunakan untuk menebuk lubang pada kayu, batu, seramik dan besi. Sesuai untuk kegunaan kerja-kerja DIY di sekitar rumah daripada menggantung bingkai gambar sehinggalah membina sangkar kucing di belakang rumah.
  4. Impact driver mempunyai fungsi 'mengetuk' untuk kerja yang lebih berat (heavy duty) contohnya seperti menebuk lubang di konkrit atau membuka tayar kereta. Kadangkala ada orang yang menyimpan Bosch cordless impact driver 12V ini di dalam kereta sebagai persediaan untuk menukar tayar pancit di tengah jalan.
  5. Mempunyai lampu LED untuk memudahkan kerja diruang kurang cahaya seperti ektika memasang kabinet dapur atau almari bilik tidur. Amat mudah memasang skru hitam tajam dengan menggunakan alatan sekecil ini.
  6. Muncung yang menerima pelbagai mata pemutar skru dan alatan lain termasuklah brus nylon pembersih bilik air.

#3 Mini Cordless Angle Grinder 12V

Mini Cordless Angle Grinder

Ciri-Ciri Mini Cordless Angle Grinder.

  1. (Grinder) a.k.a mesin pencanai. Mesin pelbagai fungsi yang tidak terhad kepada kerja kayu sahaja, malahan sesuai digunakan untuk kerja logam, kerja bengkel dan sebagainya.
  2. Dikuasakan bateri 12V. Mana-mana mesin keluaran BOSCH yang dikuasakan oleh bateri ini boleh menggunakan bateri yang sama.
  3. Boleh menggunakan pelbagai mata untuk memotong, mencanai, menggosok dan membentuk. Sila pilih mata yang sesuai mengikut bahan yang ingin dikerjakan, seperti kayu, konkrit, besi atau jubin.
  4. Datang dengan bekas yang menarik, tahan lasak dan kelihatan profesional.

#4 BOSCH GEX12V-5 ordless Orbital Sander.

BOSCH GEX12V-5 Orbital sander.

Ciri-Ciri Mesin Orbital Sander.

  1. Digunakan untuk menggosok permukaan kayu dengan kertas pasir pelbagai grit. Sesudah projek DIY kayu disiapkan, biasanya kerja kemasan dimulakan dengan menggosok permukaan siap kayu dengan kertas pasir untuk melicinkannya dan menyiapkan permukaan tersebut bagi kerja kemasan seperti menyapukan varnish atau cat.
  2. Menggunakan kuasa bateri 12V.
  3. Kertas pasir mudah dilekatkan menggunakan teknik hook an loop velcro. Menukar kertas pasir menjadi mudah.
  4. Mempunyai perangkap habuk yang memerangkap habuk kayu atau besi agar persikataran tempat kerja menjadi bersih dan pengguna tidak mudah tersedut habuk kayu.
  5. Selain kertas pasir, mesin ini juga boleh menerima pad penggilap (polishing pad) untuk kerja menggilap kereta.
  6. Kecil dan ringan, tidak memberi tekanan kepada tangan.

#5 Cordless Circular Saw.

BOSCH 12V Cordless Circular Saw.

Ciri-ciri Bosch Cordless Circular Saw.

  1. Mesin paling cepat memotong dalam sistem 12V. Amat sesuai untuk kerja DIY kayu terutamnya yang melibatkan kayu tebal dan papan lapis.
  2. Mudah dipegang sebelah tangan kerana saiznya yang kecil.
  3. Potongan yang kemas dan tepat bagi sudut 90 darjah dan 45 darjah.
  4. Mempunyai sistem rel bantuan untuk memudahkan potongan yang lurus di buat.

#6 BOSCH Cordless Reciprocating Saw.

BOSCH Cordless Reciprocating Saw.

Ciri-Ciri BOSCH Reciprocating Saw 12V.

  1.  Dikenali sebagai pocket saw atau pocket sabre kerana saiznya yang kecil dan menggunakan bateri 12V.
  2. Mempunyai mata yang pelbagai untuk memotong kayu dan besi.
  3. Berbanding jigsaw dan circular saw, gergaji ini lebih sesuai digunakan untuk membuat pemotongan di ruang sempit atau sudut sukar.
  4. Sesuai untuk kerja kayu yang melibatkan uikran atau membetuk kayu pada sudut yang bebas.
  5. Boleh digunakan untuk kerja mengemas dahan di kebun atau laman bunga.
  6. Mempunyai lampu LED untuk membantu penglihatan di ruang kerja yang kurang cahaya.

#7 BOSCH GOP 12V Cordless MUlti Cutter

BOSCH Cordless 12V Multi Cutter

Ciri-Ciri BOSCH GOP 12V Cordless Multi Cutter.

  1. Mesin multi cutter ini merangkumi semua fungsi mesin di atas kecuali menebuk lubang dan memasang skru. Mesin yang mempunyai hanya satu fungsi sahaja biasa lebih baik dalam melaksanakan funsi tersebut. Tetapi mesin yang boleh melaksanakan pelbagai fungsi lebih menjimatkan untuk kerja DIY yang tidak bersifat Heavy Duty.
  2. Mata yang pelbagai boleh dipilih untuk kerja memotong, menggergaji, menggosok dan menggilap.
  3. Bertuk tapak segi tiga bagi kertas pasir memudahkan kerja menggosok kayu menggunakan kertas pasir di  sudut yang sukar.
  4. Ringan dan tidak memenantkan tangan.
Contoh pelbagai mata yang boleh dipasang pada mesin multi cutter.





















This post first appeared on Mengejar Rinngit, please read the originial post: here

Share the post

Tujuh(7) Cadangan Hadiah Peralatan Power Tool Untuk Suami Minat Kerja Kayu.

×

Subscribe to Mengejar Rinngit

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×