Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Berbalas I Love You, Bella Astillah Didakwa Ada Hubungan Dengan Pelakon Baru Sejak Tahun Lalu

Boleh dikatakan kes yang berlaku terhadap Aliff Aziz dan Ruhainies masih belum reda hingga ke hari ini, tetapi kini muncul pula dakwaan kurang enak mengenai isteri penyanyi itu pula.

Bella bercinta dengan pelakon baru?

Melalui pendedahan dari satu akaun di TikTok baru-baru ini, Bella Astillah Didakwa ada hubungan cinta dengan pelakon baru bernama Muaz Zabir.

Malah, akaun tersebut turut memuat naik tangkap layar mesej-mesej mesra yang didakwa merupakan perbualan Bella dan Muaz.

Dapat dilihat dalam mesej-mesej yang didedahkan, mereka menggunakan panggilan ‘manja’ antara satu sama lain.

Hubungan terjalin sejak Oktober tahun lalu?

Dalam pada masa yang sama, hubungan tersebut turut didakwa sudah terjalin sejak Oktober tahun lalu selain kedua-duanya kerap berkongsi foto menunjukkan aktiviti harian mereka.

Swafoto kedua-dua pelakon itu turut dimuat naik dan memang jelas kelihatan mesra bersama.

Netizen tetap sokong

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen seperti tidak mempercayai dengan berita tersebut dan masih memilih untuk menyokong Bella Astillah.

Sekadar info, Bella Astillah dan Muaz pernah berganding bersama dalam sebuah drama pada September tahun lalu.

Sumber Beautifulnara

The post Berbalas I Love You, Bella Astillah Didakwa Ada Hubungan Dengan Pelakon Baru Sejak Tahun Lalu first appeared on Mynewskini.



This post first appeared on Mynewskini, please read the originial post: here

Share the post

Berbalas I Love You, Bella Astillah Didakwa Ada Hubungan Dengan Pelakon Baru Sejak Tahun Lalu

×

Subscribe to Mynewskini

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×